INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, March 14, 2011

Filem Epik Melayu- Hikayat Merong Mahawangsa



Blog Pejuang Bangsa.

Kepada peminat filem Melayu dan kaki wayang , filem epik Melayu hebat , Hikayat Merong Mahawangsa wajib ditonton . PB sudah pun menonton filem ini kerana ia bukan sahaja ia berkisar kisah sejarahnya , tetapi kostum , aksi peperangan dan propnya memang class dan bertaraf filem antarabangsa .

Adegan peperangan menggunakan kapal perang cukup hebat serta latar belakang tempat di filem berkenaan cukup cantik sekali . Watak hero iaitu Stephen Rahman dengan susuk tubuh sasanya memang sesuai dengan watak ini dan tidak mustahil dengan filem ini , nama beliau akan lebih dikenali di antarabangsa.


Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah filem yang menggabungkan cerita-cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom. Filem epik aksi yang akan ditayangkan di 72 buah negara itu dibintangi oleh Stephen Rahman-Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Lusi, Datuk Rahim Razali, Ummi Nazeera, Nell Ng, Khir Rahman, Craig Fong, Jehan Miskin, Umie Aida dan Mano Maniam. Beberapa pelakon dari United Kingdom, Sweden dan China juga terlibat dalam filem ni.

Hikayat Merong Mahawangsa juga menggunakan 15 pelakon aksi lagak ngeri yang didatangkan dari Hong Kong. Filem ini menggunakan 50 peratus dialog dalam Bahasa Melayu dan selebihnya bahasa Inggeris. Ia membabitkan lebih 300 pelakon akan menggunakan judul The Malay Chronicles-Bloodlines untuk tujuan pasaran dan tayangannya di peringkat antarabangsa.

Selain itu, dikhabarkan juga kostum dan props dalam filem epik drama itu juga akan diimport dari Amerika Syarikat dan China kerana filem ini juga melibatkan Empayar Rom dan China. Kostum berkenaan mengikut daya imaginasi, kesesuaian watak dan latar masa kurun ke-11 sewaktu era kegemilangan Kerajaan Langkasuka.

Malah 4 buah kapal yang ada di antaranya berukuran 60 kaki kali 20 kaki saiznya telah dibina bagi menggambarkan jalan cerita filem ini di samping bantuan unsur-unsur CGI. Jangan terkejut adegan di Istana kerajaan Han di China itu dibuat di tokong Cina di KL sahaja kerana teknik CGI ini mampu membuat segala-galanya .

Yang menarik perhatian peminat filem Melayu kepada filem ini ialah trailer nya yang cukup menarik sekali seperti filem Hollywood .

Syabas kepada KRU dan krew yang menghasilkan filem Melayu sehebat ini .PB bangga dengan filem Melayu seperti ini difilemkan semula .





No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews