INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, August 6, 2014

Orang Dungun boikot McD secara kasar & kecoh ? Siapa yang bodoh?

Memalukan apabila orang Dungun  yang mahu memboikot McD dengan cara mengganggu & merosakkan harta benda persendirian. Ini tindakan pihak yang tidak bertamadun yang boleh diumpamakan "Lebih Sudu dari kuah ".

Boikot itu boleh tapi biar dengan tertib yang baik dan bukan tindakan bodoh seperti ini yang memalukan orang Isla. Berikut di bawah kenyataan rasmi NGO Aqsa SYarif.

Kenyataan Aqsa Syarif Berhubung Kejadian di Premis McDonalds Dungun pada 5 Ogos 2014:

Aqsa Syarif amat kesal dengan apa yang berlaku di McDonalds Dungun hari ini (5 ogos 2014). Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai adalah amat dikesali. Perbuatan tidak bertamaddun ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang.

Sungguhpun  boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil sebagai tekanan namun ia tidak mewajarkan seseorang itu bertindak secara fizikal atau lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi pada pemilik premis dan pekerjanya.

Aqsa Syarif memohon orang ramai yg menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen boikot. Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism)

Aqsa Syarif menyarankan orang ramai menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi. Untuk mengelak perkara seperti ini berulang oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demo atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis yang berkaitan

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif

2 comments:

Unknown said...

Apa punya bodoh
Na demonstrate lakukan dikilang senjata Yahudi Zionist
Ia terletak di Senai Johor

Unknown said...

Apa punya bodoh
Na demonstrate lakukan dikilang senjata Yahudi Zionist
Ia terletak di Senai Johor

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews