INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, March 18, 2011

Pegawai Melayu Yayasan Selangor khianat amanah dan salahgunakuasa


MB prihatin masalah rakyat dan negeri.


SHAH ALAM 17 MAC : Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki dan timbalannya Mohd Saifulruddin menggunakan kenderaan serta wang milik yayasan itu untuk kegunaan peribadi di samping menikmati elaun lumayan yang tidak diluluskan, laporan audit kerajaan negeri mendedahkan.

Laporan audit itu menyarankan kontrak kedua-dua pegawai tertinggi yayasan itu ditamatkan. Saifulruddin dipecat dalam tempoh 24 jam pada Febuari lalu selepas beliau didapati hadir pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ilham, walaupun diarah bercuti sementara menunggu hasil siasatan.

Pasukan audit Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mendapati Jawatankuasa Sebut Harga dan Jawatankuasa Buka Peti dan Penilaian Sebut Harga yang dipengerusikan

Ilham dan Saifulruddin masing-masing menerima RM500 ringgit dan RM200 untuk menghadiri mesyuarat sungguhpun jumlah yang diluluskan adalah RM50 sahaja.

Kedua-dua pegawai itu juga menerima elaun RM3,000 seorang untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Yayasan pada 28 September 2010 tanpa sebarang kelulusan khas daripada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

Ketika memeriksa aliran wang Yayasan Selangor, pasukan audit turut mengesan RM 11,650 disimpan secara tunai, yang menyalahi Arahan Perbendaharaan 78a yang
mewajibkan semua pungutan dimasukkan ke dalam bank.

Dari jumlah itu, RM 2000 diambil oleh Saifulruddin pada 14 September 2010 tanpa sebarang alasan, menurut laporan audit itu.

Laporan itu juga mengesan tindakan Yayasan mengenepikan kelulusan pejabat Menteri Besar untuk membeli empat kenderaan bernilai RM500,000 iaitu sebuah van,
dua buah kereta Porton Saga dan sebuah kereta yang tidak dinyatakan jenisnya.

Pemeriksaan baucer mendedahkan pihak yayasan sebaliknya membeli sebuah pacuan empat road Toyata Fortuner yang diguna sebagai kereta rasmi Ilham dan sebuah kereta Camry sebagai kenderaan peribadi beliau.

Pemeriksaan audit turut mendapati baucar pembelian telefon bimbiit bernilai RM 12 500 untuk pegawai kanan Yayasan, termasuk Ilham dan Saifulruddin.

Menurut baucar itu, Ilham menggunakan membeli dua telefon bimbit bernilai RM 3000 dan RM 2500 manakala Saifulruddin serta seorang lagi Timbalan Pengurus Besar membeli telefon bimbit bernilai RM 3500 seorang.

Kesemua pembelian itu melebihi had maksima RM 2000 yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri untuk pembelian telefon bimbit.

Pasukan audit itu juga menegur Yayasan kerana tidak mengambil langkah untuk menuntut semula 52 peratus atau RM148,500 daripada syarikat SDF Media and Events selepas kerajaan negeri membatalkan sambutan Ulangtahun ke 40 Yayasan Oktober lalu kerana kos yang mencecah hampir RM1juta.

Pasukan audit itu menyalahkan Ilham dan Saifulruddin kerana menguruskan kewangan yayasan umpama "bidan terjun tanpa memikirkan impak kepada kedudukan aliran tunai Yayasan.

Setakat akhir November lalu, Yayasan Selangor mengalami defisit RM7.41juta.

"Tindakan mereka ...menyebabkan Yayasan kehilangan moral sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri dan menjejaskan kemajuan dan matlamat penubuhan Yayasan," laporan audit itu merumuskan.


Ini contoh MELAYU KHIANAT AMANAH RAKYAT,

MENTEKEDARAH DUIT RAKYAT..

SALAHGUNA KUASA...

Dan seterusnya menyebabkan Yayasan Selangor mengalami defisit perbelanjaan...

Syabas Tan Sri Khalid Ibrahim di atas tindakan TEGAS MEMECAT serta merta berkuatkuasa 24Jam.

Syabas Pakatan Rakyat Selangor yang menunjukkan contoh prinsip "Transparent & Accountability"






1 comment:

aBg_rOnGak said...

Kalau betul diorang bersalah, jatuhi hukuman selepas perbicaraan. Kalau di mahkamah dunia diorang terlepas, kat akhirat nanti, mereka yang terlibat, sila2 lah tuntut...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews