INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Sunday, February 7, 2016

Bersatu Selamatkan Malaysia - Kenyataan terkini TS Muhyiddin Yassin

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN


Dalam beberapa waktu ini, saya mengambil sedikit masa untuk menyelami persoalan-persoalan yang sering berlegar di fikiran saya berkenaan hal-hal yang berlaku di negara kita pada waktu ini. Ikhlas saya katakan, sebagai seorang yang telah lama berkecimpung dalam dunia politik dan berpengalaman terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara, tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa kita akan berada dalam situasi yang serumit hari ini.

Ke mana-mana sahaja saya pergi, pasti ada orang yang bertanya apa sudah jadi dengan Malaysia. Ternampak di wajah mereka satu perasaan yang sukar digambarkan. Kecewa, putus harap, bimbang, berang semuanya ada. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka sudah naik mual dengan apa yang berlaku. Mereka sudah tidak percaya lagi kepada orang yang diamanahkan untuk memimpin kerana ramai yang mengkhianati amanah.

Ketika rakyat sedang bergelut dengan masalah kos sara hidup, beban cukai GST, kejatuhan nilai matawang, kehilangan pekerjaan, ada pemimpin yang disahkan menerima kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi, dan wang ini digunakan untuk perbelanjaan peribadi. Lebih menyedihkan, antara sumber wang ini adalah daripada syarikat yang mendapat dana daripada tabung awam.

Namun, amat pelik apabila penerimaan wang yang bersumberkan dana awam oleh seorang pemimpin negara tidak dianggap sebagai satu kesalahan. Malah, siasatan ke atas laporan salah laku dan rasuah melibatkan orang berkenaan diarahkan ditutup.
Apa sudah jadi dengan negara kita? Kita tahu bahawa sebelum ini terdapat penjawat awam, ahli perniagaan dan ahli politik yang disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum kerana menyalahgunakan dana awam dan menerima rasuah. Tetapi dalam skandal kewangan terbesar di negara kita yang melibatkan 1MDB dan SRC International, tiada sesiapa pun didakwa.
Malah terdapat pihak yang secara terang-terangan mempertahankan dan melindungi salah-laku orang-orang tertentu walaupun saya tahu jauh di sudut hati mereka, mereka juga tahu apa yang berlaku.

Di manakah nilai kejujuran, kebenaran dan keadilan yang kita semua sanjung? Adakah nilai-nilai ini sudah tiada ertinya lagi? Adakah yang bertakhta cuma sikap rakus dan tamak haloba untuk merebut kesenangan dunia semata-mata? Atau, adakah seluruh jiwa telah diselimuti oleh perasaan takut dan bimbang untuk menyatakan kebenaran dan menghapuskan kebatilan?
Saya perhatikan masalah besar yang sedang melanda negara kita ialah ketiadaan roh perjuangan untuk berpegang kepada prinsip-prinsip murni dalam kehidupan. Kerana itu berlaku masalah pecah amanah, tiada tanggungjawab terhadap rakyat dan mungkin tiada perasaan takut kepada balasan Allah s.w.t.

Kemelut yang berlaku nampaknya seperti tiada kesudahan. Misteri kehilangan wang dan harta negara tidak akan terungkai, walaupun bagi yang mengetahui ia seperti rompakan di siang hari. Pelbagai cerita akan terus direka untuk mengaburi mata rakyat demi melindungi salah laku individu tertentu. Keadilan yang ditagih tidak akan tertegak dengan mudah. Awan gelap akan terus meliputi negara kita untuk beberapa ketika.

Walupun jelas tergambar perasaan duka dan kecewa di wajah orang-orang yang saya temui, termasuk sahabat handai dan mereka yang tidak saya kenali, jauh di sudut hati mereka masih menaruh harapan. Harapan agar Malaysia dapat diselamatkan. Supaya Malaysia kembali pulih dan tidak menjadi sebuah negara yang gagal.
Ini permulaan kepada satu perjuangan. Perjuangan untuk memulihkan Malaysia. Perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik. Kerana kita semua berhak untuk menikmati setiap kebaikan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada negara kita.
Jika bersendirian kita tidak akan punya kekuatan. Tetapi jika kita semua bersatu hati, membuka minda dan nurani untuk melihat kebenaran, melawan kemungkaran dan bertindak untuk menjadikan masyarakat dan negara kita lebih baik daripada hari ini, maka nescaya kita akan berjaya jua akhirnya.
Bagi saya, dalam hidup kita mesti ada prinsip. Prinsip yang paling utama ialah berpihak kepada kebenaran. Jangan sekali-kali kita berpihak kepada kebatilan. Sebagai seorang Muslim, ini adalah tuntutan agama.
Justeru, saya tidak akan berpaling daripada perjuangan menegakkan kebenaran. Saya yakin, seluruh rakyat Malaysia berpendirian yang sama dan saya akan terus bersama-sama anda dalam perjuangan ini!
Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. mudah-mudahan kita semua sentiasa diberikan kekuatan oleh-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin!


TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
5 Februari 2016

Tuesday, July 28, 2015

TS Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh PM Najib Razak #1MDB





  Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha - TS Muhyiddin Mohd Yassin




Kenyataan Media LIVE TS Muhyiddin Yassin selepas 6 jam dipecat PM Najib Razak


KENYATAAN MEDIA


YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015

  
Senarai Kabinet baru oleh PM Najib Razak


Peristiwa penting berlaku pada 28 Julai 2015 yang akan dikenang. Macam ada kaitan semua ini dengan skandal maha besar 1 MDB ?






Macam sejarah DS Anwar Ibrahim dipecat dahulu, nasib kakitangan pejabat TPM juga turut dipecat.

Wasap diatas luahan staf pejabat TPM yang maki Pejabat PMO. 

Wednesday, January 8, 2014

Hard Rock Cafe Putrajaya untuk Melayu Islam ada nasyid & teh tarik?

Hard Rock Cafe dikenali dengan muzik keras dan tempat minuman keras berlaga gelas.Tetapi jika dibuka di Putrajaya, menteri berkaitan mahukan ia bercirikan Islam.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Hard Rock Cafe Putrajaya tidak patut menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid secara langsung.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya.

“Kita hanya benarkan hiburan yang bersih, kita tidak mahu insiden dan persembahan provokatif,” katanya dalam sidang media.

@Pantherian : Hard Rock Cafe Putrajaya jual coke, teh tarik dan ada  persembahan nasyid ?

Haha lawak apa dibuat oleh Menteri  Nan .?

Hard Rock Cafe ini untuk Melayu Islam ASWJ?

Mat salleh, Ah beng, Muthu tak boleh masuk?




https://mobile.twitter.com/FaktaBukanAuta/status/420580989375500288?screen_name=FaktaBukanAuta

Tuesday, December 31, 2013

Ali Tinju beri amaran kepada Rafizi Ramli jangan kacau Rosmah Mansor?

Watch "'Rafizi kurang ajar, selalu kacau Rosmah'" on YouTube

http://www.youtube.com/watch?v=V9nS4Oyh2ew&feature=youtube_gdata_player

Ali Tinju ini bukan Muhammad Ali, peninju terkenal US tetapi pencacai dan pembodek kuat Rosmah Mansor.

Selepas Azmin ali diberi amaran akan menonggeng di depan rumahnya sebab kritik isu jet Rosmah ke Dubai, kini Rafizi pula diberi amaran keras oleh Presiden PVT (Persatuan Veteren Tentera Melayu), Ali Tinju supaya menyediakan payung sebelum hujan jika masih kekal menggangu Rosmah Mansor dan keluarganya.

Wow  dah macam negara fasis zaman Hitler, bila kritik  pemimpin negara  dan isteri boleh diugut pula oleh SI dan Gestapo. Haha haha...

Monday, December 9, 2013

Jenaka Lucah dalam masjid oleh Ustaz Kazim Elias untuk tarik perhatian umat Melayu?





Masjid sanggup bayar beribu ribu kepada barua ni untuk buat jenaka lucah dalam masjid.... Tak ada ilmu yang di sampaikan melainkan cerita rekaan untuk memperbodohkan orang Islam mengunakan agama... yang ada hanya gelak ketawa.. - FB Abu Nawas.
  
Pelbagai cara digunakan oleh Ustaz atau Penceramah Bebas untuk menjadi popular termasuk sanggup guna Jenaka Lucah rekaan sendiri. Ustaz ini tahu bahawa orang Melayu suka lawak jenaka terutama hal dalam baju dan nikah kahwin.









Monday, October 7, 2013

CEO TEKUN lupa sejarah, projek TEKUN diusahakan oleh Dr Mansor Othman

CEO TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hasan  dengan bangga mengatakan idea TEKUN adalah buah fikiran UMNO dan sepatutnya dana TEKUN perlu diberi kepada ahli UMNO. Orang bukan UMNO boleh memohon katanya tapi keutamaan lebih kepada ahli UMNO sebab idea UMNO. CEO TEKUN lantikan UMNO ini perlu baca sejarah TEKUN kembali sebelum bercakap lantang membodek UMNO.

Jika merujuk kepada sejarah TEKUN pasti kita nama besar penggerak utama Projek Perintis TEKUN pada tahun 1994, Datuk Dr Mansor Othman, Mantan TKM1 P.Pinang tidak boleh disisihkan. Idea projek TEKUN ini terhasil melalui Konvesyen Bumiputra Pulau Pinang yang mana Dr Mansor adalah Setiausaha Konvensyen Bumiputra Pulau Pinang 1994. Ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua Pusat Kajian Dasar USM. 

Beliau telah diberi tugas khas sebagai  ketua pasukan kajian untuk membangunkan projek TEKUN yang bertujuan meningkatkan keupayaan keusahawanan dan membentuk jaringan antara peniaga kecil menerusi pinjaman mikrokredit.Ia mula dilaksanakan  di Pulau Pinang dan seterusnya projek tersebut diteruskan  pula di daerah Jeli di Kelantan pada 1996 dan Besut Terengganu pada 1997. 

Melihat kepada kejayaan TEKUN dalam projek-projek yang dijalankan, maka pihak kerajaan telah sebulat suara memutuskan bahawa TEKUN akan diperluaskan di seluruh negara atas tujuan membantu usahawan-usahawan kecil Bumiputera. Bagi memastikan usaha TEKUN dapat diteruskan, Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan lantas diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada 9 November 1998 dan mula menjalankan operasi seawal 1 Febuari 1999.

CEO TEKUN yang dilantik UMNO patut membaca sejarah TEKUN dahulu siapa pengerak dan pencetus idea TEKUN ini. Saya tiada maklumat lengkap berkenaan  idea dan kertas kerja siapa tapi yang pasti DS Anwar Ibrahim yang merasmikan Konvensyen Bumiputra PP kerana beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu.

Monday, July 29, 2013

The New Village : Khairy KJ kini menjadi pengkritik filem menjelang Pemilihan UMNO



NONE 











 Kebenaran terhadap penayangan filem 'The New Village' perlu ditarik balik sekiranya ia mengagung-agungkan peranan komunis dan mencetuskan provokasi, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata berdasarkan tontonan treler filem itu dilihat seolah-olah ia mengagung-agungkan pejuang komunis dan perkara itu tidak boleh diterima sama sekali."Ini satu usaha untuk menulis semula sejarah kita dengan mengagung-agungkan komunis yang kita tahu adalah pengganas yang banyak melakukan keganasan di negara kita.

"Walaupun betul komunis lawan British tetapi keganasan itu tidak boleh dimaafkan," 

"Kalau ada orang kata kenapa saya buat keputusan dan kenyataan ini sedangkan saya belum tengok (keseluruhan) filem ini. Saya boleh rujuk kepada kes filem 'Tanda Putera', ramai yang tidak tengok tetapi terus menghukum sampai 'Tanda Putera' ditunda dan ditangguh selama satu tahun," katanya.

Khairy mahu kerajaan melihat semula keputusan membenarkan tayangan filem itu.

 @Pantherian : Menteri KJ kini menjadi pengkritik filem tanahair apabila hanya menonton trailer sahaja mampu membuat keputusan ini filem pro komunis dan wajar diharamkan tayangan.

Ketua Pemuda UMNO ini sebenarnya mahu publisiti menjelang pemilihan UMNO akan datang dan mahu dilihat nasionalis pro Melayu melawan Cina DAP.  Beliau mungkin bercita-cita mahu bertanding Naib Presiden selepas bertapak kukuh sebagai Ketua Pemuda.

Beliau sengaja menghangatkan isu filem ini sebagai pro komunis untuk mengajak Lim Kit Siang berbalah isu ini untuk mengaitkan dengan filem Tanda Putera. Ternyata ia berhasil apabila anaknya Lim Guan Eng terjerat masuk jerat KJ di media.

Kita lihat apa kesudahan perbahalahan LGE DAP dan KJ UMNO seterusnya. ;)



 


Monday, June 17, 2013

Menteri Shabery Cheek mengalami "Technology shock" teruja dengan LIKE Facebook

 
 
Perbezaan yang kecil pemikiran remaja belasan tahun yang baru mula Sign Up Facebook dengan Menteri Penerangan yang berkelulusan Ijazah luar negara. 
Menteri Penerangan ini teruja akan teknologi Facebook sampai sanggup update di status Facebook jumlah LIKE dan mendakwa rakyat Malaysia bersama-sama saya ! Haha..

Sunday, April 21, 2013

Gelagat calon mesra BN Zul Nordin dicium lelaki MIC di Pusat Penamaan Calon Shah Alam



Bukti MIC sudah melupakan penghinaan Zul Nordin terhadap agama Hindu apabila mencekek dan mencium Zul Nordin sewaktu proses penamaan calon di Shah Alam semalam.

Geli tak ?


 Pejuang Islam Melayu, Dato' Zul Noordin sedang bermesra bersama "muhrim2nya" wanita Umno-BN.

Bertuah Pejuang Islam Melayu ini, dapat pegang anak2 dara dan isteri2 orang Umno-Bn! - Jai Ismail 


 

Tuesday, April 16, 2013

Najib Razak kantoi salah kira peratusan calon muka baru BN

Kesilapan Najib dalam mengira peratus calon muka baru BN di PRU13 telah dikantoikan oleh warga facebook sekejap selepas pengumuman calon oleh beliau dihadapan media.

Kah kah kah!

Monday, March 4, 2013

LahadDatu : Lokman Adam didakwa Penasihat Sultan Sulu ? Siapa dalang?



Panas: Lokman Adam Rupanya Penasihat Sultan Sulu!

Apa sudah jadi, ini maklumat panas terbaru yang kami terima hasil pembongkaran Blogger Milo Suam.

Sebelum ini kerajaan Malaysia menuduh pemimpin pembanglang dalang disebalik isu pencerobohan warga Sulu di Lahad Datu Sabah.

Maka, berbagai pendedahan panas telah dibuat oleh semua piahk untuk menafikan dan memastikan sebaliknya UMNO BN yang mempunyai hubungan langsung dengan Kesultanan Sulu. Terbaru, pendedahan berkaitan keterlibatan bekas Exco Pemuda KeADILan yang dipecat pada tahun 2004 iaitu Lokman Noor Adam.

Beliau yang kini menjadi Exco Pemuda UMNO dipercayai mendapat gelaran Datuk Sri Panglima dan kini merupakan Penasihat kepada Sultan Sulu di Malaysia.

Pendedahan ini pastinya menggemparkan dan membuatkan mereka tidak dapat mengelak lagi bahawa apa yang berlaku di Sabah itu adalah perancangan pihak berkenaan sebenarnya.


Inilah wajah sebenar UMNO, kuat menuduh Anwar Ibrahim sebagai "dalang" insiden berdarah Lahad Datu akhirnya Exco Pemuda UMNO sendiri adalah Penasihat Sultan Sulu di Malaysia.

Siapa pengkhianat negara?

Siapa dalang insiden di Lahad Datu ?

Lokman ini penasihat komisen bagi pangkat "Datuk " oleh Sultan Sulu  kepada rakyat Malaysia ?

 

Sunday, February 17, 2013

Mat Maslan dilarang isteri untuk berdebat dengan pembangkang ?

v

Terkejut apabila membaca Tweet Ahmad Maslan, menteri Kabinet UMNO BN yang Ahli Parlimen Pontian yang mengaku secara terbuka  isterinya melarang untuk berdebat dengan sesiapa kononnya bila kalah berdebat, Malu muka satu keluarga. 

Jika begini lah fikiran pemimpin negara bertaraf menteri kerajaan maka eloklah tak payah jadi wakil rakyat dan pemimpin politik. Agak pelik pemimpin UMNO ini apabila nak berdebat pun minta kebenaran isteri. 

Di mana sifat kejantanan sebagai lelaki? nak bercakap didepan rakyat pun dilarang isteri? Adakah Menteri ini sudah ikut rentak Perdana Menteri, Najib Razak  yang amat  takut berdebat dengan Anwar Ibrahim ?

Sebarkan sekalian rakyat inilah wajah pemimpin UMNO ! takut berhujah didepan rakyat !


Monday, December 31, 2012

TPM Muhyiddin tonjol watak sebagai PM dan Presiden UMNO akan datang

Semalam, bakal Presiden UMNO dan isteri  turun padang meninjau tanah runtuh secara mengejut di Puncak Setiawangsa.



Bakal calon PM ke 7 UMNO , TS Muhyiddin dan Isteri  bersama rakyat mengharungi banjir di Kelantan dan Terengganu . Rosmah boleh main air banjir ke?



 PM 1 Malaysia  kini sedang bercuti di Eropah bersama isteri tercinta ketika bencana berlaku di tanahair.

@Pantherian :  Gambar memberi seribu persepsi tentang diri seseorang.



Sunday, December 16, 2012

Zul Nordin siar gambar perwakilan tidur di Mesyuarat Agong PERKASA


Photo ini bukan diambil oleh media tetapi Naib Presiden Perkasa, Dato Zulkifli Nordin dengan kata-kata indahnya " Alhamdulillah kami bersyukur dgn komitmen & pengorbanan ahli". 

Pastinya barisan saf hadapan yang nyenyak lena ini adalah orang-orang kuat PERKASA.Jika begini lah sikap dan displin Melayu PERKASA ? Maka usah diharap pemimpin ini memperjuangkan nasib Melayu jika dalam mesyuarat pun tidur lena.

 Agaknya apa perasaan Tok Him (Ibrahim Ali) jika melihat inilah  sikap perjuang Melayu  ?


Tuesday, December 4, 2012

Ucapan Agong Najib Razak sebagai PM terakhir di PAU 2012



@Pantherian : Ini lah ucapan agong di Perhimpunan Agong UMNO Najib Razak  yang terakhir sebagai Perdana Menteri.

Ulasan aku mengenai ucapan Najib :

- Ucapan yang tiada isi untuk halatuju negara masa depan.
- Ucapan yang dihiasi dengan makin hamun kepada PAS, DAP dan Keadilan.
- Ucapan orang sakit yang takut hilang kuasa.



Thursday, November 29, 2012

Bakal calon UMNO Kepala Batas tegaskan UMNO parti pilihan tuhan untuk diberi kuasa

 

Perwakilan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membuat kejutan di dalam ucapannya juga berkata, soal menentukan kuasa pentadbiran sesebuah negara adalah hak Allah.
 
"Dalam soal kuasa, sepanjang 55 tahun, Dia memilih Umno yang memerdekakan tanah air.

"Umno dah diberi amanah, diberi kuasa... Apa yang dilakukan? Umno buat pelbagai Islah, keluarkan daripada penjajahan kepada kemerdekaan yang lebih mulia, memuliakan Melayu, memberi identiti dan meletakkan Islam di sisi Melayu," katanya.

  


@Pantherian : Cuba lihat wajah lelaki di atas ? adakah dia salah masuk parti?MIC  KIMMA UMNO? Mamak reezal ini dikhabarkan oleh orang UMNO akan menjadi calon Kepala Batas untuk UMNO menggantikan Pak Lah.

Nama dia sudah tersenarai  dan mungkin sebab bersemangat mengatakan "UMNO parti pilihan tuhan "sebagai kata-kata pembodek kuat untuk menjadi calon UMNO Kepala Batas ?

UMNO parti pilihan tuhan atau parti syaitan dikenali seperti kata Tun M ?



Friday, October 19, 2012

Najib Razak takut ulas kenyataan Chua Soi Lek hina Islam



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.
"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan PERKASA.


Ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.

Manakala PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook semalam, dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.


@Pantherian : Adakah Presiden UMNO kini  tunduk kepada Presiden MCA sampai takut untuk  mengulas kenyataan menghina hukum hakam Islam?  Adakah Najib kini menjadi kuda tunggangan kepada MCA? 

Friday, October 12, 2012

Malaysiakini dakwa Najib jumpa Soros di New York?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut -  yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim -  berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

 sambungannya boleh dibaca melalui LINK INI

@Pantherian : Malaysiakini kini menyerang Najib dengan mendakwa pernah bertemu Soros secara sulit di New York. Selepas Mahathir, kini Najib menjadi sasaran pendedahan kemunafikan UMNO yang kuat mencanang satu Malaysia berkenaan dana Soros yang menaja NGO2 di Malaysia.

Rakyat perlu disedarkan akan betapa hinanya UMNO melalui NGO Pro UMNO seperti JMM dan TV3 suku yang menghebahkan di media negara dalam bahaya apabila menerima dana daripada Soros. Walhal, orang yang mengkritik itu sendiri berjumpa Soros dan pastinya ada sesuatu dibincangkan.




Monday, September 24, 2012

Sohaimi Shahadan pengarah iklan air UMNO?

 Bulatan merah itu ialah Datuk Sohaimi Shahadan, Pemuda UMNO

Azmin Ali bidas taktik kotor UMNO

Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, penggambaran iklan berkaitan masalah air di Selangor merupakan propaganda Kerajaan Pusat kononnya berlakunya krisis air di negeri tersebut.Ahli Parlimen Gombak itu berkata, pembikinan iklan yang didalangi Umno BN itu bertujuan memburuk-burukkan pentadbiran Pakatan Rakyat kononnya gagal mengatasi masalah air.

“Kita telah jelaskan pada rakyat tiada krisis air di Selangor. Apa yang berlaku adalah kita hanya kekurangan air terawat.“Air terawat ini bukan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi di bawah tanggungjawab Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor).

“Jika Syabas gagal menguruskan dengan baik (masalah air), kerajaan negeri mendesak supaya konsesi ini dibatalkan dan pengurusan air dikembalikan kepada kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Penduduk berang terhadap produksi  


 "Saya amat yakin ini adalah konspirasi. Bila kami tanya penggambaran ini mengenai apa, mereka tidak beritahu."Tetapi mereka meminta penduduk dan mungkin pelakon tambahan, dengan bayaran RM50 mengangkat tong air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk setempat Dr S Paramananthan (atas) kepada pemberita.

 "Ini membuat saya risau kerana mengganggu privasi penduduk. Ini jumlah yang besar. Sebagai penduduk juga kami tidak tahu ia berkaitan dengan politik.

Saturday, September 15, 2012

Polis tak jamin keselamatan Anwar Ibrahim, adakah Menteri KDN sokong anarki?



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan." kata anggota Parlimen Sembrong itu.

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Anwar Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

@Pantherian - Kenyataan media oleh Menteri KDN jelas menunjukkan ia sebagai lampu hijau kepada samseng UMNO di Johor untuk melakukan jenayah tanpa takut kepada undang-undang negara.

Adakah Anwar Ibrahim itu bukan rakyat Malaysia yang layak untuk dilindungi oleh Polis dan undang-undang negara ? Mengapa Menteri KDN begitu biadap sekali seolah-olah negara ini tiada Polis dan undang-undang?

Adakah Menteri KDN menyokong fahaman anarki? 

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews