INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

LIKE AMKBaru Page

Saturday, March 5, 2011

Roll Royce -Simbol kekuasaan dan kekayaan Taib Mahmud


Simbol kuasa & kekayaan KM Salawak - Roll Royce

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahu parti-parti komponen BN 'melancarkan pertarungan besar-besaran” ke atas pembangkang.

sarawak BN convention taib and wifeBerucap pada konvensyen BN di Kuching, hari ini, Taib yang begitu berkobar-kobar berkata BN tidak seharusnya lagi menjadi sebegitu defensif dalam menangkis segala tohmahan pembangkang.

"Siapa berani kata BN tak buat apa-apa untuk negara? Kenapa kita perlu defensif? Kenapa kita harus takut untuk bersuara? Kenapa tidak kita perang besar-besaran ke atas penipu dan pengecut?”

Ketua menteri yang bakal genap menyambut 30 tahun berkuasa di Sarawak pada bulan ini, kemudiannya mengimbas kejayaan BN, - termasuk mendakwa berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat negeri itu sebanyak 40 kali ganda sejak mencapai kemerdekaan.

Ikrarnya, kerajaan negeri mensasar untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Sarawak pada RM28,075 sekarang ini kepada lima kali ganda iaitu - RM100,000 pada 2030.


Wah ...Taib Mahmud mahu lawan PEMBANGKANG besar-besaran?

Diktator sudah menghidu bahawa takhta kekayaan ini akan tumbang...

Apa kejayaan KM Srwk ini ya? tingkat pendapatannya katanya..? apa kejadahnya.. rakyat masih miskin papa kedana...

Kini mahu janji untuk tingkat pendapatan 5 kali ganda pulak? pada 2030...

wah mahu jadi KM sehingga 2030 ?..hahahah

sudah 30 tahun punggah kekayaan Sarawak untuk anak beranak dan kroni ...

masih lagi mahu jadi RAJA SARAWAK...


Baca berita di bawah, contoh PERANG yang kini dimulakan oleh BN kepada penentangnya :....


DJ Radio Free Sarawak, Peter John Jaban hari ini membidas pihak berkuasa kerana didakwa mengenakan 'gangguan' ke atas keluarga dan perniagaannya di Kuching dan menuntut tindakan itu dihentikan serta-merta.

NONE“Serang saya jika awak mahu tetapi jangan ganggu keluarga saya,” kata Jaban dalam satu kenytaan akhbar hari ini.

Jaban, yang terkenal dengan nama panggilan di udaranya sebagai Papa Orang Utan adalah DJ radio pro demokrasi yang berpangkalan di Londo. Katanya, masalah keluarganya bermula awal Januari ini apabila identitinya dikenali ramai di Sarawak.

Buat permulaan, penyewaan restoran milik keluarganya yang telah menduduki sebuah bangunan sejak empat tahun lalu tiba-tiba ditamatkan.

Pemilik bangunan itu yang dikatakan penyokong BN pada Januari lalu memberi restorannya tempoh sebulan untuk mengosongkan perniagaan mereka.

Anak Jaban, kemudian menghubunginya memberitahu perniagaan rumah tumpangan yang dijalankan mereka juga menerima nasib yang sama.

Pemiliknya, seorang pengusaha balak Sarawak yang juga dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga membatalkan perjanjian sewaan bangunan tanpa sebarang alasan.

Jaban berkata keadaan bertambah buruk selepas akhbar di London, Evening Standard mendedahkan mereka yang bertugas di sebalik stesen radio itu.

Menurutnya, sejak itu pihak polis mula mengunjung ahli keluarganya di rumah mereka dan bertanyakan di mana beliau berada.

1 comment:

Anonymous said...

TOK UBAN NI ADA 5 BIJI KERETA ROLL ROYCE YANG SAMA WARNA....JUMLAH SEMUA KERETA KAT RUMAH DIA JER ADA 30 BIJI..BELUM MASUK YATCH LAGI...ADA 3 BIJI KAT BELAKANG RUMAH KAT SG SARAWAK..........

Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews