INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, March 8, 2009

Perjuangan Membantah PPSMI -1

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





Kita melangkah seiringan ,
Satu Perjuangan ".....

Aku menuju ke Masjid Negara dengan iringan lagu "Satu Perjuangan "oleh Brother di dalam bas ekpress untuk membakar semangat supaya kental dan istiqamah dalam apa yang kita perjuangkan. Tiba di Pudu Raya sekitar jam 1.00pm dari Melaka dan kemudian terus berjalan ke Masjid Negara melalui Pasar Seni dan Stesen KTM KL.Walupun keseorangan,tetapi tetap hadir untuk menyuarakan bantahan untuk kepentingan anak bangsa masa hadapan kerana yakin perjuangan aku tidak akan keseorangan nanti.

Tiba di Masjid Negara lebih kurang 1.20pm, tempat keramat reformasi 98 dan platfom ini cukup penting dalam membangkitkan semangat perjuangan terutama kepada orang Islam.Aku kemudian bersolat jamak di sini dan sebelum itu sempat bertemu dengan Bang Mat(Mat Sabu) apabila sama-sama beratur untuk menggunakan tandas.Senda gurauannya dengan orang ramai menggamit suasana ketika beratur.

Selesai solat, ribuan orang ramai sudah mula berkumpul di hadapan pintu utama mendengar amanat pemimpin yang antaranya berucap adalah wakil dari Dewan Cina Selangor, wakil PKPIM(Faisal Aziz) dan wakil GMP.Aku melihat banyak hadirin yang hadir terdiri daripada guru-guru pencen, mahasiswa/i dari IPTA, ibubapa, pecinta bahasa dan pelajar-pelajar sekolah.
Perarakan bermula dengan orang ramai mula merempuh sekatan FRU di pintu pagar di samping unit amal Pas melindungi keselamatan orang ramai.Keberanian dan kegigihan mereka amatlah aku kagumi dalam melindungi orang ramai dari dipukul FRU.Video klip di atas ada menunjukkan terdapat seorang anggota Unit Amal yang ditangkap dan dipukul FRU.Aku merasakan anggota Unit Amal terbabit adalah Saudara Laili Masran seperti yang dilaporkan di Harakah.

Perarakan bermula dengan orang ramai mula keluar dari Masjid Negara menuju ke Istana Negara untuk memohon perhatian dan menagih simpati daripada Ke Bawah Duli Tuanku supaya dihapuskan dasar PPSMI.Perjalanan rakyat disekat di Jalan Kg Attap berhampiran bangunan YPIM dimana FRU telah mula melepaskan beratus das gas pemedih mata(tear gas) kepada rombongan perarakan rakyat.Aku lari bertempiaran mendapatkan bantuan air di kolam berhadapan sebuah bangunan pejabat.

Di situ aku bertemu rakan sekolah yang datang dari Permatang Pauh iaitu Ee, Faizal dan Pak Wan. Mereka memberikanku garam untuk meneutralkan kepedihan mata akibat gas terbabit.Ternyata perjuangan ku tidak keseorangan kerana bertemu jua rakan-rakan dari kampung yang hadir jauh untuk kepentingan anak bangsa kita dalam pendidikan.Sebelum itu aku juga bertemu dengan cikgu Rahim iaitu bekas guru semasa aku menuntut di SMK Penanti dan beliau hadir kerana membantah keras PPSMI ini.Tatkala bertemu dengan rakan lama ,sudah semestinya kenangan gambar menjadi perkara kemestian dan mereka juga sempat menemuramah aku dengan handycam yang dibawa.Hahaha video ini aku ku cari nanti sebagai kenangan perjuangan apabila pulang ke Penang.

Kami kemudian berpecah lagi kerana FRU sudah mula bergerak dan semua orang ramai yang hadir di minta pulang berkubu di Masjid Negara oleh pimpinan GMP kerana FRU sudah mula bertindak ganas dan faktor keselamatan menjadi keutamaan kini.Apabila berehat di dalam kawasan masjid, aku kemudian dikejutkan dengan kehadiran FRU lagi dengan kelengkapan lori mereka dan memancut air kepada orang ramai yang berehat dalam kawasan masjid dan ini membangkitkan kemarahan rakyat di atas tindakan biadap mereka.

Gambaran yang bermain di fikiranku ketika itu beginilah cara penduduk Palestin ditindas oleh Rejim Zionis dan mereka tidak fikir tempat itu adalah rumah suci ALLAH atau tidak dek kerana sememangnya mereka menjadi alat pekakas sang penguasa yang ketakutan kehilangan kuasa.Kemudian selepas rakyat memaki hamun diatas tindakan biadap tersebut, kini mereka marah dan melepaskan gas pemedih mata di dalam kawasan masjid dan seolah-olah menyerang rumah ALLAH (Masjid Negara).Aku lari lagi sehingga ke kawasan Makam yang terletak di bahagian belakang tetapi apakan daya terkena lagi gas pemedih mata buat kali kedua.Nasib baik garam lebihan di dalam poket menjadi bahan pengubat kepedihan.

Sambungan siri kedua nanti .

"Hanya orang pernah berdemonstrasi di jalanan tahu perasaan orang yang berdemontrasi jalanan"

7 comments:

Pejuang Bangsa said...

"Hanya orang pernah berdemonstrasi di jalanan tahu perasaan orang yang berdemontrasi jalanan"


jadi mudah saja jangan sertai demontrasi jalanan seperti ini ..

pendirian aku mudah sahaja iaitu

"dimana ada demonstrasi..disitu ada PAS dan PKR "

ana81 said...

mcm mn agaknya terkena gas tu..

Ikhwan Pantherians said...

Pedih la mata tu dan ada yang merah sedit matanya.

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa" komen sinis Pak Samad Said cukup untuk membuat sesiapa terasa.

"dimana ada demonstrasi..disitu ada PAS dan PKR " ???

Pendirian apakah ini? Walhal gol.mahasiswa/i IPTA di bawah GAMIS dan PKPIM dan persatuan universiti lain antara paling ramai hadir menyokong dan menunjukkan mahasiswa tidak lesu.Jemputan GMP kepada orang UMNO tidak dilayan sama sekali kerana mereka takut kepada KP UMNO, Hisyam "kitee".

Pejuang Bangsa said...

UMNO tidak menyertai kerana KP UMNO menteri pelajaran itu yg masalahnya sedangkan dalam UMNO sendiri ada yang juga tidak menyokong PPSMI

Pemuda UMNO menerusi YB KJ dalam perhimpunan agung UMNO telah membahaskan isu PPSMI ,YB Puad Zakarshi juga bangkit isu PPSMI ini tetapi mungkin tahun 2009 tahun yang akan menentukan samada PPSMI ini diteruskan @ tidak .

jika orang dalam Pemuda UMNO tidak setuju PPSMI ini jgn undi kepada anak pencetus idea ini iaitu Muhkriz anak kepada Dr Belit ..hehe

pendirian itu betul pe ,kalau ikut sejarah dari 1998 ,di mana ada demontrasi di situ ada PAS dan PKR kerana mereka ini raja demontrasi jalanan

PKPIM dan GAMIS ini kebanyakan student pro kepada pembangkang ..lepas graduate mereka ini semua akan teruas menyertai pembangkang . tak kan awek berjubah ini nak masuk puteri UMNO ..hehe

Anonymous said...

Umno pun demo juge. Demo jilat jubur raje-raje

kamal said...

NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH
Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.

Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.

Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.

p e l u r u s e s a t said...

Pejuang Bangsa..sahabat koreeeb!

aku rasa hang kena telaah balik kitab-kitab sejarah Melayu lama ni..tak pun hang pi jumpa Hishamuddin Rais mintak buku sejarah Melayu yang lama-lama dulu..

aku nak bidas skit sapa-sapa yang kata demonstrasi jalanan tidaj bertamadun atau bukan budaya orang melayu ni..

sebenarnya, demonstrasi jalanan ni dah berlaku pd zaman kesultanan Melayu Melaka..pada waktu tu, rakyat Melaka tidak berpuas hati dgn hukuman buang negeri yang dikenakan pada Raja Ahmad atas tindakan Raja Ahmad membunuh anakanda Tun Bendahara..

Rakyat telah pergi berjumpa dgn Hang Jebat bertanyakan perkara ini..jawapan Jebat mudah sahaja, kita (rakyat) turun berarak sampai ke Istana utk tunjukkan ketidakpuasan hati pada keputusan Raja..dan dari peristiwa inilah kenyataan Raja Adil Raja disembah, Raja Zalim Raja Disanggah diperkenalkan oleh Tun Bendahara..

Jadi yang dok pukul canang perarakan atau perhimpunan / demonstrasi jalanan tu bukan budaya Melayu, aku rasa hangpa pi telaah balik kitab-kitab Melayu lama..tak pun pi jumpa & tanya Hishamuddin Rais sendiri..

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews