INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, March 17, 2011

Org Melayu Kuarters kerajaan Jalan Cochrane akan dihalau DBKL


Demo UMNO hanya utk POLITIK, tkda DEMO perjuang hak rakyat

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Penangguhan Perpindahan Kuarters
Kerajaan Kawasan Cochrane melalui Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’
Ghazali menuntut kerajaan menangguhkan perpindahan kuarters yang didiami
mereka sehingga penempatan baru seperti yang dirancang dibina.

Penduduk menuntut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapatkan mandat secara rasmi daripada penduduk kerana mereka menjangka akan dibebani dengan kos perpindahan dan sewaan yang tinggi sepanjang tempoh transit sebelum kuarters baru siap dibina.

“Kenapa notis yang diberikan kepada penduduk atas arahan pemutihan
setinggan, sedangkan kuarters itu dibina kerajaan sendiri,” soal Dr Lo’
Lo’,” pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan memorandum tuntutan tersebut kepada
Perdana Menteri melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Nazri Aziz, di pejabatnya di Parlimen.

Menurut memorandum tersebut, keseluruhan penghuni kuarters adalah
kakitangan kerajaan dari kalangan Sokongan I dan II yang dikategorikan sebagai berpendapatan sederhana.

Sebahagian penduduk terpaksa melakukan kerja-kerja sampingan untuk
menyara kehidupan dan keluarga. Tempat kediaman baru yang jauh dari sekolah, pusat khidmat kesihatan dan tempat kerja dijangka akan menambah beban sara hidup.

Susulan daripada itu, Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian
Pengurusan Hartanah telah mengadakan satu majlis pertemuan bersama
penduduk pada 10 Mei 2010, namun kata sepakat tidak dapat dicapai.

Notis pengosongan telah dihantar kepada penduduk melalui satu surat
bertarikh 4 Mei 2010, dengan melibatkan 553 rumah dan sehingga kini, penduduk masih tidak jelas dengan status mereka.

Justeru, tuntutan penduduk kepada Perdana Menteri agar benar-benar
melaksanakan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pendapaian Diutamakan’ dengan menangguhkan pemindahan mereka sehingga dipindahkan ke kuarters baru.


*****************************************************************

Tanah di Jalan Cochrane ini bernilai tinggi dan NAJIB nampak ini

LUBUK DUIT
Tanah ini akan dijual kepada SWASTA...

Kebanyakan tanah REZAB kerajaan akan dijual kepada CUKONG


Jadi, Melayu kerja KERAJAAN BN ini diarah berpindah..."HALAU"


Kena cari rumah TRANSIT la sebelum Kuarters baru SIAP...


CONFIRM kuarters baru nanti di ceruk HULU....

TANAH DI KL mahal..
DUIT jual TANAH ini nak buat MRT yang berbillion RM...

Nazri dah lantik Kinsey untuk buat STUDY MRT bayar 8 JUTA..

KASIHAN MELAYU yang diarah berpindah ini...

MANA PERKASAM, PUKIDA, GAPS, UMNO ? ini BAB MELAYU...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews