MP Nibong Tebal Datuk Dr Mansor Othman hari ini menegur rakan sejawatnya daripada DAP ekoran kenyataan kontroversi "kucing kurapnya" yang merendah-rendahkan pegawai berpangkat rendah.Mansor yang juga pengerusi PKR negeri itu menggesa Ooi menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kerana ia bertentangan dengan semangat dalam Pakatan Rakyat."Jika mahu menegur penjawat awam, beliau perlu melakukannya melalui saluran yang betul."Gangguan sedemikian tidak mencerminkan profesionalisme sebagai seorang Ahli Parlimen dan komen Ooi itu tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana istilah yang digunakan itu bersifat keji dan tercela.
Ooi: Mansor jangan jadi 'tokong'Ooi
Ooi membalas dengan menyindir kembali Mansor: "Kita hampir terlupa beliau di Pulau Pinang. Adakah dia 'tokong' di sini? Jangan cuba jadi tokong."Ogos tahun lalu, Mansor terpalit kontroversi ekoran bocornya minit mesyaurat PKR yang mendedahkan beliau melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai tokong.Bernama semalam melaporkan, lawatan Ooi di Pasar Jelutong di George Town bertukar 'kecoh' apabila seorang pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menggesanya menggugurkan label 'kucing kurap' yang ditujukan kepada kakitangan bawahan MPPP, Sabtu lepas
Ketika ditanya, Ooi mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada kepada beberapa pegawai MPPP kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.
"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... "Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan.
Sumber Malaysiakini
@Pantherian : Syabas Dr Mansor, Mantan TKM1 P.Pinang yang mempertahankan maruah staf bawahan MPPP yang dihina #kucingkurap oleh MP blogger yang layak digelar juga kucingkurap sebab mulut biadap dan tidak hormat orang lain sebagai manusia.
Punca #kucingkurap ini disebabkan MPPP menghantar Pegawai Pangkat Rendah untuk membantu MP kucing kurap ini dalam lawatan ke Pasar Jelutong dan beliau merasa terhina dengan layanan MPPP terhadapnya. MP angkuh dan sombong ini mahu Pegawai pangkat seperi Pengarah, OCPD, YDP, CPO hadir mengikuti lawatan beliau laksana macam Ketua Menteri atau Menteri.
Apabila ditegur oleh Dr Mansor, Jeff Ooi ini naik angin dan menyindir Dr Mansor dengan isu yang tidak berkaitan hal #kucingkurap ini. Sah! memang biadap MP blogger ini yang angkuh dan sombong dengan kuasa sebagai Ketua Staf Pejabat KM.
No comments:
Post a Comment