INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, July 2, 2014

Ketua AMK Malaysia desak TS Khalid Ibrahim letak jawatan Menteri Besar Selangor




Ekoran kekalahan beliau dalam pemilihan ketua cabang PKR di Kuala Selangor, dua ahli parlimen PKR mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tanggungjawab moral melepaskan jawatan menteri besar Selangor.

MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin
berkata penolakan pada akar umbi memberi isyarat politik supaya Khalid tidak terus mengetuai pentadbiran negeri itu, lapor Berita Harian hari ini.

"Khalid jangan ingat jawatan menteri besar itu akan dipegang selamanya kerana ia diberikan berdasarkan mandat rakyat dan parti.

"Dalam hal ini, beliau sudah tidak mendapat mandat walaupun akar umbi daripada cabangnya sendiri. Itu isyarat jelas supaya tidak terus memimpin," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Pada pemilihan cabang itu baru-baru ini, Khalid tewas kepada bekas ahli parlimen Kapar S Manickavasagam merebut jawatan ketua cabang Kuala Selangor.

Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang mendapat 515 undi manakala Manickavasagam memperolehi 701 undi.

Bagaimanapun Khalid berkata beliau tidak perlu melepaskan jawatan menteri sekalipun tewas merebut jawatan timbalan presiden dan ketua cabang kerana tiada klausa yang mengarahkan supaya berbuat demikian.

Dalam akhbar itu juga menyebut, MP Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid pula meminta Khalid akur dengan desakan akan umbi itu demi kepentingan parti yang perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi.

Menurut akhbar itu lagi, Abdullah berkata tiada pihak mempunyai kekebalan dalam jawatan politik termasuk jawatan menteri besar memandangkan ia hak komponen dalam Pakatan Rakyat.



http://bm.selangorku.com/53908/faekah-husin-dilantik-pegawai-penyelaras-dun-pelabuhan-klang/

PELABUHAN KLANG, 28 JUN: Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin dilantik menjadi Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Pelabuhan Klang bagi membantu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengendalikan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit.
Abdul Khalid berkata, tindakan itu dilakukan supaya penduduk Pelabuhan Klang tidak dipinggirkan ekoran kesibukan beliau sebagai orang nombor satu negeri itu.

“Sebagai Menteri Besar, saya sangat sibuk mengendalikan hal negeri. Walaupun turun ke kawasan DUN, tetapi saya juga tidak mahu penduduk merasa terpinggir akan usaha yang akan dilakukan nanti,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan sempena Ramadan, di Kampung Perigi Nenas, di sini, hari ini.




@Pantherian : Kalah di cabang Kuala Selangor boleh disifatkan sebagai penolakan jelas oleh ahli parti akar umbi di Selangor khususnya di Kuala Selangor. Adalah memalukan orang kampong sendiri menolak Menteri Besar sebagai Ketua Cabang Keadilan di Kuala Selangor.


Selepas ditolak oleh Cabang Kuala Selangor, MB pula membuat tindakan politik yang boleh dianggap memalukan imej sebagai YB ADUN dan MB Selangor apabila melantik CEO MBI, Faekah Hussin sebagai Pegawai Penyelaras di DUN Pelabuhan Klang. 

Adakah MB Selangor amat sibuk sehingga sanggup melantik Pegawai Penyelaras DUN yang boleh dianggap berkuasa seperti ADUN dalam menggunakan peruntukan DUN. Selalunya Pegawai Penyelaras DUN dilantik di DUN yang mana PR tewas kepada BN.

Adakah MB tidak belajar dan munasabah diri sebab kekalahan dia di Kuala Selangor?

Adakah MB sibuk sehingga tidak dapat turun padang bertemu rakyat Pelabuhan Klang yang memilihnya sebagai ADUN?

 
 




No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews