INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, December 22, 2008

Aku bukan musuh harta oleh Dr Asri

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Lagu Aku bukan musuh harta yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa dan liriknya oleh Dr Asri,bekas Mufti Perlis.

Lagu ini telah diharamkan oleh RTM jumud kerana dikatakan telah menyinggung pemimpin negara.

Saturday, December 20, 2008

IJN akan diswastakan ,Siapa Untung ?

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Oleh AMin Iskandar @ Black


 Penswastaan IJN ditangguhkan. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Menurut Rocky Bru, ianya berlaku kerana terdapat bantahan daripada doktor-doktor IJN. Klik disini.

Tetapi pandangan saya lain. Ianya ditangguhkan oleh kerana pilihanraya kecil di Kuala Terangganu. BN takut mereka hilang wang pertaruhan jika meneruskan usaha menswastakan IJN.



Ingat tak bagaimana harga minyak dinaikkan sebanyak 78 sen selepas PRU 12 yang lalu?

Selepas pilihanraya kecil di Kuala Terangganu, IJN akan diswastakan. Takkanlah tak faham-faham lagi taktik ni?

Posting Asal

Setiap kali sebelum harta rakyat hendak diswastakan, janji-janji untuk menjaga kepentingan rakyat miskin akan digembar-gemburkan. Seperti kata teman saya, Penarik Beca dalam postingnya yang bertajuk “Sime Darby akan menjadi badan kebajikan”. Sime Darby berkata, mereka akan meneruskan obligasi sosial setelah mengambil alih IJN. Klik disini.

Setakat ini, pemimpin parti pemerintah yang keras menentang hanyalah bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Soi Lek. Kata beliau,

“Kita berharap IJN tidak diswastakan. Ini bukan soal wang dan ringgit. Ini soal tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang mampu dibayar oleh rakyat.

“Dalam konteks ini IJN sudah mencapai kejayaan cemerlang dan sedikit sebanyak meningkatkan imej kerajaan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab di mana duit tidak boleh membelinya (imej itu).”

Sebagai orang yang pernah memegang Kementerian Kesihatan, beliau sudah tentu tahu apa implikasi penswastaan Institut Jantung Negara tersebut.

Jangan terkejut jika selepas ini peratusan rakyat Malaysia yang akan mati kerana sakit jantung meningkat. Belum swasta pun dah terkial-kial nak membayar kos rawatan, apa lagi selepas diswastakan?


Setakat ini masih belum kedengaran suara-suara penentangan projek penswastaan IJN ini dari Pakatan Rakyat (PR). Antara yang awal membantah adalah dari PAS melalui Ketua Penerangannya ,YB Mahfuz Omar melalui kenyataan disini bahawa PAS membantah keras penswastaan IJN ini.


Dikatakan juga menantu PM dan suami Sharizat kelihatan semasa sidang akhbar Menteri Kesihatan mengenai IJN baru-baru ini. Klik disini.

Apa pula kata rakyat?


** Bagi saya rakyat bawahan terutama golongan berpendapatan rendah akan mengalami kesukaran untuk menjalani perubatan di IJN nanti disebabkan oleh kadar bayaran yang mungkin tinggi dikenakan terhadap pesakit. Anak Pak lang saya pernah menjalani pemeriksaan di IJN disebabkan anaknya yang mengalami penyakit jantung berlubang selepas dilahirkan. Tetapi anaknya meninggal dunia sebulan kemudian kerana jantungnya tidak dapat diselamatkan lagi.

Apa yang saya hendak tegaskan disini adakah selepas ini Pak Lang saya yang hanya bekerja sebagai penjual daging mampu untuk menghantar anaknya atau sesiapa sahaja mendapat rawatan di IJN ??

Bagi saya SIME Darby tetap sebuah konglomerat besar negara tidak akan berkompromi dari segi keuntungan seperti PLUS juga yang tidak menurunkan kadar tol walaupun sudah untung berlipatkali ganda.

Sunday, December 14, 2008

Pesta membantu orang Kaya di Bukit Antarabangsa

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Mereka ini hanya perlu dibantu dalam bentuk tenaga sahaja.Wang ringgit tiada masaalah bagi mereka. Ada hikmahnya kejadian ini berlaku di kalangan penduduk elit disana,bagaimana peritnya selama ini golongan bawahan merasai sendiri sebagai “Mangsa Bencana Alam”.


Mereka ini hanya perlu dibantu dalam bentuk tenaga sahaja.Wang ringgit tiada masaalah bagi mereka. Ada hikmahnya kejadian ini berlaku di kalangan penduduk elit disana,bagaimana peritnya selama ini golongan bawahan merasai sendiri sebagai “Mangsa Bencana Alam”.
Pesta membantu orang Kaya di Bukit Antarabangsa

Kemalangan bas mengorbankan 10 nyawa …. UhhhhhhhRumah setinggan berembang di robohkan … UhhhhhhRumah setinggan Rimba jaya di runtuhkan .. UhhhhhhMangsa Tsunami perlu bantuan …… UhhhhhTanah runtuh di Bukit Antarabangsa …. wwaaaahhhhh !!! Mari kita bantu !!!

Semuanya dah macam pesta.Makanan berlebihan, Bank turut beri bantuan,Hotel di sediakan, Pengangkutan percuma di sediakan.Pondok media di dirikanPenguatkuasa datang berduyunSKAL, RELA, POLIS, ahli ahli POLITIK datang berkampung ..

Apa istimewanya mereka?Membantu pun kena ikut darjat?Bukit antarabangsa pusat untuk mencipta nama.

Penginapan percuma untuk mangsa De Palma dan FlamingoJamuan hari raya aidil adha percuma tajaan Concorde

Baca komen pelayar di kujie2

Ironinya “tabung bantuan bencana tanah runtuh bukit antarabangsa”..?siap dgn diberi akaun maybank untuk tabung bantuan.program tv Selamat pagi malaysia 10 dec 08/Rabu.ada mengatakan.pihak berkuasa ada menyediakan penempatan sementara seperti di dewan awam dan sekolah.Mangsa terlibat tidak mahu duduk di penempatan sementara ini,tetapi mereka lebih selesa tinggal di hotel-hotel berdekatan seperti De Palma dan Flamingo.Pokoknya disini,nak bagi bantuan wang pada mereka kah.sedangkan mereka golongan kaya elit,vip’s ini tak rasa perlu diberi bantuan dalam bentuk sebegitu rupa.Ditapak kejadian sehinggakan ada menyediakan kawah makanan percuma,dan sampai berlebih lebihan.kalau untuk sukarelawan,relevanlah.Kaya betul Malaysia nie.Ada kah golongan mangsa bencana hendak dijamu nasi bungkus?hello…., Ada fakta soheh lagi,sampaikan ada bungkusan makanan masih elok lagi dibuang di tempat pembuangan sampah.Mahu kah mereka dilayan sepertimangsa yang seperti lazimnya yang berlaku ke atas orang biasa yang sudah lali ditimpa bencana alam?Pungutan suara mengatakan,”baik fikir byk kali sebelum menghulur bantuan wang kepada mereka”,tetapi kepada sukarelawan memang sepatutnya diberi bantuan bukan kepada mangsa.Mereka ini hanya perlu dibantu dalam bentuk tenaga sahaja.Wang ringgit tiada masaalah bagi mereka.Ada hikmahnya kejadian ini berlaku di kalangan penduduk elit disana,bagaimana peritnya selama ini golongan bawahan merasai sendiri sebagai “Mangsa Bencana Alam”.Akhir kata “Lu pikirlah sendiri”gamaknya.

Friday, December 5, 2008

Fatwa: Ada haram dan harus

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis


p/s : Ini adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 22/11/2008 di pejabat Jakim.Fatwa ini menerangkan kepada umat Islam bahawa kita dilarang mengamalkan senaman yoga.Kesan daripada fatwa ini telah membuatkan beberapa pihak terutama kaum bukan Islam mempersoalkan langkah pengharaman yoga ini.Saya sempat mengikuti seisi penerangan oleh Jakim di rancangan Isu Semasa di TV 1 mengenai fatwa pengharaman yoga ini dan antara isu penting diketengahkan ialah fatwa ini hanyalah untuk umat Islam dan ia tidak melarang kaum bukan Islam untuk mengamalkan senaman yoga.Jakim juga sama sekali tidak mengatakan senaman yoga diharamkan di Malaysia tetapi hanya melarang umat Islam mengamalkannya kerana bertujuan untuk menjaga akidah umat Islam.Hal ini sememangnya sudah jelas dan tidak perlu dipersoalkan lagi oleh kaum bukan Islam kerana ia tidak akan melibatkan mereka.


Fatwa juga ada melibatkan perkara harus dilakukan dan tidak melibatkan semua haram sahaja.Contohnya pada bulan Februari 2008, JK Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional(ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra(ASB) serta dividen yang diterima adalah harus.Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima.Marilah kita melabur di ASB dan ASN...!!!




Thursday, November 20, 2008

More factories in Penang shutting down plants


A number of prominent factories in Penang, northern Malaysia have begun cutting their expenditures by temporarily shutting down their plants and letting their staff go for forced leave.

Unconfirmed sources indicated that Agilent Technologies, Flextronics, Jabil Circuit, AMD, Spansion and ASE Electronic are among those which are ready to shut their plants between November and December.

The fate of Dell’s employees, on the other hand are still in doubt after the company has been reported to be sourcing for potential buyers from the outsourcing market. Not far from Penang, rumour is fast spreading that Silterra, which operates its facilities in Kulim, Kedah may be forced to close its business due to disasterous losses in the last 3 years. See this article Dell may sell factories in Penang.

Recruitment and hiring are running at a snail’s pace, and some of the companies may have to resort to retrenching and shrinking their workforce size in order to survive.

The scenario looks like a repeat of the Asian financial crisis ten years ago, where many manufacturing companies in Penang closed their business in flock. Shutting down plant is one of the popular ways for manufacturing companies to reduce its cost of expenditure, but if this exercise fails to bring back the company on track to profitability, then the employees may be facing their worst nightmares as retrenchment may not be too far away.

****************************************************************************

Daripada berita di atas, apa yang dapat saya simpulkan bahawa Malaysia sekarang mengalami kesan yang ketara akibat kelembapan ekonomi di US.Hal ini demikian kerana US merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dan kini kita amat terasa kesannya jika ramai pelabur-pelabur dari US seprti Dell menutup operasinya di Malaysia.Kebanyakan kilang di Penang sekarang menjalankan operasi sebanyak 2 shift sahaja jika dibandingkan dengan keadaan sebelum krisis dimana kilang menjalankan operasi 24 jam.Ini disebabkan permintaan yang kurang daripada pelanggan terutama di US dan akibatnya operasi pengeluaran produk terpaksa dihadkan.Jika ini berterusan dijangkan ramai operator akan dibuang kerja jika kilang masih mengurangkan operasi pengeluaran syarikat.

Saya sebagai mahasiswa yang akan menamatkan pengajian pada tahun depan amat bimbang dengan situasi ini jika krisis ini masih berterusan pada tahun depan kerana ini akan menutup peluang kepada fresh graduates seperti saya untuk mendapatkan pekerjaan pertama.Tapi saya lega dengan langkah kerajaan PP yang membuat lawatan kerja ke Korea untuk menarik pelabur di sana menanam modal di Penang dan diberitakan juga Samsung akan melabur di PP.Mungkin potensi untuk menarik pelabur perlu dihalakan kepada negara di Asia Timur dan Timur Tengah selepas apa yang berlaku di US. Saya berharap kerajaan Malaysia dan juga kerajaan negeri dapat meneruskan usaha menarik pelaburan ke Malaysia sebagai usha untuk mengurangkan jumlah pengangguran di Malaysia.

Terkini, Ketua Pembangkang telah mengusulkan untuk membincangkan laporan United Nation Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 mengenai pengaliran keluar FDI yang mencecah RM 38 billion berbanding kemasukan FDI sebanyak RM 27 billion pada tahun 2007 di Parlimen untuk dibahaskan. Ini adalah bukti bahawa Malaysia sudah mula merasai kesan krisis subprima di US dan usaha yang konkrit dan efektif perlu dilakukan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia supaya ia tidak berulang seperti tahun 1997. Lihat artikel lama mengenai ekonomi sebelum krisis subprima di US.

Friday, November 14, 2008

Isu penggabungan mahkamah Syariah dan sivil

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Saya memilih entri posting kali ini berkenaan cadangan penggabungan mahkamah syariah dan sivil. Mari kita melihat cadangan yang dilontarkan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkenaan penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah semasa membentangkan syarahan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Harvard baru-baru ini.

Setelah membaca beberapa saranan dan cadangan beliau, saya melihat cadangan ini satu langkah yang praktikal dan ada asasnya kerana undang-undang di Malaysia sememangnya mengalami permasalahan dalam membicarakan kes melibatakan orang Islam dan bukan Islam sebagai contoh kes-kes antara agama yang berkaitan perkahwinan dan penceraian.Berikut di bawah antara idea dan polimik yang dilontarkan oleh beliau dalam syarahan tersebut.


Beliau turut menarik perhatian bagaimana konflik timbul apabila sesuatu isu melibatkan bidang kuasa mahkamah syariah tetapi salah satu pihak merupakan bukan Islam (yang mana mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa membicarakannya), mahkamah mana akan mendengarnya.

Beliau turut membangkitkan persoalan mahkamah mana yang akan membicarakan sesuatu kes apabila isu yang dihujahkan terletak di bawah bidang kuasa kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.

Selain itu, Abdul Hamid juga membuka satu persoalan lain iaitu mahkamah mana yang harus mendengar kes yang dibicarakan di mahkamah syariah yang turut mengandungi isu-isu perlembagaan.

‘‘Jalan penyelesaiannya ialah dengan menggabungkan dua sistem mahkamah yang mana kes-kes sivil akan didengar oleh hakim sivil dan sebaliknya.

‘‘Apabila kes itu melibatkan kedua-dua isu sivil dan syariah, ia harus didengar oleh dua hakim iaitu hakim sivil dan syariah,” katanya.

Saya amat bersetuju jika cadangan beliau dipanjangkan dalam Jemaah Kabinet dan Dewan Rakyat untuk dibahaskan kerana pekara pokok yang dilontarkan beliau amat penting untuk sistem kehakiman Malaysia.

Tetapi cadangan bernas tidak semestinya disetujui oleh oarang lain.Antara yang terawal membantah ialah datang dari Biro Undang-undang MCA yang ingin menjuarai hak orang Bukan Islam.Saya melihat kenyataan dangkal dari seorang peguam yang jelas tidak mengamati ucapan dan saranan bekas CIJ.

Pengerusi Biro Undang-undang MCA itu berhujah mengatakan cadangan ini akan memaksa orang bukan Islam tertakluk kepada bidangkuasa Syariah dalam semua perkara perundangan, termasuk kes antara agama yang berkaitan dengan perkahwinan dan penceraian.Satu lagi hujah katanya melanggar Artikel 11, Perlembagaan Persekutuan.Tun Abdul Hamid jelas dalam ucapannya bahawa 2 hakim iaitu dari Sivil dan Syariah akan mendengar kes yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam.Apa yang perlu dipersoalkan? 2 pihak akan melakukan pengadilan.

Pihak MCA ini mahu mewujudkan kebimbangan dikalangan Bukan Islam dan mereka kelihatan mahu menjuarai isu ini yang selalunya dijuarai oleh pihak DAP.


Tuesday, November 11, 2008

AUKU- Menteri sokong dimansuhkan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Dalam ucapan penggulungan YB. Menteri Pengajian Tinggi Bagi perbahasan Bajet 2009 parlimen kedua belas penggal pertama pada 3 November 2008 menyatakan bahawa AUKU tidak akan dimansuhkan.

Kenyataan YB Dato’ Seri Khaled Nordin :

Mengenai isu Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) ingin saya maklumkan bahawa AUKU adalah satu Akta yang mentadbir urus IPTA dan ianya bukan bertujuan untuk mengongkong mahasiswa seperti yang didakwa oleh sesetengan pihak. Justeru, kerajann tidak bercadang untuk memansuhkan AUKU. Rang Undang-Undang AUKU (Pindaan) 2008 telahpun dibacakan kali pertama pada bulan Julai yang lalu dan akan dibacakan kali kedua dan seterusnya dibahaskan di dewan yang mulia ini. Tiga aspek utama telah diberikan penekanan dalam cadangan pindaan Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), iaitu “:

*tadbir urus universiti ;

*kebajikan dan hak asasi pekerja universiti; dan

*kabajikan dan hak asasi mahasiswa universiti

Ini adalah kenyataan Menteri Pengajian Tinggi dalam teks ucapannya, namun ketika ucapan penggullungan ini dajalankan oleh beliau perkara AUKU ini tidak dibacakan dihadapan Ahli Parlimen kerana dikuatiri akan menimbulkan persoalan-persoalan tentang AUKU ini. Jelaslah bahawa menteri berasa takut untukk menyebut tentang akta ini. Adalah dimaklumkan bahawa persoalan tentang AUKU ini telah dibangkitkan oleh YB. Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pindaan AUKU masih lagi kosmetik yang tidak mengubah apa-apa pada akta yang sedia ada. Pindaan yang dilakukan hanya dapat kelulusan diimplemntasi di kampus dengan budi bicara Naib Canselor. Maksudnya disini, pindaan ini tidak dapat dinikmati oleh mahasiswa dan tidak langsung membantu manaikkan universiti di Malaysia satu tapak kehadapan. Adalah dimaklumkan, mahasiswa di luar negara bebas untuk menyatakan pandangan kepada sesiapa sahaja, boleh mencetak akhbar sendiri, membina syarikat sendiri dan lain-lain lagi. Ini adalah kerana karajaan mereka memberikan kebebesan kepada golongan intelektual untuk mewarnakan negara mereka. Namun di Malaysia, terlalu banyak akta yang dicipta oleh kerajaan khususnya ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamed menyebabkan rakyat dan mahasiswa manjadi takut.

Mahasiswa pada satu ketika dulu, berani memberi pandangan ketika pensyarah memberikan kuliah tanpa batasan. Bebas mengatakan apa sahaja yang ingin mereka mahu katakan. Perkara ini yang membina idealisme mahasiswa ketika berada di bangku Universiti. Budaya ini juga menjadikan mahasiswa berfikiran kritis dan punyai pandangan sendiri. Namun, hasil pendidikan kini dan lambakan akta yang ada menyebabkan mahasiswa seperti sekarang. Bukan sekadar menjadi budak sekolah yang tekun belajar, malah yang sedih terlibat dengan budaya liar sepertii rogol, berzina, berkesedudukan,, lari dari rumah dah lain-lain lagi.

Tetapi cabaran bagi mahasiswa jika AUKU dimansuhkan ialah membina semula generasi mahasiswa yang tegar berpencak manyatakan idealisme. Membentuk golongan mahasiswa yang telah di”AUKU”kan selama 37 tahun sebenarnya bukan perkara yang senang. Suasana selesa dengan budaya ”feeding spoon” menjadi satu amalan dalam hidup mahasiswa. Bentuk pendidikan yang lebih kepada ”examination type” juga menjadikan kekuatan seorang mahasiswa hanya boleh diukur dengan kertas peperiksaan sahaja. Inilah cabaran bagi kamu generasi muda mahasiswa.

Sebenarnya, mahasiswa menjadi satu kegurunan masa yang lalu, sehingga Prof. Ungku Aziz pernah mengucapkan :

Belajar sambil MENCABAR, Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin. "Biarlah mahasiswa MENCABAR asalkan sambil itu mereka belajar".



Friday, November 7, 2008

Tahniah Obama , Perubahan di US


Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John McCain mengucap tahniah kepada Obama.barrack obama 201008 01Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.

Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.

Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.-Malaysiakini(5/11/08)

Kita berdoa agar lembaran baru pentadbiran dunia akan bermula tidak lama lagi selain bertegas menolak tragedi John F. Kennedy menghumban harapan rakyat (dalam kes ini di Amerika). Politik aku lebih hebat atau aku paling hebat cara Bush ditolak terlepas dasar apa pun yang dibuat. Politik Obama ternyata nampak lebih rendah diri dan lebih pro rakyat.

Saya begitu tertarik dengan cara berkempen memilih Presiden Amerika di mana penggunaan pelbagai media secara bercetak sehingga ke alam siber digunakan cukup meluas .Selain itu, cara berkempen seperti debat Presiden yang disertai oleh kedua-dua parti turut menunjukkan US cukup komited dengan amalan demokrasi dalam pilihanraya seperti yang dilaungkan mereka sebelum ini. Di sini, rakyat seluruh US dapat melihat visi dan misi bakal Presiden mereka jika diamanahkan untuk memimpin US dan dunia.Debat itu sendiri sudah cukup menunjukkan kehebatan berhujah pemimpin tersebut dan idealisme yang ingin dibawa jika terpilih untuk menjadi pemimpin.

Saya bersetuju dengan pandangan YB Khairy Jamaluddin (KJ) yang ingin menganjurkan debat terbuka untuk pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO.Beliau mengharapkan perwakilan dapat membuat penilaian dengan misi dan visi yang akan dibawa oleh calon masing-masing jika terpilih menjadi Ketua Pemuda UMNO.Debat merupakan wadah atau platform yang terbaik untuk calon mengutarakan pandangan dan berhujah berlandaskan fakta dan disamping itu juga dapat mempopularkan diri di mata perwakilan yang akan memilih.Sepatutnya, politik di Malaysia ini diwarnai dengan debat terbuka secara ilmiah sebagai contohnya debat minyak di TV3 yang saya kira mendapat rating yang cukup tinggi.Pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu berani tampil berhujah permasalahan rakyat dan apa jua isu yang berkaitan negara dan rakyat.

Saya berharap akan diadakan debat mengenai keadaan ekonomi Malaysia sekarang supaya rakyat jelas dengan keadaan ekonomi di Malaysia. Saya sebenarnya masih kabur dengan iklim ekonomi di Malaysia ini....

Di sini saya sertakan ucapan Obama (speech Obama) dan juga dibawah anda boleh melihat video menarik kempen pilihanraya Barrack Obama







Sunday, November 2, 2008

Kuatkan pegangan dan matlamat apabila berada di IPT

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Aku boleh bayar balik la duit Pet.." Itulah ayat manis pelajar Malaysia yang dikatakan hilang di Australia.

Cukup haprak bila aku dapat tau dari sumber aku di Australia yang mengatakan bekas budak asrama penuh di Negeri Sembilan ni jawab "aku boleh bayar balik la duit Pet (Petronas)".

Katanya dia kaki Clubbing di sana dan LARI ikut jantan Mat Salleh. Siap boleh telefon konsulat bagitau tak payah cari dan dia ok.Ni maklumat dari blogger AMIN AHMAD...mungkin dia ada contact di Australia...

Berita akhbar tempatan tentang dia, Kosmo Utusan Kosmo

Abdul Azeez (Ketua Putera Umno) berkata, pihaknya mula menerima aduan daripada ibu bapa pelajar-pelajar terbabit sejak permulaan Ramadan lalu.

Katanya, sebahagian kes telah pun dirujuk kepada pihak Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan Wisma Putra serta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia.

Beliau berkata, ketika ini kebanyakan maklumat berhubung pelajar-pelajar yang hilang itu diperoleh melalui persatuan pelajar universiti yang terbabit.

“Kita mungkin memerlukan bantuan daripada banyak pihak lain termasuk Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengesan semua pelajar yang hilang ini,” katanya.

Dalam pada itu, ibu bapa salah seorang pelajar yang hilang, Norzarifah Kamaruzzaman turut berada pada sidang akhbar yang sama.

Ibunya, Noraini Daud berkata, anaknya, Norzarifah terputus hubungan terus dengannya sejak 6 Oktober lalu.

Dia berkata, sebelum itu anaknya dapat dihubungi melalui telefon atau e-mel tetapi sejak tarikh berkenaan, sudah tiada ada saluran komunikasi untuk mengetahui di mana anaknya berada secara tepat.

Katanya, maklumat terakhir yang ada pada dirinya ialah anaknya itu telah mengikuti seorang lelaki bersama ibunya berpindah ke sebuah kampung kecil dinamakan Rockhampton, kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kereta dari bandar Perth.

Tindakan anaknya berpindah dengan lelaki itu katanya, berlaku selepas Norzarifah keluar dari hospital di Perth selepas disyaki menelan hampir 50 biji Panadol.

“Punca anak saya bertindak begitu tidak saya ketahui, maklumat mengenai tindakannya itu kami tahu apabila Norzarifah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya pada 17 September lalu.

SMS itu seperti yang terkandung dalam laporan polis pada 23 September ialah:

“Kak, jangan bagi mak nangis, Ipah baru keluar hospital semalam dari hari Sabtu malam, overdose. Jangan bagi tahu mak, Ipah tak tahu nak buat macam mana lagi, Ipah ambil 50 biji Panadol.

“Jangan bagi tahu emak. Aku nak mati kak, jangan bagi tahu mak, tolonglah kak.”

Noraini berkata, anaknya mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang geologi dan hanya tinggal empat bulan atau satu semester sebelum pengajiannya berakhir.

“Saya dapat tahu dia sudah tidak menghadiri kuliah sejak dari empat bulan yang lalu iaitu dari Ogos,” katanya.

Dia memberitahu, Norzarifah adalah anak kedua daripada lima beradik dan memulakan pengajian di Australia sejak tahun lalu.

Menurut Noraini, anaknya mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keputusannya di universiti terbabit juga baik sebelum ini.

Cinta kadang-kadang membuat sesiapa sahaja lari dari fokus dan matlamat asal terutama mahasiswa apabila berada di menara gading.Sebagai contoh rakan kita di Australia ini, kena inject sikit ja dari Mat Salleh..cair ja...dan akibat percintaan pelajarannya gagal di universiti dan akhirnya berhenti belajar kononya kerana tidak minat jurusan yang ditawarkan. Mengapa sampai berlaku begini? Jawapan mudah , diri dia tidak cukup cukup kental untuk meletakkan matlamat asal belajar dan harapan menggunung dari ibubapa di kampung yang mengharapkan anaknya berjaya. Dia lalai dan tergoda dengan godaan cinta dan kemeriahan bercinta yang seterusnya menguasai diri dan menjahanamkan dirinya.

Ingat la ibubapa kita apabila kita berada berjauhan dari keluarga, nescaya diri kita akan selamat walau berada dimana pun dan juga ingatlah matlamat asal apabila berada di menara gading iaitu menuntut ilmu.Kita memegang HARAPAN besar keluarga dan negara.

Tiada guna mendapat 9A atau 10A di SPM...GAH hanya di zaman sekolah tetapi akhirnya anda kecundang apabila umur menyinggah dewasa....

Thursday, October 23, 2008

Wednesday, October 22, 2008

Menjadi rakyat yang bijak

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Mari kita cuba untuk membuat pengiraan berdasarkan fomula yang kerajaan sendiri umumkan ketika kenaikan harga minyak dulu....

Ketika kenaikan harga minyak global
Rakyat bayar harga minyak RM 2.70

Harga Minyak Global pada ketika itu - 1 Tong = USD 139
Ringgit Malaysia bersamaan dengan RM 479.55

1 Tong bersamaan dengan 159 liter

Harga untuk satu liter ialah RM 479.55 bahagi 159 liter = RM 3.01

Kerajaan kata dia tanggung subsidi = RM 0.30
bermakna RM 3.01 - RM 0.30 = RM 2.71

Rakyat bayar harga minyak = RM 2.70 sen

Kini penurunan harga minyak global
Rakyat bayar harga minyak RM 2.45
(setelah Kerajaan turunkan 25 sen)

Harga Minyak Global kini 1 Tong = USD 73.90
(jam 8 mlm 21 Okt 2008)
Ringgit Malaysia bersamaan dengan RM 254.95

1 Tong bersamaan dengan 159 liter

Harga satu liter RM 254.95 bahagi 159 liter = RM 1.60

Kerajaan tanggung subsidi subsidi = RM 0.30
bermakna RM 1.60 - RM 0.30 = RM 1.30

Harga sepatutnya sekarang = RM 1.30 sen

Namun hakikatnya rakyat Malaysia Beli minyak 1 liter = RM 2.45

Rakyat menanggung Beban

Lebihan yang di bayar oleh Rakyat Malaysia
RM 2.45 – RM 1.30 = RM1.15

Contoh:

Kereta Toyota Avanza minyak penuh tangki 40 liter
Harga yang terpaksa bayar 40 L x RM 2.45 = RM 98

Harga yang sepatutnya bayar sekarang
40 L x RM 1.30 = RM 52

Kesimpulan

Bayangkan kalau separuh daripada kos minyak dapat dijimatkan maknanya kos pengangkutan barang keperluan harian akan menurun. Rakyat dapat manfaat.

Hari ini baru turun 25 sen, kerajaan BN dah melalak marahkan peniaga kerana masih tidak menurunkan harga barang. Kerajaan mesti turunkan harga minyak pada kadar yang munasabah kemudian barulah boleh minta peniaga turunkan harga barang.

Rakyat mesti terus desak Kerajaan supaya turunkan lagi harga minyak pada kadar yang lebih munasabah...yang saya fikir harga asal RM1.92 sen

Info Tambahan TERKINI...............

Minyak patut RM1.60 - Pakar

KUALA LUMPUR - Kerajaan wajar menurunkan harga petrol kepada RM1.60 seliter memandangkan harga pasaran minyak mentah dunia merudum sehingga ke paras AS$60 (RM210) setong.

Pengerusi Pusat Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor berkata, harga itu berdasarkan perbandingan ketika harga petrol dijual RM1.92 seliter dalam keadaan harga pasaran dunia sekitar AS$70 setong.

Bagaimanapun katanya, harga minyak dunia dijangka berlegar sekitar paras AS$90 setong beberapa bulan akan datang ekoran Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC) mengurangkan pengeluaran.

"Saya jangkakan harga minyak boleh diturunkan di bawah RM2 iaitu antara RM1.60 hingga RM2 dengan melihat keadaan ekonomi negara ketika ini.

"Jika harga minyak turun, pengguna akan berbelanja lebih, tetapi harga barangan mungkin tak turun sebab pesaing kurang.

"Contohnya pembekal makanan ayam hanya ada beberapa sahaja di negara ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang trend penurunan harga minyak dunia ketika ini yang merudum dan dikatakan akan mencecah sehingga ke paras AS$60 setong.

Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman pula berkata, harga petrol boleh diturunkan kepada RM2.15 seliter tetapi tidak di bawah RM2.

Ini kerana katanya, walaupun harga minyak dunia mengalami penurunan sehingga paras AS$60 setong, ia juga akan memberi impak kepada pendapatan negara


Saturday, October 18, 2008

Cerita disebalik Karnival Kerjaya UKM 08

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Awal pagi harini , saya dan rakan pelajar dari FKP bertolak ke UKM untuk menghadiri Karnival Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2008 yang berlangsung di UKM selama 3 hari bermula semalam. Kami bertolak seawal jam 8 pagi dari Kampus Industri dengan menaiki bas UTeM dan dijangka pulang bertolak ke Melaka pada jam 5 petang.

Saya melihat karnival ini sebagai platform terbaik untuk bertemu dengan wakil industri bertanya bidang kerjaya yang ditawarkan dan melalui proses temuduga yang diadakan.Saya lebih berminat kepada syarikat multinasional yang terkenal iaitu Motorola ,Sony ECMS dan Denso kerana latarbelakang syarikat yang kukuh.Saya sempat menjalani seisi walk interview dengan Denso dan ini merupakan seisi interview saya yang pertama untuk memohon kerja.Alhamdulliah lega juga mengharungi sesi tersebut dan dapat menjawab pertanyaan HR Denso itu dengan baik.Jika resume saya berjaya,mungkin akan dipanggil untuk seisi kedua temuduga dengan Engineering Department dalam 3 minggu lagi.


Tetapi yang menariknya di Karnival Kerjaya UKM itu ada berlaku sesuatu yang menarik semalam dimana sekumpulan pelajar berkumpul beramai-ramai untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi,Dato Seri Khalid Nordin.Sila ikuti laporan dibawah .

Bangi (17 OCT) :Selepas menanti-nanti saat untuk bertemu serta menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khalid Bin Nordin, akhirnya pada hari ini mahasiswa berpeluang menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau.

Penyerahan memorandum ini dilakukan sebaik sahaja beliau selesai merasmikan Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008, di Dataran Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia yang dihadiri oleh semua wakil Universiti seluruh negara.

Lebih kurang 500 orang mahasiswa daripada seluruh IPT tanah air, lengkap berpakaian hitam bersama sekuntum bunga putih di tangan menandakan tanda protes kepada KPT. Himpunan ini dihadiri oleh SMM, GAMIS, DEMA, BBMN dan beberapa angkatan mahasiswa yang lain.

Kelompok mahasiswa ini di pecahkan kepada beberapa kumpulan, di mana sebaik sahaja Dato’ Seri Khalid Nordin bangun dari khemah untuk masuk ke dalam DECTAR, mahasiswa bergerak mengepung beliau dari arah depan dan belakang sambil melaungkan “Student Power”.

Memorandum menuntut supaya KPT mengumumkan tarikh PRK dan di adakan pilihan raya secara bersih dan adil ini di serahkan oleh Pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Negara (Gabungan Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa Nasional), iaitu Saudara Mohd Hilman.

Walaupun pasukan keselamatan UKM bertindak kasar, namun begitu mahasiswa tetap tidak berganjak. Beberapa orang pemimpin mahasiswa di cekak leher baju mereka, namun begitu tindakan provokasi ganas tersebut tidak dibalas dengan reaksi ganas oleh mahasiswa.

Hal demikian kerana mahasiswa berhimpun secara aman adalah semata-mata mahu menuntut keadilan, bukannya mahu mencetuskan kontroversi. Walaupun di ugut dengan kehadiran beberapa buah kereta peronda dan trak polis, tetapi masing-masing kelihatan bersemangat melaungkan “Student Power”.

Menurut Pengerusi SMM Saudara Mohd Haafizuddin Bin Abirerah, rancangan mengadakan himpunan untuk menyerahkan memorandum ini di adakan secara rahsia dan teliti. Ini memandangkan sebelum ini Dato’ Seri Khalid Nordin sering mengelak daripada bertemu dengan mahasiswa. Ujar beliau, sebagai contoh keadaan ini berlaku semasa himpunan membantah AUKU di parlimen dan himpunan aman di hadapan KPT baru-baru ini dimana beliau enggan bertemu dengan wakil mahasiswa.-mahasiswakini

www.kampusnegara.net/



Friday, October 17, 2008

Pertumbuhan KDNK 2008 dan 2009?

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Seorang Pengawai ekonomi Malaysia meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2008(KDNK) adalah pada kadar 5.7%. dan pada tahun 2009 dijangka pada kadar 5.4%.

Tetapi banyak pakar ekonomi sekarang sudah membuat perkiraan terhadap angkanya seperti di bawah :


Economy 2008:

  • October 15, Bank Negara Governor Zeti Akhtar Aziz said growth for Malaysia's 2008 economy will probably be between 5% and 5.5%, below the official forecast.
  • October 16: Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem of the Malaysian Institute of Economic Research (MIER) said the country's 2008 GDP growth is estimated at 5.3%, lower than Bank Negara's figure.

Economy 2009:

  • October 15: Bank Negara's Zeti Akhtar Aziz said Malaysia's economy may expand as little as 4% in 2009.
  • October 16: With the outlook for the global economy turning increasingly dismal, MIER's Dr Mohamed Ariff said Malaysia's 2009 GDP growth could decelerate to 3.4%, lower than Bank Negara's figure.

With that, MIER warned of a possible recession in Malaysia if the U.S. economy deteriorates. Quote:

"There is a 40 percent chance that Malaysia will enter technical recession in 2009, meaning two quarters of negative growth and a 30 percent chance it could be a real recession lasting more than two quarters depending on what happens in the U.S.," he said.

MIER said the global credit crisis showed no signs of abating despite concerted interest rate cuts and massive liquidity injection by governments and central banks worldwide. The institute said consumer and business confidence in Malaysia has dipped and warned conditions would worsen if the credit squeeze dries up funds for investment and household spending.

Ariff said there are heightened concerns that the current global economic slump could drag on until the end of 2010 or 2011.

Oleh itu dari apa yang pakar ekonomi meramalkan akan sesuatu berlaku pada ekonomi Malaysia, dan saya fikir kerajaan perlu membentangkan semula Belanjawan 2009 selewat-lewatnya akhir bulan ini untuk menangani krisis ekonomi yang melanda dunia akhir ini. Kita perlu melihat kepada angka pendapatan negara sekarang untuk perbelanjaan pada tahun hadapan dan bukannya kepada data yang lama seperti yang disuarakan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen. Saya mengharapkan Menteri Kewangan baru dapat peka dengan permasalahan ini dan cuba mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin untuk mengelakkan ia lebih buruk seperti terjadi pada tahun 1997-98.

Anda boleh melihat pengumpulan data tentang ekonomi Malaysia yang diramalkan oleh Economist.com




Wednesday, October 15, 2008

Definisi Melayu mengikut Rahim Kajai

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Siapa nak mengetahui dia tu melayu tulen atau tak boleh melihat definisi Melayu oleh Abdul Rahim Kajai , seorang Bapa Kewartawanan Melayu.Abdul Rahim pernah berkhidmat di Utusan Melayu dan Utusan Zaman sebagai Pengarang. Begitu juga sebagai Pengarang majalah Mustika (sekarang di sebut Mastika). Pada tahun 1943 semasa Perang Dunia II, Abdul Rahim bertugas di akhbar Berita Malai.




Friday, October 10, 2008

Stock Market went down.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





An investor covers his face as he monitors share market prices in Kuala Lumpur October 10, 2008. Malaysian stocks are likely to extend losses on Friday, as markets around the world plunged further overnight amid fears of a global recession.

Foto upload from REUTERS/Bazuki Muhammad (MALAYSIA)

Monday, September 22, 2008

Balik Raya 2008

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Pulang ke kampung sempena Hari Raya merupakan perkara wajib bagi seorang mahasiswa seperti saya kerana saat ini adalah rugi kalau dilepaskan untuk bersama keluarga ,sanak sedara dan sahabat handai. Untuk tahun ini juga seperti biasa saya akan pulang ke kampung nun di Utara tanah air iaitu Bukit Mertajam.

Tetapi kelainannya tahun ini saya memilih perkhidmatan keretapi Ekpress Rakyat dari KL Sentral ke Stesen Bukit Mertajam pada jam 1430,27/9/08. Jika sebelum ini bas dan kereta menjadi pilihan ,kini saya mencuba pulang raya dengan keretapi pula.Beban harga tambang bas naik mendadak telah memaksa saya mencari alternatif lain yang lebih murah dan keretapi adalah jawapanya.

Harga tambang keretapi amat murah dimana anda boleh mendapat tambang serendah RM18 dari KL ke Butterworth untuk kelas ekonomi.Saya memilih kelas dua tempat duduk kerana Ekspress Rakyat hanya menawarkan kelas 2 dan kelas 1 dan juga tempatnya yang luas dan sesuai untuk perjalanan yang jauh.Tetapi yang menariknya pada Sabtu ini saya akan berbuka puasa didalam keretapi kerana tren dijadual tiba pada jam 2123. Jadi kena bungkus makanan awal-awal lagi la jawabnya.

Selamat Pulang berhari raya di kampung dan Salam Aidifitri..

More AIDILFITRI graphics




Jom layan lagu Ekspress Rakyat dendangan M Nasir.....

Saturday, September 13, 2008

ISA Kembali lagi

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Mari kita mengenali apa itu ISA? Klik Di sini.

Saya secara konsisten menentang akta zalim ,ISA yang mana menahan orang tanpa di bawa untuk dibicarakan . Tidak kira la siapa yang ditahan tetapi tahanan perlulah dibawa ke mahkamah untuk mendapat keadilan bagi dirinya. Di dalam agama Islam pun seseorang yang akan didapati bersalah setelah dibuktikan dengan bukti bahawa beliau melakukan kesalahan.Saya bersetuju dan berpegang kepada saranan Mufti Perlis ,Dr Asri dalam artikel blognya sebelum ini yang bertajuk "Berhentilah Memusuhi Tanpa Bukti" .

Seperti harapan saya supaya benda ini tidak berlaku pada posting yang terakhir ,nampaknya Operasi Lalang 2 seakan akan berlaku jua dengan penahanan seramai 3 orang setakat ini.Rakan saya, Najwan juga melahirkan rasa kebimbangan akan berlaku Operasi Lalang 2 jika melihat trend penahanan ini. Saya menjangkakan Datuk Ahmad Ismail dikenakan juga tetapi nampaknya beliau masih selamat hanya dikenakan gantung 3 tahun keahlian sahaja.

Peace for Malaysia..!!

Tuesday, September 9, 2008

Keamanan untuk Malaysia ,tolak perkauman Ahmad Ismail

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Terkejut di benak fikiran saya awal pagi ini apabila membaca berita berkenaan tindakan Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dan melancarkan perang ke atas Presiden Gerakan ,Tan Sri Khoh Tsu Koon semalam. Kemudian saya meneliti kenyataan Pak Lah yang akan ingin bersemuka dan akan mengambil tindakan tegas diatas perbuatannya dan kita masih menanti tindakan oleh Pak Lah.

Apakah Ahmad Ismail dan pimpinan UMNO PP tidak berfikir secara rasional kesan kenyataannya yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dikalangan rakyat ? Saya sungguh kesal dengan kenyataan olehnya dan begitu juga pendirian UMNO PP.Nampaknya suasana harini amat kucar kacir dalam negara dengan keadaan ekonomi yang lembab dan kini pula kestabilan politik dan hubungan antara kaum. Saya mahu melihat Malaysia ini aman dan perpaduan kaum terus kukuh di kalangan rakyat.

Saya tidak mahu melihat peristiwa 13Mei 1969 berulang dan begitu juga Operasi Lalang 1987 .Ya ALLAH selamat Malaysia di bulan yang mulia ini ..Ameen..



Sedih melihat pemimpin yang tidak menggunakan akal yang ALLAH yang anugerahkan apabila berkata-kata.Anda memalukan Melayu Pulau Pinang...anda sudah kaya raya mahu rakyat bahawahan bergaduh untuk kekuasaan anda....POORAH.....

Friday, September 5, 2008

Al-Fatihah Buat Allahyarham A. Samad Ismail

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham A. Samad Ismail yang telah kembali kerahmatullah sebentar tadi.

Negara kehilangan seorang tokoh yang berani dan berwibawa saperti Pak Samad. ALLAH lebih menyayangi Almarhum.Kita kehilangan lagi seorang tokoh dalam bidang penulisan selepas pemergian saudara Rustam Sani.

A. Samad Ismail dikenali sebagai seorang yang cukup tegas dan berdedikasi. Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini merupakan salah seorang aktivis politik yang cukup komited dalam perjuangan awal menuntut kemerdekaan Malaya.

Sekalung takziah saya rakamkan buat keluarga Allahyarham. Pemergian A. Samad Ismail sememangnya satu kehilangan besar buat negara.Boleh KLIK Di Sini sebuah sorotan mengenai beliau.

Al-Fatihah.

Monday, September 1, 2008

Selamat Berpuasa

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Ahli falak melihat anak bulan di Menara KL


Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada keluarga di Penang, rakan-rakan dan seluruh umat Islam di Malaysia. Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal ibadah sempena bulan Ramadhan ini.




Saturday, August 30, 2008

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Sebuah filem dokumentari arahan Fahmi Reza yang cuba membawa kita cerita versi golongan kiri tentang usaha-usaha ke arah mencapai kemerdekaan yang mungkin tidak ramai yang mengetahui.Sama-sama kita menonton...adios..

Part 1



Part 2


Part 3


Part 4


Thursday, August 28, 2008

Tambang bas Raya Naik

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan
surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas henti-henti bagi musim perayaan
Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata kadar surcaj, yang berkuatkuasa selama sebulan mulai 15 Sept ini, langkah sementara sebelum kementeriannya membuat keputusan kenaikan kadar tambang.

"Pelaksanaan surcaj ini adalah bagi membantu pengusaha bas ekspres mengurangkan kos operasi selepas mengambil kira pelbagai pandangan dan maklum balas serta keluhan daripada mereka," katanya, lapor Bernama, pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.Noh berkata pelaksanaan kadar surcaj harga tiket bukan perkara baru kerana ia pernah dilakukan sebelum ini iaitu pada kadar RM3 yang dikuatkuasakan hanya kepada pengusaha bas ekspres.

Nampaknya tindakan kerajaan yang mengikut telunjuk pengusaha bas dengan menaikkan kadar tambang tiket bas 30% untuk musim perayaan adalah sesuatu yang menyedihkan.Satu lagi beban yang perlu dilalui oleh rakyat selepas kenaikan harga minyak ,harga barang dan keperluan lain yang begitu membebankan rakyat sejak akhir-akhir ini .Kadar inflasi Malaysia sekarang berada pada paras 8.5 % dan merupakan yang tertinggi di dalam sejarah negara.

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang kebanyakannya menggunakan perkhidmatan awam akan terjejas teruk disaat musim perayaan ini termasuk juga golongan mahasiswa yang akan pulang ke kampung .

Saya agak hairan mengapa kerajaan menaikkan tambang tiket semasa musim perayaan ini sedangkan dalam belanjawan 2009 semalam Perdana Menteri telah mengumumkan yang telah mengemukakan beberapa insentif baru untuk pengusaha pengangkutan awam.

Antaranya , seperti meningkatkan kuota subsidi diesel bagi pengangkutan awam, menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam tiga bilion ringgit di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membiayai perolehan aset bas dan rel,mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan, iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam, untuk tempoh dua tahun, bermula 15 September 2008.

Sebaiknya tak perlu diberi insentif @subsidi kepada pengusaha bas ini jika keputusan akhirnya kerajaan menaikkan harga tiket bas . Mungkin rakyat Malaysia terpaksa mencari alternatif lain pulang ke kampung contohnya menggunakan perkhidmatan keretapi antarabandar KTMB yang mana harga memang sudah diketahui tidak dinaikkan.









Tuesday, August 26, 2008

Anwar ke Parlimen, Menang besar di Permatang Pauh

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 15,671 undi.

Setelah semua pusat pengundian ditutup pada jam 5.00 petang tadi, Anwar selaku pilihan menerima undian terbanyak.

Keputusan rasmi:
PKR:
31,195 undi
BN: 15,524 undi
AKIM: 92 undi
Peratus keluar mengundi: 65.25%
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi.
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti:13,398
Anwar menewaskan dua calon lain dari Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Akim Hanafi Mamat.

Calon PKR Anwar Ibrahim mendapat 31,195 undi, Arif Shah mewakili BN mendapat 15,524 undi manakala calon Akim Hanafi Mamat hanya mendapat 92 undi sekaligus hilang wang pertaruhan sebanyak RM15 ribu.

Anwar akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen di dewan rakyat tidak lama lagi.

Keadaan amat sesak dengan ribuan penyokong PKR berkumpul di pusat penjumlahan undi untuk menunggu proses pengiraan undi sejak petang tadi.

Bagaimanapun keadaan dilapor terkawal dengan pihak keselamatan mengawal ketat sekitar pusat penjumlahan undi tersebut.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan oleh presiden PKR Wan Azizah yang memenanginya pada 8 Mac lalu untuk memberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim untuk kembali ke persada politik tanah air.

Sebelum ini Wan Azizah mewakili PKR menang kerusi parlimen tersebut dengan undi majoriti 13,888 menewaskan calon BN Pirdaus Ismail.

Keputusan rasmi:

PKR: 31,195 undi
BN: 15,524 undi
AKIM: 92 undi
Peratus keluar mengundi: 65.25%
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi.
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti:13,398

PKR menang dengan majoriti: 15,671

Ternyata terang lagi bersuluh , penduduk Permatang Pauh adalah contoh rakyat Malaysia yang matang dalam berpolitik.Walaupun suasana politik PRU kecil ini lebih bersifat pembunuhan karekter calon dengan pelbagai fitnah dan tonmahan yang dilemparkan namun penentuan juga adalah ditangan pengundi.

Media saban hari samada cetak atau elektronik mengasak penduduk dengan pelbagai versi sumpah saranah tapi akhirnya rakyat Permatang Pauh telah meletakkan mereka sebagai watak penting penentu masa depan negara. Tahniah rakyat Permatang Pauh , saya yang berada di perantauan ini bangga sebagai rakyat Matang Powh...adios..


Saturday, August 23, 2008

Harga Minyak Turun 15 sen @Sekupang 5 duit

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
bm version fuel petrol diesel price hike reduction 220808

Baru sebentar tadi dalam warta berita , kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter berkuatkuasa esok.Pada masa ini, harga minyak petrol RON97 adalah RM2.70 seliter.Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.Penurunan harga bahan bakar itu berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Bagi warga mahasiswa , satu permulaan yang baik untuk mengurangkan beban rakyat dan begitu juga warga siswa yang menggunakan kenderaan untuk ke kampus dan lain-lain tempat. Penurunan harga minyak dan diesel ini dibuat ekoran trend penurunan harga minyak di pasaran dunia yang mana hari ini sebanyak $117.32 setong .Ada satu ketika harganya jatuh pada kadar $113 setong.Selepas dikaji , akhirnya kerajaan membuat pengumuman awal penurunan harga minyak yang mana dijangka semasa pembentangan Bajet 2009 .Mungkin untuk PRU kecil Permatang Pauh ? Kebetulan agaknya..

Sebagaimana yang diumumkan hari ini, Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Julai 2008 berbanding Julai 2007 meningkat pada kadar 8.5 peratus dan ini adalah satu margin yang cukup besar jika dibanding dengan tahun lalu. Paling ketara ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol iaitu sebanyak 6.9 peratus, pengangkutan (6.7 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas serta bahan api lain (1.4 peratus).

Melihat kepada kesan pengurangan harga petrol dan diesel ini,persoalan bermain difikiran saya adakah dengan kadar sebanyak 15 sen@ sekupang 5 duit akan dapat membantu meringankan beban pengguna serta mengurangkan tekanan inflasi, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana??.Mungkin pakar ekonomi ada jawapannya tetapi saya percaya pengurangan harga minyak ini tidak dapat membantu mengembalikan kuasa membeli rakyat .


Thursday, August 21, 2008

Sistem Pengangkutan Rel di KL

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Saya agak canggung apabila PM ,Abdullah Badawi mempersoalkan mutu perkhidmatan sistem pengangkutan rel di Kuala Lumpur terutama KTM Komuter dan LRT.Bagi saya ,sudah mangli (bahasa Utara) maksudnya lali dah dengan keadaan sesak dan bau-bau yang kurang menyenangkan apabila menaiki LRT dan Komuter di KL. Suasana itu sudah menjadi perkara biasa lebih sejuta pengguna yang memilih sistem pengangkutan rel di KL untuk ke tempat kerja dan lain-lain destinasi.

Mengapa baru sekarang dipersoalkan dan dihebohkan tentang mutu? Inilah penderitaan yang dirasai oleh rakyat golongan bawahan dan pertengahan menggunakan sistem pengangkutan awam selepas kenaikan harga minyak.Tetapi tahniah kerana PM akhirnya peka terhadap mutu pengangkutan rel di KL dengan sendiri turun padang meninjau permasalahan ini.

Walaupun kerajaan mahu menaikkan harga minyak tetapi sistem pengangkutan itu sendiri perlu terlebih dahulu ditingkatkan untuk menggalakkan rakyat mengguna sistem pengangkutan awam. Semasa kerajaan menaikkan harga minyak ke RM 1.92 sen ,dikatakan penjimatan subsidi minyak sebanyak RM 4 billion itu akan digunakan untuk menaiktaraf mutu sistem pengangkutan awam .Tapi yang hanya dilakukan membeli bas Rapid KL yang baru dan tidak kepada sistem pengangkutan rel di KL.

Bagi saya, sistem rel di KL itu perlu dipertingkatkan dengan memperbanyakan koc untuk KTM Komuter dan LRT .Jika kita menambah bilangan bas hanya menambah kesesakan yang teruk di KL.Bagi Penasihat FOMCA, Datuk Hamdan Adnan perkhidmatan Komuter perlu satu langkah drastik untuk diperbaiki kerana bilangan koc dan kekerapan tren tidak dapat menampung peningkatan mendadak penumpang. Oleh itu FOMCA sendiri mendesak supaya perlu penambahan terhadap koc dan kekerapan tren komuter.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews