Malaysiakini:
Selepas kontroversi pemasangan bendera BN, kini muncul lagi pelbagai
iklan yang mensasarkan masyarakat Selangor di stesen perhentian dan
gerabak sistem kereta api Komuter di pelbagai tempat di Lembah Klang.
Siri
iklan "Sayangi Selangor" itu antaranya memaparkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dengan tulisan ''Kami mendengar masalah anda tentang
kos sara hidup'' dan ''Kami mendengar dan memahami keperluan anda
tentang pendidikan''.
Dilihat sebagai sebahagian daripada rangka
'kempen' BN di negeri Pakatan Rakyat itu, iklan tersebut kelihatan
dipasang di tiang besar di stesen, eskalator malah memenuhi gerabaknya.Iklan-iklan
itu juga memaparkan kemesraan Najib yang bergambar dengan pelbagai
pihak, termasuk kanak-kanak dan cuba menekankan bahawa rakyat mendengar
masalah rakyat bawahan.
Najib merupakan pengerusi badan
perhubungan Umno Selangor manakala Pengerusi Keretapi Tanah Melayu
Berhad (KTMB) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed pula berperanan sebagai
koordinator BN Selangor.
Sementara itu, tinjauan Malaysiakini terhadap pengguna komuter mendapati rata-rata mereka tidak selesa dengan langkah terbaru itu.
"Inikan kempen Sayangi Selangor.
Sepatutnya ada gambar Khalid baru seimbang. Sebab macam pelik, kempen
sayang Selangor tapi gambar perdana menteri," Iklan yang menyatakan sumbangan kerajaan juga dilihat
tidak wajar kerana ia memang tanggungjawab pihak itu. - Mat, 22 tahun pelajar IPTA
"Kalau betul mereka ini
membela rakyat, kenapa baru sekarang nak buat iklan ini? Mungkin kempen
nak dekat pilihan raya umum," - Amirul, pelajar IPTS.
"Iklan ni dah banyak dah. dekat TV pun ada. Saya rasa
semua orang tahu yang kerajaan ada bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia),
bagi baucer dekat pelajar dan macam-macam lagi. Jadi saya rasa tak
perlu iklan macam ni. Yang penting ketelusan," -Liana, 26 pekerja swasta.
@Pantherian- Semasa mula pemasangan iklan ini, aku dapat merasakan rakyat Selangor khususnya yang kerap menggunakan Komuter akan menyampah dengan tindakan UMNO ini. Tren komuter baru dibeli ini dicalarkan dengan iklan propaganda "Sayangi Selangor" yang tidak menarik dan menjengkelkan.
Di stesen LRT atau tren LRT, kita dapati ia lebih segar dan menarik dengan iklan produk telefon, makanan, filem dan sebagainya. Terdapat juga kes iklan wajah Najib di tren telah dikoyakkan oleh individu yang kemungkinan menyampah dengan iklan propaganda ini.
No comments:
Post a Comment