INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, March 31, 2011

Adnan Yaakob confirm kilang nadir bumi di Gebeng SELAMAT






MB PAHANG JAMIN KILANG KIMIA MILIK LYNAS SELAMAT


BENTONG 31 Mac – Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar.

Katanya, kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu.

"Pembinaan kilang itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang didalangi pihak parti pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, beliau dan semua pengerusi jawatankuasa kerajaan negeri diberikan taklimat kali kedua daripada LPTA dan pakar tenaga atom yang diketuai Ketua Pengarah LPTA, Raja Abdul Aziz Raja Adnan.

Menurut Adnan, sebelum meluluskan permohonan daripada syarikat berkenaan pada tahun lepas, ia telah melalui beberapa proses yang ketat dan membabitkan beberapa badan teknikal daripada LPTA dan pihak-pihak yang berkaitan dengan nuklear.

"Kita berharap penduduk terutamanya di Kuantan tidak merasa panik atau gusar apabila kilang itu yang dijangka beroperasi pada September ini kerana ia tidak akan membebaskan radiasi dan membuang sisa-sisa air yang digunakan untuk memproses bahan tersebut tetapi air itu akan dikitar semula,” katanya.

Semalam, kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen kerana membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia itu.

Woit...

Kita dah dapat PAKAR NUKLEAR baru namanya Profesor Diraja Datuk Dr Pak NAN

Dia dah CONFIRM 110 % Line clear SELAMAT Kilang Nadir bumi di Kuantan........

Ini semua kerja Jahanam YB PujiAH yang HASUT rakyat DEMO BANTAH projeknya..

CONFIRM 110% Radiasi dari sisa radioaktif ini TAK KENA penduduk Kuantan...

Itu
Ketua Pengarah LPTA, Raja Abdul Aziz Raja Adnan, ....

CONFIRM kata SELAMAT...

**********************************************************************
Woit...Bila kata BODOH marah, kecik-kecik tak nak mampus..

Apa yang berlaku di Fukushima , Jepun tidak dijadikan pengajaran...

UMNO teruk BEBAL dan tidak dengar pandangan rakyat ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews