INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, December 31, 2013

Himpunan TURUN membantah kenaikan Kos Sara Hidup 31 Dec 2013

Himpunan TURUN dikepalai mahasiswa dan anak muda?

Presiden PMUM, Muhammad Kamarul Setapa -  himpunan ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap kenaikan barang keperluan rakyat atas alasan ‘memperkukuhkan ekonomi’.Bagi beliau, respon pihak kerajaan berkenaan isu kenaikan harga barang cukup mengecewakan dan dilihat seperti memperbodoh-bodohkan rakyat yang dalam kesusahan.

"Oleh itu, sekali lagi saya menyeru mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia supaya turun bersama-sama rakyat ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada hari ini," - Presiden Persatuan Mahasiswa UM.

Ini adalah kenyataan terbuka yang kedua dari persatuan pelajar universiti tempatan, selepas kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SRC-UIAM).Sebelum ini, pemimpin pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis), Nor Azan Safar, ditahan polis kerana didakwa mendalangi perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.

Pemuda PAS turut sertai HIMPUNAN TURUN

Pemuda PAS Malaysia mengerahkan anggotanya menggerakkan penyertaan orang ramai khususnya golongan muda ke perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada malam 31 Disember.Lidah parti itu Harakahdaily melaporkan, ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata Pemuda PAS menyokong demonstrasi berkenaan yang akan diadakan untuk menyatakan keresahan masyarakat ke atas kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

AYUH anak muda kita TURUN dan Bantah Kenaikan Kos Sara Hidup yang dilakukan oleh kerajaan!

Ali Tinju beri amaran kepada Rafizi Ramli jangan kacau Rosmah Mansor?

Watch "'Rafizi kurang ajar, selalu kacau Rosmah'" on YouTube

http://www.youtube.com/watch?v=V9nS4Oyh2ew&feature=youtube_gdata_player

Ali Tinju ini bukan Muhammad Ali, peninju terkenal US tetapi pencacai dan pembodek kuat Rosmah Mansor.

Selepas Azmin ali diberi amaran akan menonggeng di depan rumahnya sebab kritik isu jet Rosmah ke Dubai, kini Rafizi pula diberi amaran keras oleh Presiden PVT (Persatuan Veteren Tentera Melayu), Ali Tinju supaya menyediakan payung sebelum hujan jika masih kekal menggangu Rosmah Mansor dan keluarganya.

Wow  dah macam negara fasis zaman Hitler, bila kritik  pemimpin negara  dan isteri boleh diugut pula oleh SI dan Gestapo. Haha haha...

Saturday, December 28, 2013

NGO PPIM jadi pencacai UMNO gesa rakyat kerja lebih hadapi kenaikan harga barang

Di sebalik rungutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta kos sara hidup, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebaliknya tampil menggesa pengguna bekerja lebih kuat untuk mendapat lebih pendapatan.

Pemimpin PPIM Nadzim Johan berkata, ekoran kenaikan itu, pengguna disaran bangun dan bekerja lebih keras dan tidak harus hanya duduk menunggu semata-mata."Buat sesuatu, cari pendapatan lebih," katanya dalam forum mengenai kenaikan harga barang di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di ibu negara hari ini.

Pelbagai pihak sebelum ini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap peningkatan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia. Ini turut mendorong sekumpulan aktivis NGO menganjurkan perhimpunan membantahnya di Dataran Merdeka pada malam.

@Pantherian : NGO PPIM ini memang terkenal sejak zaman Dr Maamor menjadi Presiden lagi memang akan mengampu dan menjilat apa sahaja kenyataan pemimpin UMNO BN.

Nama sahaja NGO Pengguna Islam tapi NGO pencacai UMNO macam Perkasa. Harga barang naik membebankan pengguna tapi dia sokong UMNO gesa pengguna kerja keras dan lebih untuk menambah pendapatan. Mungkin dia gesa rakyat baik suami isteri bekerja siang dan malam untuk menambah pendapatan? Bagaimana institusi keluarga bila bapa dan ibu keluar siang malam mencari rezeki?

Ini NGO Pengguna yang bodoh dan akal taraf Menteri  Hassan Malek.



Monday, December 16, 2013

Menteri DS Wahid Omar berfikir ala "macai" untuk alasan naik Tol ?

Mantan CEO Maybank yang juga Menteri JPM kini, DS Wahid Omar bangga mengumumkan kenaikan TOL untuk hampir kesemua lebuhraya di Msia dijangka pada awal tahun2014.
Hal ini disebabkan katanya kerajaan perlu mengotakan janji kenaikan ini seperti mana tercatat dalam terma perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi.
Kini CEO Of The Year Abd WAHID Omar dah berubah daripada tokoh korporat menjadi Menteri taraf Macai UMNO apabila berhujah :
" Kalau tak nak bayar TOL , sila guna jalan biasa kpd yang anggap tol itu agak tinggi"- Menteri JPM
Kini quote Wahid Omar dengan bangga tersenarai dlm senarai quote terhebat oleh Menteri taraf Macai UMNO.

Thursday, December 12, 2013

Mat Sabu kagum Ayatollah Khomeini, Ibrahim Ali pula bergambar dengan Ayatollah Khomeini?

Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih. "Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh bawa orang Islam berdiri sendiri."Saya juga kagum dengan Hassan Nasrullah," -Mat Sabu,  Timbalan Presiden PAS.

Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu turut menyatakan akan menyerahkan isu tersebut untuk diteliti peguamnya.KDN dalam sidang medianya hari ini mengemukakan hujah mengaitkan Mohamad dengan Syiah, antaranya dakwaan berselawat seperti mazhab tersebut.

Gambar yang dilampirkan ini pula menunjukkan gambar zaman muda Ibrahim Ali yang bergambar dengan Ayatollah Khomeini.

Adakah Ibrahim Ali juga salah seorang yang mengagumi Ayatollah Khomeini?  ibrahim ali sokong syiah?

Monday, December 9, 2013

Jenaka Lucah dalam masjid oleh Ustaz Kazim Elias untuk tarik perhatian umat Melayu?





Masjid sanggup bayar beribu ribu kepada barua ni untuk buat jenaka lucah dalam masjid.... Tak ada ilmu yang di sampaikan melainkan cerita rekaan untuk memperbodohkan orang Islam mengunakan agama... yang ada hanya gelak ketawa.. - FB Abu Nawas.
  
Pelbagai cara digunakan oleh Ustaz atau Penceramah Bebas untuk menjadi popular termasuk sanggup guna Jenaka Lucah rekaan sendiri. Ustaz ini tahu bahawa orang Melayu suka lawak jenaka terutama hal dalam baju dan nikah kahwin.









Tuesday, December 3, 2013

UMNO BN naik tarif Elektrik 15% bermula Januari 2014

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 14.89 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.Harga semasa 33.54 sen sekilowatt.Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj.Kedua-dua kenaikan itu berkuatkuasa 1 Januari 2014 -  Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Maximus ONgkili.

Syukur Negara ini masih aman di bawah kepimpinan Rosmah dan Najib.

Tuesday, November 26, 2013

MP Jeff Ooi marah teguran Dr Mansor Othman isu #kucingkurap kepada pekerja MPPP

MP Nibong Tebal Datuk Dr Mansor Othman hari ini menegur rakan sejawatnya daripada DAP ekoran kenyataan kontroversi "kucing kurapnya" yang merendah-rendahkan pegawai berpangkat rendah.Mansor  yang juga pengerusi PKR negeri itu menggesa Ooi menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kerana ia bertentangan dengan semangat dalam Pakatan Rakyat."Jika mahu menegur penjawat awam, beliau perlu melakukannya melalui saluran yang betul."Gangguan sedemikian tidak mencerminkan profesionalisme sebagai seorang Ahli Parlimen dan komen Ooi itu tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana istilah yang digunakan itu bersifat keji dan tercela.

Ooi: Mansor jangan jadi 'tokong'Ooi

Ooi membalas dengan menyindir kembali Mansor: "Kita hampir terlupa beliau di Pulau Pinang. Adakah dia 'tokong' di sini? Jangan cuba jadi tokong."Ogos tahun lalu, Mansor terpalit kontroversi ekoran bocornya minit mesyaurat PKR yang mendedahkan beliau melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai tokong.Bernama semalam melaporkan, lawatan Ooi di Pasar Jelutong di George Town bertukar 'kecoh' apabila seorang pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menggesanya menggugurkan label 'kucing kurap' yang ditujukan kepada kakitangan bawahan MPPP, Sabtu lepas

Ketika ditanya, Ooi mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada kepada beberapa pegawai MPPP kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... "Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan.

Sumber Malaysiakini

@Pantherian : Syabas Dr Mansor, Mantan TKM1 P.Pinang yang mempertahankan maruah staf bawahan MPPP yang dihina #kucingkurap oleh MP blogger yang layak digelar juga kucingkurap sebab mulut biadap dan tidak hormat orang lain sebagai manusia.

Punca #kucingkurap ini disebabkan MPPP menghantar Pegawai Pangkat Rendah untuk membantu MP kucing kurap ini dalam lawatan ke Pasar Jelutong dan beliau merasa terhina dengan layanan MPPP terhadapnya. MP angkuh dan sombong ini mahu Pegawai pangkat seperi Pengarah, OCPD, YDP, CPO  hadir mengikuti lawatan beliau laksana macam Ketua Menteri atau Menteri.

Apabila ditegur oleh Dr Mansor, Jeff Ooi ini naik angin dan menyindir Dr Mansor dengan isu yang tidak berkaitan hal #kucingkurap ini. Sah!  memang biadap MP blogger ini yang angkuh dan sombong dengan kuasa sebagai Ketua Staf Pejabat KM.


Wednesday, November 20, 2013

PAS Penang buat U turn 360 tarik balik ugut lepaskan jawatan pentadbiran kerajaan negeri P.Pinang?

Adalah memalukan bila ostaz Pas P.Pinang melalui Pesuruhjaya Negeri Datuk Salleh Man telah menyalahkan media seperti di NST kononnya salah dalam melaporkan  tohmahan kerajaan DAP campurtangan urusan agam Islam P.Pinang. Ya, mungkin NST nak bagi hot news akan sebut kerajaan DAP campurtangan urusan agama Islam P.Pinang, tapi yang sebetulnya ialah kerajaan negeri melalui Exco Agama yang campurtangan. Exco Agama ialah YB Malik Kasim (PKR) dan itu memang tugas beliau sebagai Exco Agama untuk  membuat keputusan penting melibatkan urusan perkembangan agama Islam di negeri P.Pinang.

Adakah ostaz Pro UG dalam Pas P.Pinang tersilap langkah dan kata dalam mengugut melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan keluar Pakatan Rakyat?  Kesan besar ialah Datuk Salleh Man perlu melepaskan jawatan YDP MAINPP termasuk juga beberapa  jawatan GLC contoh ahli lembaga pengarah di PBA, HALAL,  Yayasan Islam PP, Ahli majlis MAINPP, Perbadanan Perpustakaan PP, Ahli Majlis MPSP/MPPP, Penyelaras DUN,  Lembaga Zakat dan JKKK.  Nampaknya semua jawatan ini perlu dilepaskan oleh PAS berdasarkan pendirian Pas Negeri P.Pinang.

Polemik ini telah menggemparkan penyokong PR di seluruh negara terutama di P.Pinang.Persoalan pokok di sini pada kacamata rakyat kelihatan Pas PP terdiri daripada ostaz-ostaz ulamak ini GILA JAWATAN dan KUASA sehingga berani mengugut keluar PR di media perdana dan yang menarik masanya menjelang Muktamar PAS yang bermula hari ini. Apa sudah tidak cukup lagi jawatan seperti yang sebahagian disenarai di atas untuk PAS  ? Menang 1 kerusi DUN tapi minta macam dia kerajaan utama?

Orang kata ukur baju di tangan sendiri dahulu!

Ostaz-ostaz seperti Afnan Hamimi dan Fauzi ini perlu muhasabah diri dahulu sebelum bercakap. Jawatan YDP MAINPP itu sudah cukup besar untuk PAS dan patut dipergunakan dengan sebaiknya untuk manfaat kepada orang Melayu dan Islam P.Pinang seperti disarankan oleh YB Mujahid Yusuf Rawa. Tanah-tanah wakaf Islam perlu dimanfaatkan untuk kegunaan orang Islam P.Pinang terutama dalam bidang ekonomi dan perumahan. Bila pemimpin sendiri lemah dan tidak cekap dalam pentadbiran maka jangan salahkan orang lain.

Wednesday, October 30, 2013

PM Najib terlena di Forum WiEF London sebab kurang gula ?

PM Najib didapati lena dan tidur disebabkan kepenatan ketika Forum Ekonomi  Islam Sedunia di London baru-baru ini. Gambar photo beliau tidur telah tersebar di media internet.

Persoalan yang menjadi tanda tanya rakyat ialah adakah Najib kepenatan disebabkan kekurangan gula dalam badan?

Adakah PM Najib sedang mempraktikkan minum air tanpa gula seperti yang disarankannya?

Kekurangan gula dalam badan juga boleh menyebabkan keletihan dan tidak bermaya.

Gambar PM Najib tidur di forum ini mengingatkan kita akan Mantan PM, Pak Lah yang kerap gambarnya tidur dirakam oleh pihak media. Sebagai seorang ketua negara, perlakuan ini hadapan masyarakat antarabangsa sedikit sebanyak memburukkan imej di negara pada negara luar.

Sunday, October 27, 2013

Najib Razak potong subsidi gula untuk keharmonian kehidupan seks ?


PM Najib Razak : "Potongan subsidi gula baik untuk kehidupan seks anda "

TPM Muhyiddin Yassin : "Mereka perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis TS Azizan Razak " 

 Ini sahaja jawapan efektif oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk justifikasi kenaikan harga gula ? 



Contoh Macai menyokong penuh kenaikan harga gula. Credit Photo to MalaysiaGags


Wednesday, October 23, 2013

Pilih bola sepak atau masjid ? - TS Khalid Ibrahim

 


PEMBANGUNAN sukan pada asasnya perlu didokong dengan bantuan kewangan yang kukuh daripada kerajaan atau pun penajaan kewangan daripada pihak swasta.  Jika kita meneliti acara sukan besar dalam negara seperti SUKMA, Liga Super/Premier, Liga Hoki dan sebagainya, ia mendapat penajaan besar daripada syarikat swasta. Mengambil contoh pasukan bola sepak Kelantan, perubahan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan sokongan penajaan besar daripada pihak swasta telah mengubah senario bola sepak Kelantan daripada pasukan bawahan di Liga Premier kini menjadi jogaan bola sepak  di Liga Malaysia.

Bola Sepak adalah sukan paling diminati di seluruh dunia dan termasuk juga di Malaysia. Peminat bola sepak tanahair pula sudah semestinya mahu melihat pasukan negeri masing-masing berjaya di peringkat Liga Malaysia dan Piala Malaysia. Manakala di pentas antarabangsa, harapan tinggi peminat bola sepak tanahair tentunya digalas berat oleh pasukan kebangsaan " Harimau Malaya " untuk mengecap kejayaan gemilang buat bola sepak negara.

Tetapi sukan bola sepak yang kini rancak berlangsung melalui kempen Piala Malaysia disentap dengan isu "Pilih Bola Sepak atau masjid?" di negeri Selangor.  Polemik “ Bola Sepak atau Masjid “ ini timbul dek kerana  jawapan balas daripada MB Selangor, TS Khalid Ibrahim terhadap soalan kritikan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohd Sany Hamzan berhubung kekurangan penajaan Menteri Besar Incorporated (MBI) terhadap pasukan bola sepak Selangor dan kemerosotan pasukan Selangor di kempen  Piala Malaysia.

Selain  itu, penghijrahan pemain bintang Selangor  seperti Amri Yahyah, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra pada musim Liga Malaysia akan datang ke pasukan lain seperti Johor DT juga dibimbangi oleh peminat bola sepak Selangor  jika tidak ditangani cepat usaha penambahan dana dan perubahan kepimpinan pentadbiran Persatuan Bola sepak Selangor.

Agak melucukan apabila melihat jawapan seorang Menteri Besar yang juga Presiden FAS ( Persatuan Bola Sepak Selangor) membandingkan peruntukan bola sepak dengan kos pembinaan masjid yang baru. Mana mungkin dua entiti berbeza yakni sukan (bola sepak) dibandingkan dengan agama (Masjid) dalam membuat penilaian pemberian peruntukan kewangan.

Peruntukan kewangan untuk pembinaan atau program di masjid sudah pastinya mempunyai peruntukan tetap setiap tahun dalam Belanjawan Negeri dan ia tidak perlu dipersoalkan. Tetapi, apabila perbandingan dibuat antara peruntukan sukan bola sepak dan masjid seolah-olah menampakkan jawapan sinis terhadap soalan tersebut oleh MB Selangor. Entiti masjid dipilih oleh MB Selangor untuk perbandingan ternyata mengejutkan semua pihak.

Mungkin apa tersirat melalui jawapan ini adalah  isyarat jelas kepada Pemuda Pas adalah usah campur tangan atau ambil peduli akan isu yang tidak berkaitan dengan perjuangan PAS di negeri Selangor, hanya perlu tumpu pada hal ehwal agama dan mengimarahkan masjid.

Ekoran polemik ini hangat di dada media internet, ia  menarik perhatian Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAINS) tampil memberi penjelasan kepada media bahawa peruntukan pembinaan masjid  oleh kerajaan negeri bukan diberikan melalui MBI tetapi melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ini merupakan jawapan pukulan KO kepada TS Khalid Ibrahim oleh MAINS selepas dikritik kiri dan kanan oleh Pemuda Pas , AMK Selangor dan “Giant Politician” seperti YB Azmin Ali dan YB Khalid Samad.

RM7 juta peruntukan tahunan kepada FAS oleh penajanya MBI ditafsir  MB CEO di Selangor terlalu banyak dan ia adalah pembaziran kepada  dana kerajaan negeri.  Perlu diingat peruntukan tersebut bukan hanya untuk pasukan utama Selangor yang bermain di Liga Super sahaja malah Piala AFC pada tahun hadapan yang turut disertai Selangor. Selain itu, peruntukan juga turut disalur kepada  pasukan bola sepak Piala Presiden dan pembangunan bola sepak diperingkat remaja. Jika TS Khalid merasakan MBI tidak mampu memberi peruntukan yang banyak maka penaja baru perlu diganti atau ditambah bilangan penaja bersama.  Pasukan bola sepak Selangor dahulu pernah ditaja oleh pihak swasta seperti KDEB, Gapurna dan Puncak Niaga (Syabas).

Soal pokok di sini ialah kebijaksanaan pengurusan FAS yang diterajui TS Khalid Ibrahim sendiri dalam pentadbiran dan pembangunan bola sepak Selangor. Kejayaan sesebuah pasukan negeri sebagai contoh Kelantan adalah kerana kepimpinan TS Annuar Musa yang membawa pemain bintang dan sokongan tajaan besar daripada syarikat swasta. Manakala prestasi Selangor pula merudum di kempen Piala Malaysia sehingga menyebabkan Jurulatih, Irfan Bakti meletak jawatan selepas 3 perlawanan berlangsung ekoran kemarahan peminat yang tewas pada kelab bawahan. Jangan hanya jadi Presiden Persatuan Bola Sepak yang datang ke stadium untuk pelawanan akhir Piala Malaysia atau Piala FA bagi menjulang piala sahaja.

Kebimbangan dan teguran anak muda melalui Pemuda Pas atau AMK Selangor terhadap isu ini sewajarnya dinilai dengan baik dan tidak cepat melatah oleh TS Khalid Ibrahim. Peminat bola sepak juga adalah rakyat Selangor dan kepedulian mereka terhadap prestasi pasukan Selangor seharusnya dihargai. Selangor perlu belajar daripada Kedah yang dahulu jogaan bola sepak negara di Liga Super kini bermain di Liga Premier sewaktu kepimpinan KFA oleh Mantan Menteri Besar, Arwah TS Azizan Razak ekoran faktor kewangan dan kepimpinan pengurusan pasukan.

Pemahaman terhadap kepentingan sukan terutama bola sepak pada kacamata rakyat perlu difahami oleh Menteri Besar dan bukannya sebagai CEO. Sukan sudah tentu sukar untuk dinilai  kejayaannya dalam bentuk wang Ringgit samada untung atau rugi kerana kebanyakan sumbernya daripada penajaan dan jualan tiket. Namun begitu, sukan bola sepak seharusnya dinilai sebagai medium perpaduan rakyat, aktiviti hidup rakyat dan pembangunan ketamadunan sebuah negeri atau negara.

Ikhwan Hafiz adalah Alumnus Akademi Pak Sako dan Sekolah Politik IKD.



* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Monday, October 7, 2013

CEO TEKUN lupa sejarah, projek TEKUN diusahakan oleh Dr Mansor Othman

CEO TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hasan  dengan bangga mengatakan idea TEKUN adalah buah fikiran UMNO dan sepatutnya dana TEKUN perlu diberi kepada ahli UMNO. Orang bukan UMNO boleh memohon katanya tapi keutamaan lebih kepada ahli UMNO sebab idea UMNO. CEO TEKUN lantikan UMNO ini perlu baca sejarah TEKUN kembali sebelum bercakap lantang membodek UMNO.

Jika merujuk kepada sejarah TEKUN pasti kita nama besar penggerak utama Projek Perintis TEKUN pada tahun 1994, Datuk Dr Mansor Othman, Mantan TKM1 P.Pinang tidak boleh disisihkan. Idea projek TEKUN ini terhasil melalui Konvesyen Bumiputra Pulau Pinang yang mana Dr Mansor adalah Setiausaha Konvensyen Bumiputra Pulau Pinang 1994. Ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua Pusat Kajian Dasar USM. 

Beliau telah diberi tugas khas sebagai  ketua pasukan kajian untuk membangunkan projek TEKUN yang bertujuan meningkatkan keupayaan keusahawanan dan membentuk jaringan antara peniaga kecil menerusi pinjaman mikrokredit.Ia mula dilaksanakan  di Pulau Pinang dan seterusnya projek tersebut diteruskan  pula di daerah Jeli di Kelantan pada 1996 dan Besut Terengganu pada 1997. 

Melihat kepada kejayaan TEKUN dalam projek-projek yang dijalankan, maka pihak kerajaan telah sebulat suara memutuskan bahawa TEKUN akan diperluaskan di seluruh negara atas tujuan membantu usahawan-usahawan kecil Bumiputera. Bagi memastikan usaha TEKUN dapat diteruskan, Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan lantas diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada 9 November 1998 dan mula menjalankan operasi seawal 1 Febuari 1999.

CEO TEKUN yang dilantik UMNO patut membaca sejarah TEKUN dahulu siapa pengerak dan pencetus idea TEKUN ini. Saya tiada maklumat lengkap berkenaan  idea dan kertas kerja siapa tapi yang pasti DS Anwar Ibrahim yang merasmikan Konvensyen Bumiputra PP kerana beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu.

Temubual Malaysiakini dan NGO BantahTPPA

Watch "Kabinet perlu desakan kami untuk tolak TPPA" on YouTube

Friday, September 27, 2013

Kecoh Najib Razak "meeting" dengan Mark Zuckerberg di Twitter HQ jadi bahan ketawa Amerika


Credit Photo : MalaysianGags (Johan Arif)

Kesilapan Najib Razak tweet di Twitter HQ jadi bahan ketawa rakyat Amerika & dunia 

Kah Kah Kah Kah !!


Tuesday, September 24, 2013

Panas ! Luahan ikhlas Pak Guard yang dihina oleh isteri Mat Yo




 Luahan Ekslusif Pak Guard yang dihina oleh isteri Mat YO



 Insiden rakaman oleh isteri Mat Yo



MB Khalid Ibrahim tempelak Pemuda PAS Selangor: Nak masjid atau bola sepak ?




Jika semalam Pemuda PAS Selangor mengkritik kekurangan penajaan sukan bola sepak negeri oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), hari ini menteri besar sendiri mahu pertubuhan itu membuat pilihan di antara "masjid atau bola".

"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid. - MB TS  Khalid Ibrahim

"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?"Jadi kita kena buat pilihan," katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.

Semalam Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan mengkritik kekurangan penajaan MBI sehingga menyebabkan pemain seperti Amri Yahyah, Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar cuba dipikat Kelab Johor Darul Takzim dengan tawaran gaji yang lumayan.

Mohd Sany berkata kegagalan penaja menyalurkan penajaan akan menyebabkan pemain senior dan berbakat negeri itu berhijrah dan dibimbangi akan menyebabkan pasukan "gergasi bola sepak negara suatu ketika dahulu menjadi lesu dan tidak bermaya".




@Pantherian : Ada beberapa isi tersirat dan tersurat daripada kenyataan MB Khalid #lameduck yang dapat disimpulkan di bawah :

 a)  MB Selangor  menempelak soalan Pemuda PAS dengan memberi perbandingan antara masjid dan bola sepak. Makna jawapan tersirat ini PAS itu masjid dan masjid itu PAS. Pemuda PAS tak perlu ambil tahu bab bola sepak hanya fikir nak bina masjid baru atau mengimarahkan masjid.


b)  Perbandingan masjid dan bola sepak adalah satu perbandingan yang premis yang berbeza. Mana mungkin sukan dibandingkan dengan agama?  Isu nak bina masjid itu tentunya ada peruntukan yang dikhaskan oleh kerajaan manakala sukan bola sepak tentunya ditaja oleh syarikat swasta atau dana kerajaan negeri. Untuk Selangor, penaja utama ialah anak syarikat kerajaan Selangor, MBI.

c) Khalid #Lameduck gagal mentadbir urus dengan baik pengurusan bola sepak negeri Selangor melalui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Khalid juga adalah Presiden FAS. Tiada dana besar diperuntukan dan tumpuan kepada pengurusan bola sepak Selangor telah menyebabkan kemerosotan pasuka Selangor dalam kempen Liga Super dan Piala Msia.











Sunday, September 15, 2013

Kata-kata falsafah Menteri Kabinet UMNO

Kata-kata indah atau quote falsafah politik yang terbaik oleh Menteri - Menteri Kabinet kerajaan UMNO BN.

Teringat peribahasa  " Kerana mulut badan binasa ". :)

Wednesday, September 11, 2013

Panas ! Forum Siapa rampas Reformasi ?

T FORUM:Siapa rampas Reformasi ?

Akademi Pak Sako dengan kerjasama Mahasiswa Keadilan Msia dan Portal Jalan Telawi kembali kali ini dengan menganjurkan forum diskusi tajuk yang agak panas dan kontroversi yakni " Siapa rampas Reformasi ?

Pastinya tajuk Reformasi ini dekat dengan parti Keadilan tetapi rakyat pada keseluruhannya yang menyokong reformasi ini juga tidak boleh dilupakan. Kini reformasi yang bermula pada tahun 1998 sehingga 2013 selama 15 tahun ini difikirkan banyak pihak terutama golongan reformis bahawa perjuangan reformasi  ini sudah dirampas oleh pihak tertentu mempunyai agenda peribadi dan pada masa yang sama meraih laba besar hasil derita dan keringat orang lain.

Ayuh semua rakyat baik yang tua dan muda terutama reformis 98 adalah dijemput hadir untuk berwacana berkenaan tajuk panas ini.

REFORMASI ! 


Friday, September 6, 2013

Photo Lawak Satira Harga Minyak RON95 dan Diesel naik tahun 2013

 Debat harga minyak RON95 dan RON97



Puteri UMNO sanggup naik lori lembu demi Pembangunan Negara

 

 Najib Razak penipu besar kepada rakyat Malaysia. Sebelum PRU cakap tak naik harga minyak , 
sekarang dah naik ?

 
 Rafizi Ramli mendapat pangkat "Bodoh" secara percuma oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, DS Nazri Aziz disebabkan menyarankan  membatalkan elaun minyak kepada Menteri dan Pegawai Kerajaan.

Thursday, August 22, 2013

Isu CCRIS & PTPTN: Siapa buat drama Melayu?

Awal minggu ini anak muda terutama peminjam PTPTN dikejutkan dengan UGUTAN Menteri Pendidikan Dato Idris Jusoh yang mahu blacklist nama peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang PTPTN di sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara.

Apa itu CCRIS?

Jika nama peminjam tersenarai  dalam CCRIS ini maka anda tidak boleh membuat sebarang pinjaman  daripada bank atau institusi kewangan kerana nama telah disenaraihitamkan. Jadi, anda tidak boleh membeli kereta, rumah dan membuat pinjaman peribadi.

Drama Politik

Cadangan ugutan CCRIS ini telah mendapat kritikan keras anak muda di Twitter sejak Isnin lps dan antara politikus yang terawal membantah dan menerangkan bab CCRIS ini ialah Rafizi Ramli.

Kemudian harini Menteri KBS, Khairy Jamaluddin  juga membantah cadangan pengunaan CCRIS ini dan isu ini juga telah dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet.

Apa yang menarik selepas mesyuarat Kabinet, Khairy Jamaluddin dengan bangganya mengumumkan pembatalan langkah penggunaan CCRIS ke atas peminjam PTPTN.

Persoalan di sini :

1) Siapa KJ mendahului Menteri Pendidikan dalam membuat pengumuman soal pembatalan CCRIS ini?

Orang lain yang umum orang lain pula yang menjawab?

2) Kerajaan BN sendiri buat keputusan, kerajaan sendiri yang batal ? Yang dapat nama ialah Khairy Jamaluddin KJ.

Konon dengar suara anak muda atau ini strategi politik menjelang pemilihan?

Monday, August 19, 2013

Eekmal Ahmad : Pro Kebebasan lawan Anti Kebebasan





oleh Eekmal Ahmad, kolumnis Jalan Telawi

Lee Kuan Yew, pemimpin paling berpengaruh di Singapura dan salah seorang paling berpengaruh di Asia bukanlah sosok kecil. Kuan Yew sudah lama bersilat politik, sudah lama mengatur muslihat menewaskan komunisme di Singapura, membuatkan pemimpin Malaysia atau Malaya kelihatan naif dan memastikan politik beliau serta Singapura tidak tenggelam dibaham politik antarabangsa.

Bagi Kuan Yew The Asian Drama adalah pentas paling sesuai untuk beliau dan Singapura beraksi. Kuan Yew sedar hanya dengan menjadi rakan Barat maka dia dan Singapura akan selamat, terutamanya dari Malaysia pasca 1965.

Namun menjadi rakan Barat secara syumul tidak menguntungkan Kuan Yew. Perlu ada kawasan kelabu. Tidak semua perlu hitam dan putih. Lee Kuan Yew bijak menyusun langkah. Dia tahu apa yang digusari Barat; Amerika Syarikat mahupun United Kingdom adalah Marxisme. Jadi, Kuan Yew pun merebut peluang untuk dikenali sebagai musuh Marxisme ataupun pergerakan komunisme nombor wahid di Asia Tenggara. Sudah lama Lee Kuan Yew menulis skrip muslihat politik ini, skrip sesuai untuk pemimpin otoritarian yang tidak mahu dipalit dengan gelaran pemimpin kuku besi.
Dekad 90an menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang menghairahkan di Asia Timur. Apa yang sering dilupakan sekarang, pertumbuhan pesat ekonomi negara-negara yang dikenali sebagai Harimau Asia itu bukanlah satu mukjizat yang tiba-tiba terjadi. Padahal ekonomi dunia tatkala itu relatifnya stabil, serta berhadapan perubahan politik antarabangsa pasca keruntuhan Tembok Berlin dan menandai berakhirnya era perang dingin, Lee Kuan Yew dan “rakan-rakannya” menyedari harus ada satu pemikiran politik luar dari lingkungan wacana Marxisme untuk menjadi benteng kepada pemikiran liberalisme. Mereka membaca runtuhnya Tembok Berlin dan kemudiannya rebahnya Soviet Union maka Amerika Syarikat dan United Kingdom adalah penguasa dominan sejagat.
Berakhirnya era Perang Dingin itu, meminjam judul buku Francis Fukuyama, kononnya mencetuskan fenomena The End of History, bahawa tiada lagi pertentangan antara otoritarianisme dengan kebebasan kerana kebebasan diwakili liberalisme sudah menewaskan otorianisme yang diwakili Marxisme. Episod ini meresahkan pemimpin seperti Lee Kuan Yew kerana faham liberal bukan sahaja merangkumi dasar-dasar ekonomi akan tetapi juga meliputi perlaksanaan nilai-nilai kebebasan; terutamanya menjunjung hak rakyat untuk bebas bersuara dan mendakap kepercayaan serta keyakinan tanpa diganggu gugat oleh negara mahupun sesiapa sahaja.

Ini bermakna, jika liberalisme diterapkan, pimpinan Kuan Yew, Soeharto, Mahathir dan seumpamanya pasti akan disanggah. Dan mereka ini tidak suka serta tidak mahu disanggah. Mereka mahu rakyat sentiasa mematuhi, mengiyakan “kebijaksanaan” mereka dan mereka mahu terus di altar, bagai dewa-dewa yang maksum.

Helah politik Kuan Yew tidak sekadar “manoeuvring” sahaja; tidak sekadar menjatuhkan atau menaikkan pemimpin. Pemimpin Singapura itu sedar, untuk dia terus berkuasa dan pertumbuhan ekonomi Singapura tidak terencat, perlu ada benteng intelektualisme ampuh mengabsahkan otoritarianisme acuan Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew, otoritarian par excellence, yang mesti diakui jauh lebih bijak serta inovatif berbanding Perdana Menteri Malaysia ketika itu Mahathir Mohammad, merasakan benteng berhadapan dengan kemaraan liberalisme ini hanyalah dengan mencedok beberapa dasar ekonomi liberal seperti penswastaan serta perlaksanaan disiplin pengurusan ekonomi makro.

Kuan Yew mengungkapkan hujah ampuh, popular dengan gelaran Tesis Lee, bahawa kebebasan politik mesti ditangguhkan terlebih dahulu, kerana yang mustahak adalah pertumbuhan ekonomi; demi mengisi perut-perut yang lapar dan perut-perut yang lapar tidak memerlukan hak bersuara.
Propaganda Kuan Yew adalah kebebasan tidak semestinya menjamin pertumbuhan ekonomi serta kesenangan rakyat. Pastinya pemimpin Singapura itu menawarkan negaranya sebagai bukti kepada hujah-hujah beliau. Tidak ada lebih jelas melainkan apa yang ada di depan mata, iaitu Singapura, sebuah pulau kecil dikelilingi negara-negara Asia Tenggara lainnya, yang pada dekad-dekad 60an atau 70an terkesan akibat persengketaan kaum ataupun revolusi, tetap stabil baik dari sudut ekonomi mahupun politik, sebuah negara anti pergerakan Marxisme dan punya aspirasi sekular. Inilah Tesis Lee, penghujahan yang akhirnya sampai kepada kesimpulan, kenapa perlu memperjuangkan sesuatu yang abstrak seperti kebebasan, jika otoritarianisme acuan Kuan Yew, otoritarianisme lembut, terbukti efektif.

Lama Kuan Yew bersembunyi di sebalik tesis ini, yang kemudiannya berkembang menjadi ‘Nilai-nilai Asia’. Gagasan Nilai-nilai Asia ternyata bukanlah hujah intelektual yang canggih ataupun kuat, tapi cukup sebagai program propaganda membentengi hujah-hujah liberalisme tulen, atau liberal demokrasi yang meraikan kebebasan keyakinan dan suara, dan menjunjung kedaulatan undang-undang. Bersama-sama otoritarian lainnya termasuk Mahathir, mereka merekayasa pembohongan kononnya faham liberalisme, faham kebebasan yang tidak dinafikan bermula di Eropah dan Amerika Syarikat, bertentangan dengan kebudayaan atau kepercayaan orang-orang Asia. Ujar mereka kebebasan dan nilai-nilai orang Asia tidak secocok.
Mereka mahukan dikotomi antara Asia dan Barat itu jelas. Mereka mahukan imej Barat itu dikaitkan dengan kekacauan, malas, kemerosotan moral, tiada agama, tiada akhlak, penjajahan, eksploitasi dan segala yang jelik dan keji. Lee Kuan Yew pun mula tampil sebagai sosok yang mengagumi Confucius, barangkali satu-satunya helah yang beliau pelajari dari Mahathir Mohammad; untuk ekploitasi keyakinanan atau agama menentang faham liberal, sudah lama dikaitkan dengan Barat yang kononnya jijik itu.
Malangnya, propaganda mereka berjaya.  Faham liberal dan imajinasi kebebasan disogok sebagai konspirasi Barat. Pembangkang di Malaysia misalnya, sama ada gerakan Islam mahupun aliran kiri juga gagal menanggapi serta mendedahkan propaganda ini. Slogan anti Barat menelan bulat-bulat akal sihat pemimpin gerakan Islam dan kiri. Semuanya serba mudah buat otoritarian seperti Mahathir dan Lee Kuan Yew. Lucunya, sungguhpun Lee Kuan Yew dan Mahathir Mohammad dianggap seteru utama, ternyata mereka berdua berkongsi jiwa yang sama. Mereka berdua adalah pemimpin anti kebebasan.
Namun pada tahun 97 di Kotaraya New York atau lebih tepat di Carnegie Council of Ethics and International Affairs, Amartya Sen, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi 1998 telah menyampaikan satu syarahan yang berjudul Human Rights and Asian Values. Dalam syarahan itu, Sen mengungkapkan dua hujah demi menjawab dua mitos, pertamanya kebebasan dan demokrasi tidak secocok dengan nilai serta adat orang Asia, kedua, Amartya Sen  menghalakan serangan intelektualnya terhadap Tesis Lee Kuan Yew; tesis yang mengagungkan “efektif” lebih utama dari kebebasan. Ikhtiar intelektualisme Sen itu menggegar otoritarian terutamanya Lee Kuan Yew.
Sen menyediakan satu pelantar intelektual kepada pendokong kebebasan untuk mempersoal kembali hujah kononnya, asalkan sesuatu negara itu diurus dengan efisien, asalkan pengangkutan awamnya baik, jika perut yang lapar terisi, asalkan jalan rayanya kemas, pendek kata asalkan semuanya teratur, bagaikan seorang pengurus ataupun akauntan memastikan imbangan kewangannya positif, mengapa perlu kepada kebebasan? Perut terisi? Adakah jika kita punya kebebasan keyakinan atau kebebasan suara makanya ekonomi akan berkembang pesat?

Amartya Sen membuktikan tidak semestinya sesebuah negara yang amalkan otoritarian lembut, kononnya mengutamakan pertumbuhan ekonomi ketimbang hak asasi manusia akan berjaya, malah beliau menunjukkan Bostwana pada waktu itu adalah negara yang paling pesat membangun dan pada masa yang sama adalah oasis demokratik di benua Afrika. Hujah bahawa negara-negara membangun perlu mengabaikan kebebasan untuk memberi laluan kepada kepesatan ekonomi sudah jelas tidak berasas. Tesis Lee bagaikan sudah tercabut akar dari tanah.

Yang tinggal kini adalah kesan propaganda sekian lama, yang tinggal adalah sentimen kebencian terhadap apa sahaja yang datang dari Barat, atau lebih tepat apa sahaja yang datang dari Amerika Syarikat. Tesis Lee sudah hilang kehebatannya. Lee Kuan Yew mahupun Mahathir Mohammad sudah tumpul taring hujah intelektualisme mereka. Kedua-dua mereka dan otoritarian lainnya kini hanya mengitar semula kecurigaan rakyat terhadap apa yang mereka sebut sebagai hegemoni Barat.
Usai pilihanraya umum Singapura yang lalu menyaksikan Lee Kuan Yew, “pemimpin agung” Singapura hanya mampu membebel menyalahkan anak muda yang “tidak tahu bersyukur,” propaganda yang sama diulang-ulang oleh UMNO serta Barisan Nasional terhadap pendokong Pakatan Rakyat.

Manakala Kuan Yew perlahan-lahan menyepi, otoritarian seperti Mahathir dan UMNO berterusan meniup kebencian terhadap kebebasan yang sinonim dengan peradaban Barat. Menyalahkan kebebasan, faham liberal dan Barat adalah sasaran mudah dan peluru propaganda berkesan. Ia terbukti berkesan, setidak-tidaknya di Malaysia, baik ke atas nasionalis kanan, aktivis kiri dan Islamis.

Apatah lagi, mutakhir ini kekalutan yang meletus di Mesir dan perang saudara di Syria bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal buat otoritarian seumpama Mahathir. Mantan Perdana Menteri dan juga ideolog utama UMNO itu lekas merebut peluang mengkritik kegagalan Arab Spring, yang pernah dicanang akan membuka pintu dunia Arab untuk mendakap demokrasi dan kebebasan. Buat Mahathir kekalutan di Timur Tengah adalah modal mengkritik Barat, akan tetapi itu tidak lebih penting melainkan untuk melukis gambaran jelik terhadap demokrasi dan kebebasan, nilai yang sering dizahirkan sebagai sebahagian dari nilai-nilai Barat.

Ternyata Amartya Sen berjaya menguburkan Tesis Lee dan memperlihatkan menerusi tradisi Ashoka, Kautilya dan Akbar, hak untuk memilih keyakinan tanpa dipaksa dan sikap meraikan kemajmukan budaya bukanlah sesuatu yang asing dari nilai-nilai Asia. Sen mencungkil dari tradisi bahawa mendengar suara rakyat dan tidak zalim menindas adalah juga “milik” orang Asia. Sementara hujah-hujah Amartya Sen cukup ampuh namun berapa ramai yang terpengaruh dengan penulisan beliau?

Hakikatnya pemikir tersohor asal India itu meluncurkan terlebih dahulu arus intelektualisme menggoncang para otoritarian bermazhab Lee Kuan Yew, sebagai pemangkin; buat seluruh masyarakat pembentuk pendapat (opinion maker) berhadapan dengan tirani di negara mereka. Adalah suatu yang naif sekiranya kita berhasrat menewaskan regim lama, seperti PAP ataupun UMNO-BN hanya sekadar dengan berhimpun di jalanan dan melaung-laungkan slogan kejatuhan regim tersebut.
Bukannya kita menolak peranan perhimpunan aman, lagipun ianya sebahagian dari hak asasi warga sesebuah negara, hak untuk bersuara keyakinan yang kita percayai. Akan tetapi seperti menguliti lapisan demi lapisan, persoalan lain bakal muncul; iaitu apa yang kita suara-kan? Cukupkah sekadar slogan bersemangat dan berapi-api? Jawapannya pasti tidak. Kenyataannya sebarang upaya melakukan perubahan mesti didahului dengan pergerakan intelektualisme, yang membentuk keyakinan-keyakinan substantif, kemudiannya barulah merencana pergerakan aksi politik.
Melawan sosok seperti Lee Kuan Yew, Mahathir Mohammad dan Soeharto seumpama raksasa besar yang tidak mudah dialahkan. Aksi politik bersemuka atau head-on hanya akan melelahkan, tambahan lagi jika sistem juga pincang dan berat sebelah. Kesedaran mesti dipupuk bahawa tanggungjawab menewaskan tirani dan otoritarian bukanlah semata-mata milik parti politik. Persepsi itu mesti berubah, mengalahkan tirani melibatkan keseluruhan forces yang menjalar dan berdenyut dalam masyarakat.

Justeru kekuatan seperti kebudayaan dan intelektualisme tidak boleh lagi diabaikan jika pendokong liberal dan kebebasan, misalnya di Malaysia, mahu melakukan Reformasi yang menyeluruh. Mahathir Mohammad dan Lee Kuan Yew berdekad-dekad memerintah, mereka sudah lama melumpuhkan sistem berfikir rakyat, kerana kekuatan berfikir bersamaan kekuatan untuk mempertanyakan sesuatu; itu bermaksud hak rakyat untuk bersuara. Kerana itu Kuan Yew dan Mahathir tidak mahu hak bersuara itu diagung-agungkan, kerana mereka akan dipertanyakan, mereka akan dipertanggungjawabkan.

Demi melumpuhkan proses berfikir, otoritarian-otoritarian ini menumpukan usaha mencambah lambakan golongan teknokrat; sama ada akauntan, jurutera, arkitek, doktor ataupun peguam. Pendidikan golongan teknokrat ini semata-mata menjadikan mereka robot menuruti apa yang ada dalam buku teks. Jika seseorang itu dilatih sebagai seorang doktor misalnya, apa yang dididik adalah menghadam buku teks dan lulus peperiksaan. Makanya berjayalah kita menghasilkan seorang doktor atau jurutera, namun tanpa imajinasi yang tidak mampu melangkaui sempadan ilmu buku teks.
Imajinasi dimomok sebagai sesuatu yang selekeh. Anak-anak tidak digalakkan punya angan-angan untuk menjadi pemuzik, pelukis ataupun penulis novel kerana kejayaan hidup diukur dengan ijazah apa yang kamu miliki dan kerjaya apa yang kamu pilih. Dalam diam-diam otoritarian dan gerombolan anti kebebasan seperti Mahathir Mohammad serta Kuan Yew memusuhi imajinasi, kerana imajinasi ada makna “liar” yang tidak bersedia tunduk terhadap dogma-dogma sogokan pemerintah.

Benar tidak semestinya sekiranya kita seorang teknokrat maka kita tidak menyebelahi kebebasan. Apa yang cuba dihujahkan adalah betapa pentingnya proses berfikir dirancakkan bagi melahirkan imajinasi kebebasan dalam setiap batang tubuh rakyat. Jadinya, salah satu usaha pro kebebasan adalah merungkai rantaian besi yang menambat imajinasi kebebasan. Imajinasi ini perlu menguasai akal budi rakyat dan memunculkan keyakinan mereka terhadap faham kebebasan dan Liberal.
Rakyat perlu sedar bahawa hanya dengan kebebasan, mereka punya hak untuk bersuara terhadap kejelikan pemerintah. Rakyat perlu sedar hanya dengan kebebasan, keyakinan mereka tidak boleh dipaksa-paksa pemerintah. Rakyat perlu sedar bahawa harga kebebasan mereka sememangnya mulia, lebih mulia dari bebelan menakut-nakutkan Mahathir Mohammad kononnya kebebasan akan mencetuskan kekacauan.

Sudah tiba masanya, seluruh kekuatan masyarakat, kekuatan kebudayaan dan intelektualisme digerakkan untuk mengungkapkan kehendak kebebasan. Sama ada anda seorang seniman, penyair, wartawan, pemain bolasepak, akauntan, peguam, doktor, penulis, pemuzik, pelukis, para hakim ataupun ahli politik, rancakkanlah wacana membincangkan hak anda sebagai rakyat dan rencanakan “serangan” anda dari pelbagai sudut terhadap kejelikan pemerintah, terhadap pemimpin anti kebebasan.

Eekmal Ahmad berumur 33 tahun, seorang penterjemah, aktivis Jalan Telawi dan bercita-cita menjadi seorang penulis.

Monday, August 12, 2013

Respon Pak Lah berkenaan Buku Pak Lah : The Awakening : The Abdullah Years in Malaysia


 




Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh.

Wawancara yang dibuat pada tahun 2011 ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.

Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca.Berlatarbelakangkan fakta-fakta diatas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'. Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya. 

Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal? Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini. Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang. Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara.

Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu. Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing. Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri. Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah.

Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. Saya tak pernah meninggalkan UMNO dan Insya'Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya.

TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI

Monday, July 29, 2013

The New Village : Khairy KJ kini menjadi pengkritik filem menjelang Pemilihan UMNO



NONE 











 Kebenaran terhadap penayangan filem 'The New Village' perlu ditarik balik sekiranya ia mengagung-agungkan peranan komunis dan mencetuskan provokasi, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata berdasarkan tontonan treler filem itu dilihat seolah-olah ia mengagung-agungkan pejuang komunis dan perkara itu tidak boleh diterima sama sekali."Ini satu usaha untuk menulis semula sejarah kita dengan mengagung-agungkan komunis yang kita tahu adalah pengganas yang banyak melakukan keganasan di negara kita.

"Walaupun betul komunis lawan British tetapi keganasan itu tidak boleh dimaafkan," 

"Kalau ada orang kata kenapa saya buat keputusan dan kenyataan ini sedangkan saya belum tengok (keseluruhan) filem ini. Saya boleh rujuk kepada kes filem 'Tanda Putera', ramai yang tidak tengok tetapi terus menghukum sampai 'Tanda Putera' ditunda dan ditangguh selama satu tahun," katanya.

Khairy mahu kerajaan melihat semula keputusan membenarkan tayangan filem itu.

 @Pantherian : Menteri KJ kini menjadi pengkritik filem tanahair apabila hanya menonton trailer sahaja mampu membuat keputusan ini filem pro komunis dan wajar diharamkan tayangan.

Ketua Pemuda UMNO ini sebenarnya mahu publisiti menjelang pemilihan UMNO akan datang dan mahu dilihat nasionalis pro Melayu melawan Cina DAP.  Beliau mungkin bercita-cita mahu bertanding Naib Presiden selepas bertapak kukuh sebagai Ketua Pemuda.

Beliau sengaja menghangatkan isu filem ini sebagai pro komunis untuk mengajak Lim Kit Siang berbalah isu ini untuk mengaitkan dengan filem Tanda Putera. Ternyata ia berhasil apabila anaknya Lim Guan Eng terjerat masuk jerat KJ di media.

Kita lihat apa kesudahan perbahalahan LGE DAP dan KJ UMNO seterusnya. ;)



 


Wednesday, July 17, 2013

Tim Menteri Mat Maslan teruja bank BSN ada di pekan Pontian


Timbalan Menteri Ahmad Maslan yang juga MP Pontian amat terkenal sebagai pemimpin yang gila publisiti terutama ketika bergambar. Menurut maklumat dari orang UMNO, beliau amat suka bergambar dan akan memastikan shot diambil kena pada kehendaknya seolah-olah menjadi model terkenal.

Gambar di bawah memaparkan secara jelas Tim Menteri Kewangan ini gila publisiti dan bergambar macam supermodel bank. Ramai facebookers terkejut bank BSN ini rupanya dibuka di pekan kecil dalam daerah Pontian dan bukannya di hulu Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Maknanya, pekan Johor sendiri pun  tiada kemudahan bank dan bukannya di hulu Sarawak atau Sabah. Haha

MP Pontian angkuh di Parlimen?  

Lihat video di bawah katanya dia tidak takut sama Shah Alam atau Pandan tapi hanya ALLAH SWT. Namun takut bagi Pandan mencelah ketika membuat penggulungan RUU Pembekalan Tambahan. 



Sunday, July 14, 2013

Sumbangan untuk Program MySinarKaseh 2013

Salam Ramadhan, 
Projek Sinarkasih tahun ini akan dilakukan di dua tempat iaitu Rumah Anak Yatim Damai di kuang dan Bantuan Ramadhan kepada org tua/fakir miskin di Larut perak, anggaran seramai 100 org.
Maka dengan ini kami memohon sumbangan ikhlas tuan dan puan ke akaun pemegang amanah 1-421-001-5706050 (Apsako resources). Jika ingin membuat sumbangan seperti beras gula dan lain2 boleh hubungi nombor wakil penyelaras yang dilantik seperti poster di atas.
Mohon dpt membantu menjayakan projek kebajikan 2013 ini. Semoga Allah merahmati kita semua. Boleh rujuk akaun twitter @mysinarkaseh dan hashtaq #sinarkasih untuk maklumat lanjut.
Terima Kasih
 AkademiPakSako , Alumni Sekolah Politik & #PenaBung
 
 

Wednesday, July 3, 2013

MP Gerakan memfitnah Anwar Ibrahim ada 20 akaun bank luar negara berjumlah RM332juta

Seorang MP BN daripada Gerakan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.   Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.   Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.   

"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.   Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

@Pantherian : Aku dah semak pagi ini di  wikileaks dan mendapati tiada maklumat tersebut seperi didakwa Cina Gerakan ini hanya tohmahan liar dia sahaja dilemparkan di Parlimen. MP ini menggunakan kekebalan Parlimen untuk menfitnah Ketua Pembangkang, jika di luar pastinya kena saman RM 100juta dah.

Nampaknya jumlah duit dan aset Anwar di luar negara telah susut billion disebabkan sebelum ini UMNO kata ada RM 3bil. :)

Thursday, June 27, 2013

Perbahasan Titah Diraja 2013 Ketua Pembangkang oleh DS Anwar Ibrahim







@Pantherian :  Jom layan perbahasan dan perdebatan di Parlimen. Celahan terhadap ucapan Ketua Pembangkang yang menghiburkan oleh ahli Parlimen BN dan PR yang menghiburkan.


Tuesday, June 25, 2013

Dialog Ke Arah Kongres Kebudayaan Kebangsaan

Sukacita bagi pihak Institut Kajian Dasar, saya memanjangkan jemputan kepada pihak saudara/saudari bagi menghadiri siri pertama dialog "Ke Arah Kongres Kebudayaan Kebangsaan" bersama tokoh sejarawan negara Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Saudara Eddin Khoo selaku pemudahcara.

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim adalah merupakan salah seorang pembentang asal dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan kali pertama yang dianjurkan pada 16 - 20 Ogos 1971 di Universiti Malaya. Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 adalah lanjutan kepada suatu kongres rakyat yang diadakan lebih awal iaitu pada 30 Disember 1957 - 2 Januari 1958 di Melaka atas nama Kongres Kebudayaan Melayu. Jarak waktunya antara kedua kongres tersebut ialah kira-kira 14 tahun. 

Kini selepas 42 tahun sejak Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, Institut Kajian Dasar mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan kali kedua dan hasrat ini dimulakan dengan penganjuran beberapa siri dialog "Ke Arah Kongres Kebudayaan Kebangsaan".

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 29 Jun 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam  
Tempat: Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam


Monday, June 17, 2013

Menteri Shabery Cheek mengalami "Technology shock" teruja dengan LIKE Facebook

 
 
Perbezaan yang kecil pemikiran remaja belasan tahun yang baru mula Sign Up Facebook dengan Menteri Penerangan yang berkelulusan Ijazah luar negara. 
Menteri Penerangan ini teruja akan teknologi Facebook sampai sanggup update di status Facebook jumlah LIKE dan mendakwa rakyat Malaysia bersama-sama saya ! Haha..

Saturday, June 8, 2013

World class Bridge kebanggaan JKSB runtuh, MD JKSB digesa digantung tugas



 

Projek Jambatan Kedua P.Pinang yang digunakan oleh Najib dan Rosmah sebelum PRU13 sebagai bahan kempen Janji BN kepada rakyat P.Pinang menjadi suatu tragedi mimpi ngeri. Punca awalan tragedi disebabkan "engineering failure" pada struktur binaan

Projek Jambatan Kedua PP ini juga dicanang di seluruh negara bahawa ini World Class Bridge seperti yang selalu diperingatkan oleh Managing Director JKSB, Dato' Ir. Dr. Ismail Mohamed Taib kini mula dipertikai tahap keselamatannya sehingga digelar kini Worst Class Bridge.

Sati kenyataan  awal oleh MD ini berkaitan runtuhan telah dikeluarkan dengan mengatakan " kejadian runtuhan  ini diluar jangkaan syarikat  "  KLIK DI SINI .





 Pengarah Urusan JKSB ada IR dan Dr  kata "ini diluar jangkaan"

Apa kita boleh faham maksud kenyataan Pengarah Urusan ini ialah JKSB sendiri sebagai Pegawai Penguasa (SO) tidak mampu menjangka runtuhan ini tak mampu mengesan awal akan runtuhan ini. Ini kenyataan cover up atau jawapan umum untuk pihak media tetapi alasan sebegini hanya mampu diketawakan oleh orang yang terlibat dalam kejuruteraan terutama dalam bidang kejuruteraan awam.

Untuk makluman semua, di dalam tapak projek pembinaan besar seperti ini terdapat Safety & Health Officer (SHE) dan juga Perunding Bebas yang dilantik untuk memantau dan melakukan audit keselamatan setiap masa ditempat kerja. Tugas mereka adalah memastikan kerja-kerja pembinaan dilakukan mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan .SHE juga mempunyai kuasa untuk menegur, mengeluarkan NCR dan juga  arahan STOP WORK kepada kontraktor jika gagal mematuhi peraturan keselamatan.
 
Persoalan dalam tragedi runtuhan ini, apakah  Safety & Health Officer yang berpengalaman dilantik JKSB ini langsung  gagal mengesan awal kegagalan  struktur asas  (scaffholding)  seperti yang didakwa  DOSH hari ini ?


Terdapat berita kini tersebar di tapak pembinaan pagi ini, kawasan Work In Progress Cergas Murni Sdn Bhd telah diaudit keselamatan oleh Safety Officer JKSB.Safety Officer berkenaan telah menegur pihak kontraktor Cergas Murni dengan berkata " Bila nak perbetulkan support besi , nak tunggu collapse  ??  

Tak sangka masin sungguh mulut Safety officer berkenaan dan akhirnya jejambat runtuh  pada petang jam 7.00 pm itu disebabkan kegagalan  struktur scaffolding. Jika berita khabar angin ada asas kebenarannya maka ia satu kegagalan besar pihak JKSB sebagai Pegawai Penguasa dilantik kerajaan untuk menguruskan projek berbilion RM ini dengan baik dan selamat.

Saya yakin Jawatankuasa Siasatan tragedi runtuhan ini akan dapat mengenalpasti masalah ini sudah pastinya rekod kerja Safety Officer akan disemak dan pelbagai SOP pembinaan struktur asas penyambungan. Oleh itu, perlunya Pengarah Urusan JKSB  digantung tugas sehingga siasatan insiden runtuhan jejambat ini selesai mengambil sikap pertanggungjawaban terhadap tugas. Kematian yang membabitkan pemandu kereta Kelisa di bawah adalah cukup menyedihkan dan JKSB perlu bertanggungjawab.






Al Fatihah .....semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang beriman .

kereta kelisa Rohaizad dihempap konkrit JKSB 


 Polis hari ini mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an di dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pasukan penyelamat menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu tanpa penumpang lain.


Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md Sofar.

Jurucakap polis berkata bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.klik DI SINI


JKSB  janji bayar RM10K untuk mangsa tragedi 

Georgetown: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) akan membayar pampasan kepada mangsa yang terbabit dengan tragedi runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pengarah Urusan JKSB, Datuk Prof Ir Dr Ismail Mohamed Taib, berkata pihaknya akan membayar wang pampasan permulaan sebanyak RM10,000 kepada mangsa yang terbabit dengan tragedi berkenaan. 

 Beliau berkata demikian kepada petugas media di lokasi kejadian di Batu Maung dekat sini, hari ini.


HENTIKAN JE  SEMUA KERJA JAMBATAN KEDUA INI ... 
MINTA JKSB  PERIKSA DULU DAN PASTIKAN 
 TIDAK MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN
ORANG AWAM 

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews