INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, September 13, 2008

ISA Kembali lagi

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Mari kita mengenali apa itu ISA? Klik Di sini.

Saya secara konsisten menentang akta zalim ,ISA yang mana menahan orang tanpa di bawa untuk dibicarakan . Tidak kira la siapa yang ditahan tetapi tahanan perlulah dibawa ke mahkamah untuk mendapat keadilan bagi dirinya. Di dalam agama Islam pun seseorang yang akan didapati bersalah setelah dibuktikan dengan bukti bahawa beliau melakukan kesalahan.Saya bersetuju dan berpegang kepada saranan Mufti Perlis ,Dr Asri dalam artikel blognya sebelum ini yang bertajuk "Berhentilah Memusuhi Tanpa Bukti" .

Seperti harapan saya supaya benda ini tidak berlaku pada posting yang terakhir ,nampaknya Operasi Lalang 2 seakan akan berlaku jua dengan penahanan seramai 3 orang setakat ini.Rakan saya, Najwan juga melahirkan rasa kebimbangan akan berlaku Operasi Lalang 2 jika melihat trend penahanan ini. Saya menjangkakan Datuk Ahmad Ismail dikenakan juga tetapi nampaknya beliau masih selamat hanya dikenakan gantung 3 tahun keahlian sahaja.

Peace for Malaysia..!!

1 comment:

PEJUANG MELAYU said...

aku bangun pagi ini dengan keyakinan baru kerana apa yang aku dan rakyat terutama silent majority harapkan selama ini untuk Perdana Menteri Abdullah Badawi mengembalikan keyakinan mereka dan menunjukan beliau berada pada kedudukan menjalankan kuasa telah terbukti.

Selain dari Raja lanun/fitnah Petra Kamaruddin pembelog anarkis yang ditangkap dan tindakan pada tiga akhbar supaya menunjukan sebab,malam tadi 12 September,Anggota Parlimen DAP Seputeh dan Exco Selangor ,Teresa Kok dan juga wartawan akhbar China Sin Chew Daily, Tan Hoon Heng telah ditahan di bawah ISA dan dibebaskan hari ini .

Teresa adalah angota Parlimen yang pernah membuat pembohongan di Parlimen mengatakan polis mendera tahanan wanita Cina dari Republik Rakyat Cina dan mengedarkan video klip mengenainya.Setelah wakil kerajaan Malaysia meminta maaf dari kerajaan Cina,diketahui wanita itu sebenarnya Melayu.

Beliau juga telah telah membuat provokasi terhadap rakyat Malaysia dengan meletakan papan tanda berbahasa Cina di Bukit Bintang Kuala Lumpu dengan membuang tulisan jawi(picture pun ada) ,membantah azan subuh di masjid masjid(petisyen penduduk) dan menjuarai ternakan babi di Selangor.

Syabas Pak Lah ,Syed Hamid,Majlis Keselamatan Negara (MKN),Polis .Inilah yang ditunggu oleh rakyat sehingga keyakinan hampir hilang kepada hang selepas hanya ahmad ismail shj dikenakan tindakan .

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews