Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata jika dasar itu dilaksanakan, ia akan dibuat dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya.
"Kalau sekarang dia (pembangkang) beri air percuma tetapi tidak semua rakyat dapat. Beratus ribu rumah yang mempunyai meter pukal tidak dapat faedah ini dan adakah orang kaya pun nak dapat juga air percuma ini.
@Pantherian : Apa makna semua ini? Noh Omar dan UMNO baru sedar bahawa beri air percuma tidak bankrap kan kerajaan ? Baru ingat kesusahan rakyat untuk membayar bil bulanan air?
UMNO ternyata tiada idea dan kini mahu meniru pemberian air percuma pada rakyat Selangor walhal mereka dahulu cukup bising sewaktu pemberian air percuma dahulu.Noh Omar kini dilihat calon kuat mahu jadi MB Selangor jika BN menang dan mahu mematikan hasrat MP Sepang, Datuk Zin Mohamed yang dilihat calon potensi MB Selangor.
No comments:
Post a Comment