INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, November 2, 2009

Bantah penahanan Dr Asri Zainul Abidin

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dibawa ke mahkamah syariah Gombak Timur hari ini, dipercayai menyebarkan ajaran Wahhabi.

NONEBeliau berada di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi ini.

Bagaimanapun sehingga kini beliau belum dibawa ke depan hakim kerana masih menunggu pihak pendakwaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bercakap kepada media di luar mahkamah, Dr Asri berkata pihak berkuasa agama itu menahannnya tanpa sebab dan kini sedang memikirkan apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan.

Bekas mufti itu, yang sering juga mengeluarkan kenyataan kontroversi, ditahan malam tadi sewaktu menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah Jais di sebuah banglo di Ampang.

Sewaktu ditangkap, ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib turut hadir.

Dr Mohd Asri diwakili dua peguam, Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais. Sewaktu mereka menyemak dengan pihak pendaftar mahkamah, tiada pertuduhan terhadap anak guam mereka difailkan.

Menurut laporan Bernama tengah malam tadi, Dr Mohd Asri ditahan ketika berceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri
Ukay, Hulu Klang.

Beliau dilaporkan ditahan semasa berceramah kira-kira pukul 12.10
tengah malam oleh polis serta pegawai Jais dan kemudian dibawa ke balai polis Hulu Kelang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk Zuraida dan Saari, lapor agensi berita itu lagi.




Komen YB Zuraida dan YB Saari yang mengikuti ceramah Dr Asri Zainal Abidin:

Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu.

"Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung," katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.

Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman 'Wahabi' yang dianggap menyimpang, sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat.

Kata Zuraida, hairan sikap jabatan agama dan kerajaan, apabila Asri diizinkan berceramah di Perlis tetapi tidak di Selangor.

Dalam sidang yang sama, Saari juga menganggap kegagalan enakmen syariah telah menyebabkan tindakan pihak berkuasa agama bertindak secara terpilih dan bersifat poltik.

Dr Asri selepas dibebaskan sejam kemudian meminta Jabatan Agama membuat semakan dan menilai semula tindakan yang dilakukan ke atas dirinya.

"Cuba beritahu apa kriteria yang dia mahu... nak beri tauliah pada orang?

"Saya bekas Mufti. Ada PHD daripada UIA. Siapa yang buat keputusan untuk beri tauliah ini?

"Jika demikian, mereka telah menghalang orang untuk sampaikan ilmu," katanya dalam sidang media tergempar yang dihadiri oleh pihak media dan para jemaah yang mengikuti kuliahnya.

Katanya, masih ramai pensyarah di bawah seliaan beliau dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat.



*** Saya membantah keras penahanan Dr Asri Zainal Abidin dan kenyataan yang dikeluarkan oleh JAIS cukup dangkal dan benak sampai mahu menyampaikan kuliah agama pun memerlukan permit.

Adakah tindakan ini kerana UMNO gusar khabar angin semakin meluas bahawa Dr Asri akan menyertai PAS ?


3 comments:

Pejuang Bangsa said...

Ini semua kerja org PAS !! JAIS sejak diambil alih Hassan ALi ,di sebalik tabir nya adalah org PAS.

Macamana Hassan Ali ,Exco Agama Islam Selangor tidak tahu menahu arahan pi cekup Dr Asri malam semalam ??

yang pelik Zuraida ada situ tak call Hassan Ali semalam minta campurtangan ketika JAIS mai serbu ...haha kelakar betul statement kak zu ...

Anonymous said...

Betul tu..sy sokong pada pejuang bangsa...pandai2 jer menuduh org len...selangor ditadbir dibawah PR..mestilah atas arahan diaorg..kalo bukan lebih bg UMNO jer perintah...bodoh betul...dah tu nak suh SULTAN lak masuk campur...yg buruk semua UMNO yg betul semua PR..pk la..org ader akal jgn nak bodahkan org len pulak...dulu BN bodohkan rakyat..skang korang pulak...pigi dah...

Anonymous said...

test

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews