Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman bersama empat lagi tahanan akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.
Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan pemulihan yang positif dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Mat Sah Mohd Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) itu dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.
Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.
Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah.
Ketiga-tiganya ditahan di kem Kamunting mulai 30 Mei 2007.
** Saya memanjatkan kesyukuran di atas pembebasan 5 tahanan ISA yang mana semuanya berbangsa Melayu dan Islam menjelang Hari Raya Eidulfitri ini. Kesemua mereka ditahan disebabkan didakwa sebagai anggota JI dan sdr Mat Sah dan Dr Abdullah antara yang paling lanma ditahan iaitu lebih 8 tahun merengkok di Kamunting.
Alasan pembebasan juga tidak jelas oleh Menteri ISA yang mendakwa mereka sudah tidak memberi ancaman kepada negara.Walhal beliau sepatutnya memperjelaskan asas penahanan mereka dan kesalahan yang dilakukan mereka selama 8 tahun ditahan dan jika ini tidak diperjelaskan merupakan satu tindakan zalim ke atas mereka.
Selamat meraikan Jiwa Merdeka kepada semua tahanan ISA ..

No comments:
Post a Comment