INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, September 5, 2009

Isu Kuil Seksyen 23

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bersedia kalah dalam pilihan raya kerana berlaku adil kepada semua pihak.

"Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam pilihan raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya?

"Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu," kata beliau dalam surat terbukanya kepada penduduk penduduk Seksyen 23 Shah Alam.

Untuk menjelaskan maksudnya, beliau mengungkapkan kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu atau Tippu Sultan.

Di bawah pemerintahan Tippu Sultan, rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh.

"Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil," kata beliau.

ImageDengan mengemukakan ayat kelapan Surah al-Maidah yang menekankan keadilan, Khalid mengingatkan bahawa ketaqwaan mempunyai hubungan rapat dengan keadilan.

Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi, kata beliau.

"Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota?

"Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil.

"Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang," kata beliau dalam surat yang disiarkan dalam blognya itu (www.khalidsamad.com).

Khalid bagaimanapun tidak memaksa pandangannya diterima.

"Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu.

"Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua.

"Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan ketaqwaan dan keadilan," katanya.

Isu pemindahan kuil itu semakin bergolak berikutan tindakan sekumpulan yang dipercayai penyokong Umno baru-baru ini mengadakan tunjuk perasaan membantah pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23, Shah Alam.

Beberapa orang dari mereka adalah penduduk kawasan tersebut.

Mereka mengheret kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan kemudian meludah-ludah serta memijak-memijak kepala lembu itu.

Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, kepala lembu itu bermaksud "kerajaan (Selangor) telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut".

"Nak tunjukkan kerajaan itu bersikap mengambil keputusan yang bodoh seperti lembu," kata beliau.

** Prinsip keadilan sememangnya salah satu perkara penting dalam ajaran Islam.


3 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

pirahhh .. cakap keadilan utk bangsa india ,guna pulak ayat al quran. tetapi mana keadilan utk umat Islam ????

tak kan nak nak bg jadi lagi isu masjid kg rawa ..200 meter saja dr surau jika kuil itu dibina di seksyen 23 .

Pantherian said...

Islam adil untuk semua...!!

kena faham ajaran Islam tu..

seksyen 19 tu..depan dia 20kaki..ja rumah penduduk. Buka pintu depan ada kuil.


di seksyen 23 agak jauh 200 meter dari kwsn perumahan dan tapaknya ialah kws industri.

Anonymous said...

Hi. I’m Isaac. My friends kept asking me about the site for the temple in my housing area (Section 23) & I’ve told them. They came. They saw. They make their own assessment. Now, I’d like to make an open invitation to all Malaysians regardless of religion, political party or race to come here and have a look at the location that was earlier approved by the Exco’s. The direction is very simple. Upon entering Section 23, you will see the electrical shop, Seng Heng on your right; you turn left into Jalan Bonus. At the end of Jalan Bonus, there’s a t-junction & you make another left turn. You won’t miss it. The trees of the said location were recently cut down by pkns after the ‘fiasco’ at mbsa. Maybe then, others will understand why the Malays and Hindus of Section 23 acted the way they did.
Lastly, I’d like to wish all my Muslim friends a merry raya & have a wonderful holiday ahead. May we continue to live in peace & harmony. Amen.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews