INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, November 17, 2009

Nasib Melayu Kebun Bunga

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

sumber -Din Binjai -

P.Pinang - Kelmarin saya bersama Rizal Hamid begegas ke Water Fall atau Kebun Bunga untuk meninjau sendiri keadaan Najib yang akan diusir serta rumahnya yang akan dirobohkan.

Rumah ini telah didudukinya sejak tahun 1958 di mana rumah ini dibina untuk menjaga tapak kawasan Perkhemahan Pengakap.

Beliau adalah pesara bomba yang kini seorang nelayan yang tidak tentu hasil pendapatannya. Lebih memilukan apabila beliau juga mempunyai seorang anak OKU berusia 9 tahun.

“Saya dikehendaki membayar sejumlah wang yang banyak untuk menduduki rumah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang ditawarkan,” katanya.

Abdul Najib berkata, dalam surat tawaran penyewaan rumah oleh MPPP bertarikh 27 Oktober 2009, keluarga Najib hanya layak menduduki rumah sewa di Jalan Kampong Kolam, Air Hitam selama tiga tahun sahaja dengan sewaan sebanyak RM240 sebulan.

“Untuk memasuki rumah itu, saya terpaksa membayar deposit sewa rumah tiga bulan berjumlah RM720, deposit air dan elektrik (RM150), deposit kunci (RM100) dan deposit penyelenggaraan (RM50). Ini amat membebankan sedangkan Kerajaan Negeri sedia maklum pendapatan isi rumah saya tidak sampai RM800 sebulan termasuk pendapatan anak saya.

“Diskaun 50 peratus pembayaran sewa rumah baru yang kononnya akan diberikan Kerajaan Negeri kepada keluarga saya juga tidak dinyatakan dalam surat tawaran itu. Bagaimana saya hendak percaya tawaran Kerajaan Negeri sekiranya hanya memberikan janji secara lisan semata-mata?,”katanya


Rumah ini bukan pampasan tetapi hanyalah sebuah rumah sewa yang perlu Najib bayar sewa bulanan dan hanya boleh tinggal di situ selama tiga tahun sahaja.

Najib bukanlah menuntut permintaan yang melampau seperti Kg Buah Pala, beliau sedia berpindah jika pampasan yang diberi munasabah.

Beliau terpaksa pindah bila projek ini telah diluluskan zaman BN lagi. Projek ini bukan projek Pakatan Rakyat tetapi kerajaan baru Pakatan Rakyat haruslah bijak menangani isu ini.

Adakah Melayu P.Pinang yang dulu di bawah kerajaan BN terpinggir dan kini akan tersingkir pula di bawah Pakatan Rakyat? Inilah persoalan serta kerisauan orang Melayu di P.Pinang.

Saya terus menelefon YB Jason Ong selaku adun PKR Kebun Bunga untuk mendapat penjelasan. Beliau berkata wang ehsan sejumlah RM 10 ribu akan diberi kepada Najib. RM10 ribu sahaja?

Saya terus ke KOMTAR untuk mendapat penjelasan YB Mansor Othman tentang isu tersebut.

YB Mansor Othman memandang serius isu ini dan beliau berjanji akan menyelesaikannya dalam tempoh sebulan.

Menurut En Anuar Hamid (Setiausaha Sulit TKM 1 P.Pinang), dalam mesyuarat bersama Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah, YB Dr Mansor Othman mengamuk dan memarahi mereka kerana tidak peka dan beliau mahu isi ini diselesaikan segera.




Sementara itu, kira -kira 20 orang ahli Persatuan Silat Minangkabau Pak Darus akan membantah tindakan kerajaan negeri PP yang menghalau sebuah keluarga iaitu keluarga Abdul Najib Darus daripada terus menetap di tanah milik kerajaan negeri di Kebun Bunga.

Keluarga ini dan persatuan silat ini nekad akan pertahankan rumah ini dan akam membuat kubu manusia bagi melindungi rumah ini daripada dirobohkan .






Saya yakin isu ini akan dapat ditangani dengan baik oleh YB Dr Mansor Othman. YB Dr Mujahid Yusof Rawa juga telah turun padang bertemu dengan Pak Najib.

InsyaAllah saya akan siarkan video temuramah Rizal Hamid bersama Pak Najib. Saya mohon maaf kerana masih berada di Hospital Sg Petani menjaga ayah saya. Jadi video cam tak bawa untuk upload video, cuma bawa laptop sahaja.

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews