INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, September 22, 2008

Balik Raya 2008

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Pulang ke kampung sempena Hari Raya merupakan perkara wajib bagi seorang mahasiswa seperti saya kerana saat ini adalah rugi kalau dilepaskan untuk bersama keluarga ,sanak sedara dan sahabat handai. Untuk tahun ini juga seperti biasa saya akan pulang ke kampung nun di Utara tanah air iaitu Bukit Mertajam.

Tetapi kelainannya tahun ini saya memilih perkhidmatan keretapi Ekpress Rakyat dari KL Sentral ke Stesen Bukit Mertajam pada jam 1430,27/9/08. Jika sebelum ini bas dan kereta menjadi pilihan ,kini saya mencuba pulang raya dengan keretapi pula.Beban harga tambang bas naik mendadak telah memaksa saya mencari alternatif lain yang lebih murah dan keretapi adalah jawapanya.

Harga tambang keretapi amat murah dimana anda boleh mendapat tambang serendah RM18 dari KL ke Butterworth untuk kelas ekonomi.Saya memilih kelas dua tempat duduk kerana Ekspress Rakyat hanya menawarkan kelas 2 dan kelas 1 dan juga tempatnya yang luas dan sesuai untuk perjalanan yang jauh.Tetapi yang menariknya pada Sabtu ini saya akan berbuka puasa didalam keretapi kerana tren dijadual tiba pada jam 2123. Jadi kena bungkus makanan awal-awal lagi la jawabnya.

Selamat Pulang berhari raya di kampung dan Salam Aidifitri..

More AIDILFITRI graphics




Jom layan lagu Ekspress Rakyat dendangan M Nasir.....

Saturday, September 13, 2008

ISA Kembali lagi

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Mari kita mengenali apa itu ISA? Klik Di sini.

Saya secara konsisten menentang akta zalim ,ISA yang mana menahan orang tanpa di bawa untuk dibicarakan . Tidak kira la siapa yang ditahan tetapi tahanan perlulah dibawa ke mahkamah untuk mendapat keadilan bagi dirinya. Di dalam agama Islam pun seseorang yang akan didapati bersalah setelah dibuktikan dengan bukti bahawa beliau melakukan kesalahan.Saya bersetuju dan berpegang kepada saranan Mufti Perlis ,Dr Asri dalam artikel blognya sebelum ini yang bertajuk "Berhentilah Memusuhi Tanpa Bukti" .

Seperti harapan saya supaya benda ini tidak berlaku pada posting yang terakhir ,nampaknya Operasi Lalang 2 seakan akan berlaku jua dengan penahanan seramai 3 orang setakat ini.Rakan saya, Najwan juga melahirkan rasa kebimbangan akan berlaku Operasi Lalang 2 jika melihat trend penahanan ini. Saya menjangkakan Datuk Ahmad Ismail dikenakan juga tetapi nampaknya beliau masih selamat hanya dikenakan gantung 3 tahun keahlian sahaja.

Peace for Malaysia..!!

Tuesday, September 9, 2008

Keamanan untuk Malaysia ,tolak perkauman Ahmad Ismail

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Terkejut di benak fikiran saya awal pagi ini apabila membaca berita berkenaan tindakan Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dan melancarkan perang ke atas Presiden Gerakan ,Tan Sri Khoh Tsu Koon semalam. Kemudian saya meneliti kenyataan Pak Lah yang akan ingin bersemuka dan akan mengambil tindakan tegas diatas perbuatannya dan kita masih menanti tindakan oleh Pak Lah.

Apakah Ahmad Ismail dan pimpinan UMNO PP tidak berfikir secara rasional kesan kenyataannya yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dikalangan rakyat ? Saya sungguh kesal dengan kenyataan olehnya dan begitu juga pendirian UMNO PP.Nampaknya suasana harini amat kucar kacir dalam negara dengan keadaan ekonomi yang lembab dan kini pula kestabilan politik dan hubungan antara kaum. Saya mahu melihat Malaysia ini aman dan perpaduan kaum terus kukuh di kalangan rakyat.

Saya tidak mahu melihat peristiwa 13Mei 1969 berulang dan begitu juga Operasi Lalang 1987 .Ya ALLAH selamat Malaysia di bulan yang mulia ini ..Ameen..



Sedih melihat pemimpin yang tidak menggunakan akal yang ALLAH yang anugerahkan apabila berkata-kata.Anda memalukan Melayu Pulau Pinang...anda sudah kaya raya mahu rakyat bahawahan bergaduh untuk kekuasaan anda....POORAH.....

Friday, September 5, 2008

Al-Fatihah Buat Allahyarham A. Samad Ismail

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham A. Samad Ismail yang telah kembali kerahmatullah sebentar tadi.

Negara kehilangan seorang tokoh yang berani dan berwibawa saperti Pak Samad. ALLAH lebih menyayangi Almarhum.Kita kehilangan lagi seorang tokoh dalam bidang penulisan selepas pemergian saudara Rustam Sani.

A. Samad Ismail dikenali sebagai seorang yang cukup tegas dan berdedikasi. Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini merupakan salah seorang aktivis politik yang cukup komited dalam perjuangan awal menuntut kemerdekaan Malaya.

Sekalung takziah saya rakamkan buat keluarga Allahyarham. Pemergian A. Samad Ismail sememangnya satu kehilangan besar buat negara.Boleh KLIK Di Sini sebuah sorotan mengenai beliau.

Al-Fatihah.

Monday, September 1, 2008

Selamat Berpuasa

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Ahli falak melihat anak bulan di Menara KL


Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada keluarga di Penang, rakan-rakan dan seluruh umat Islam di Malaysia. Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal ibadah sempena bulan Ramadhan ini.




LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews