INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, March 24, 2009

Era rejim diktator sudah bermula

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





Kisah di Taman Ria Jaya,Sg Petani semalam menceritakan kepada kita bahawa era pemerintahan rejim Mahathir sudah bermula dengan arahan penarikan permit saat akhir ceramah DS Anwar dan menjadi sebab utama penggunaan FRU dan Polis lebih 1000 org untuk menyuraikan lebih 5000 orang awam yang hadir mendengar amanat DSAI dan calon PKR Bkt Selambau, sdr Manikumar.Klik di sini berita penuh.




Sebelum ini ceramah siang malam tidak pernah dicemari dengan penggunaan FRU tetapi semalam lain ceritanya yang mana diberitakan terdapat arahan atasan supaya permit dibatalkan dan FRU akan digunakan untuk menyuraikan perhimpunan. Ini negara demokrasi apa? tiada ruang untuk parti yang berdaftar di Malaysia mengadakan ceramah dan hak rakyat seolah-olah dinafikan untuk mendengar ceramah dan memilih parti yang diyakini memperjuangkan hak mereka.

Sedih melihat kaum wanita, warga tua dan kanak-kanak yang terkena gas pemedih mata dan tembakan air dan perihal kejadian ini mengimbau kenangan ku di Masjid Negara sewaktu Perhimpunan Bantahan PPSMI.FRU dan polis digunakan untuk menjaga ketenteraman negara tetapi kini menjadikan rakyat awam yang tidak melakukan jenayah sebagai musuh mereka. Aku tidak pernah mendengar berita orang cedera atau meninggal dunia sewaktu mendengar ceramah politik dan oleh itu apa kejadahnya digunakan FRU dan polis untuk mencederakan rakyat?

Selain itu, penggantungan Harakah dan Seruan Keadilan selama 3 bulan juga menimbulkan tandatanya apakah ini bermulanya media Malaysia akan dikongkong dan ruang kebebasan semakin terhimpit di Malaysia ?. Banyak yang beranggapan arahan penggantungan ini bertitik tolak dengan PRU kecil di 3 kawasan iaitu BKT Gantang, Bkt Selambau dan Batang Ai yang mana, mungkin pihak BN mahu menguasai sepenuhnya media dalam kempen PRU tersebut dan menafikan peluang pembangkang menyebarkan maklumat kepada rakyat.

Ya!! semalam ketua rejim, Mahathir sudah berkokok di perhimpunan Perkasa yang membuktikan beliau masih bersuara dan selepas ini akan memasuki UMNO untuk menerajui kembali Malaysia.Aku kini berharap episod kelam dan gelap Malaysia yang semakin menghampiri ini tidak menjadi kenyataan mengharapkan masih ada sinar kebebasan dan keadilan untuk rakyat Malaysia.




4 comments:

Pejuang Bangsa said...

Ceramah tidak mendapat permit memang patut dikenakan tindakan pun .tunggu la sebelum kempen pilihanraya ..ini ada ke buat ceramah di pasar malam ..bijak betul anwar buat ceramah tmpat tumpuan org ..haha

Keterbukaan punya zaman sudah tamat !! era command dan control akan menjelma !!! tak lama lg anwar pun akan kena masuk jail semula ..haha

sitihajarhashim said...

hei... jgn terlalu taksub... sama-sama la membina...
tak faham mengapa perlu sesama bersengketa...

Ikhwan Pantherians said...

Malaysia akan menuju Negara polis dan diktator sedikit masa lagi.

sesungguhnya kuasa rakyat akan bersuara di peti Undi lagi..akan berlaku hatrik PRU kecil UMNO BN tersungkur...slps KT dan Permatang Pauh.

perubahan tiada dalam UMNO..sbb mrk masih tidak fhm bhs rakyat yang mahu change !! Yes We change !!

boysepang said...

x dpt permit ngn ditrik disaat akhir mcm ko tulis sgt berbeza geng... ko kena jelas menda2 mcm nie...

yg nie x dpt permit... so, perlanggaran undang2 mmg terang2 telah berlaku!!

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews