INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Friday, March 21, 2014

#FMFA2014 :Belia zaman KhairyKJ mati di konsert sebab overdose dadah ?


Sedih pabila mengenangkan belia zaman Menteri KBS Khairy Jamaluddin mati di konsert disebabkan overdose dadah di Std Bukit Jalil. Menteri dalam reaksi segera mencadangkan tindakan penyelesaian perlu diambil untuk masa akan datang :

a) Kempen kesedaran bahaya dadah diadakan segera melibatkan semua agensi berkaitan.

#LOL : Perkataan kempen dadah ini dengar sejak sekolah rendah lagi kot tapi hasilnya macam melepaskan habuk di tangga. Mungkin Menteri mahu kempen dadah diadakan diluar pintu masuk konsert yang penting konsert ON!  #LOL

b) Pemberian lesen permit yang perlu ditapis dengan lebih ketat oleh kementerian berkaitan terutama berkaitan faktor keselamatan dan bebas dadah dan maksiat.

  #LOL : Mungkin kena buat screening di pintu masuk  mcm di airport untuk kesan dadah.#LOL janji konsert ON, tak kena BAN.

Dadah mcm pil estacy itu kecil dan pastinya mudah dibawa masuk ke dalam konsert. Selain itu, tin air minuman  arak dan kondom juga banyak ditemui di tapak  konsert yang pastinya digunakan untuk berhibur dan maksiat.

@Pantherian : Konsert Hiburan tidak perlu diharamkan tapi yang salah ialah dadah. Dadah yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam konsert. #LOL 

Sunday, March 16, 2014

#FMFA2014 :Penganjur Konsert Liar Festival Future Music yang dicemari dadah & arak adalah anak Melayu VIP ?



Tragedi kematian anak remaja yang kebanyakannya pelajar disebabkan overdose penggunaan dadah jenis estacy. 



Pengarah Urusan Livescape , Iqbal Ameer yang juga anak Datuk Ameer Ali B Mydin (Pengarah Urusan Mydin) bersama sahabatnya selepas mesyuarat berkenaan konsert tersebut dengan Menteri KBS, Khairy Jamaluddin berkemungkinan untuk kebenaran penggunaan perkarangan Stadium Nasional. 

Kementerian Belia & Sukan mempunyai kuasa terhadap penggunaan kemudahan sukan dan perkarangan Stadium Bkt Jalil kerana Perbadanan Stadium Malaysia merupakan agensi di bawah KBS.

Menteri KBS, Khairy Jamaluddin perlu jawab berkenaan dakwaan ini. Siapa yang meluluskan Konsert Liar Arak dan Dadah ini?  Ini cara belia masa depan Malaysia yang mahu dicorakkan oleh Khairy?


Ini dia Hari Pertama Konsert Liar yang kononnya dinamakan Festival Future Music ?

Hari Kedua : Tuhan turunkan bala pada pengunjung dan Penganjur Konsert yang juga seorang beragama Islam.

  
Negara ini sedang dihukum oleh TUHAN MAHA PENCIPTA, selepas melihat musim kemarau panjang, kehilangan #MH370, Jerebu dan kematian tragis di konsert Liar Bukit Jalil. 

Adakah negara ini melakukan sesuatu yang tidak betul dan zalim pada rakyatnya?

 

Wednesday, January 8, 2014

Hard Rock Cafe Putrajaya untuk Melayu Islam ada nasyid & teh tarik?

Hard Rock Cafe dikenali dengan muzik keras dan tempat minuman keras berlaga gelas.Tetapi jika dibuka di Putrajaya, menteri berkaitan mahukan ia bercirikan Islam.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Hard Rock Cafe Putrajaya tidak patut menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid secara langsung.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya.

“Kita hanya benarkan hiburan yang bersih, kita tidak mahu insiden dan persembahan provokatif,” katanya dalam sidang media.

@Pantherian : Hard Rock Cafe Putrajaya jual coke, teh tarik dan ada  persembahan nasyid ?

Haha lawak apa dibuat oleh Menteri  Nan .?

Hard Rock Cafe ini untuk Melayu Islam ASWJ?

Mat salleh, Ah beng, Muthu tak boleh masuk?




https://mobile.twitter.com/FaktaBukanAuta/status/420580989375500288?screen_name=FaktaBukanAuta

Sunday, January 27, 2013

Metro Ahad kata kekasih Rozita Che Wan ialah Najib Razak bukan Zain ?




Pembaca Harian Metro AHAD pagi ini digemparkan dengan berita hiburan di ruangan Selebriti muka surat 21 apabila Rozita Che Wan mengumumkan percintaannya dengan seorang pemuda, Zain Saidin dan akan berkahwin tidak lama lagi. Namun yang lebih mengejutkan ialah ayat-ayat balas pemuda ini  bertulis :

" Kami sama-sama suka dan Rozita balas cinta saya " - Najib Razak 

Siapa Najib Razak ini? PM Malaysia ialah Najib Razak

Tapi  orang muda  di dalam gambar ialah Zain Saidin.

Adakah ini kesilapan typo atau disengajakan oleh Harian Metro ?

Adakah wartawan hiburan ini tidak takut mati ?

Adakah Pengarang Harian Metro ini tidak sayang kerjaya?

Adakah Harian Metro kini sudah terikut dengan twitter parodi Harian Metroll

Orang paling sihat di Putrajaya pasti geram dan marah akan gosip liar in.


@Pantherian : Sama-sama lah kita menunggu ulasan Harian Metro dan kenyataan Ralat akhbar keesokkannya. Pastinya ia kesilapan typo penerbitan kerana PM Najib bersih dari gosip-gosip liar dengan artis.

Thursday, November 22, 2012

DS Rosmah Mansor lupakan gelaran VVIP dengan menari lagu hindustan



DS Rosmah Mansor melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh isteri PM iaitu "Menari secara LIVE lagu hindustan" di hadapan hadirin di satu majlis. Beliau telah meninggalkan status VVIP nya dan sanggup mempersembahkan tarian hindustan di khalayak ramai.

Pujian harus diberikan kepada beliau di atas usaha keras menjalani latihan untuk tarian hindustan tersebut. Aku berharap DS Rosmah dan DS Najib memohon untuk memasuki rancangan "Sehati Berdansa" pabila ia diadakan kembali di ASTRO.




Thursday, February 2, 2012

Sembang Seni - Buddhi Hekayat & Awan Nano

 Buddhi Hekayat dan trofi AJL 26
oleh @IkhwanHafiz
"Dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya." 

Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan” – Buddhi Hekayat
Akademi Pak Sako semalam telah mengadakan sesi Tweet Up  @Sembang Seni  bersama Buddhi Hekayat @Hasmi Hashim di NZ Garden berhadapan menara pencakar langit, KLCC yang bermula pada jam 8.30pm sehingga 12.00am. Program Sembang Seni ini diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan Buddhi Hekayat yang baru menjuarai  Anugerah Juara Lagu (AJL  ke 26) menerusi lagu Awan Nano nyanyian Hafiz. Lirik lagu ini ditulis oleh Buddhi Hekayat manakala lagunya oleh Datuk M Nasir.


Ramai teman-teman rapat dari Telawi  dan Akademi Pak Sako hadir pada malam tersebut tanda sokongan pada  Buddhi dan mahu meraikan kejayaan bersamanya. Turut bersama pada malam tersebut beberapa anak siswa dan aktivis agama seperti Ustaz Wanji Bakistani dan penggiat seni Pyan Habib. Ternyata sosok budayawan seperti Buddhi Hekayat mampu menarik hadirin yang ramai pada malam tersebut kira-kira  25 orang. 

Buddhi ternyata terharu dengan sokongan pada teman-teman yang hadir pada malam tersebut dan mengungkapkan kata-kata ini pada teman yang hadir keesokannya di Twitter:

@HasmiHashim : BH:Terima Kaseh dgn twit-up semalam oleh @AkademiPakSako. Suka hati sbb ada ramai kawan yag baik hati.#AwanNano#AJL26

Seni

Sembang Seni semalam dilakukan secara santai di mana hadirin yang hadir boleh bertanya soalan secara terus kepada Buddhi. Pelbagai genre soalan bertubi-tubi disoal  oleh hadirin kepada Buddhi baik  dari seni mahupun politik. Buddhi memulakan bicara sembang seni petang tersebut dengan mengulas kemenangan Awan Nano yang diakui hanya menang tipis mengikut keputusan markah juri seramai 30 orang pada malam persembahan tersebut. Buddhi memuji persembahan Hafiz  yang baik dan bertenaga  walaupun mengalami masalah gangguan teknikal di mana smoke machine blow dalam ½ minit yang mengeluarkan bunyi bising di tepi pentas.

Apa yang dibanggakan oleh Buddhi mengenai kemenangan Awan Nano adalah kerana berjaya memecahkan gaya bahasa Indonesia di kebanyakan lagu-lagu di Malaysia dan mengambil contoh lagu Faizal Tahir yang kerap menggunakan perkataan Indonesia secara sinisnya. Konsep pakaian Hafiz pada malam tersebut turut dikupas Buddhi yang mengakui ia dipilih hasil perbincangan dengan Fashion Designer di Telawi yang mahu baju hafiz di dalam video klip Awan Nano digunakan di pentas final AJL untuk memberi kelainan pada malam tersebut. Ternyata idea ini berhasil dan dipuji orang ramai ditambah dengan  vokal mantap oleh Hafiz ketika persembahan.

Monopoli penghasilan lagu oleh sesetengah artis turut dikritik  oleh Buddhi yang mahu penyanyi memberi fokus kepada nyanyian sahaja dan bukannya mahu menjadi penulis lirik dan komposer lagu sekaligus. Monopoli ini dibimbangi akan  memudaratkan kualiti lagu yang dihasilkan dan idea itu tidak berkembang. Mengambil contoh M Nasir yang disebut Buddhi sebagai komposer dan bukannya penyanyi. Siti Nurhaliza itu  adalah penyanyi katanya.

Politik

Kemenangan Awan Nano pada malam tersebut amat dirai oleh ahli parti dan pimpinan parti terutama di ruang maya Twitter dan Facebook. Siapa itu Buddhi Hekayat yang berdiri di stage TV3 telah dilondeh oleh penyokong parti dengan nama sebenarnya iaitu Hasmi Hashim, memegang jawatan Ketua Cabang PKR Parit Sulong dijaja. Pelik juga ada ahli parti yang seperti terkejut beruk tidak mengetahui siapa Hasmi Hashim walhal dia calon untuk pemilihan Ketua AMK pada tahun 2007.

Buddhi amat menghargai ucapan tahniah daripada teman-teman Telawi dan ahli parti tetapi mengakui terdapat juga kalangan politisi yang lagak ucapannya bersifat opportunis  politik. Ternyata Buddhi kenal siapa teman baik hati di sekelilingnya atau teman dalam parti  yang lagak opportunis boleh mencantas sendiri teman untuk menaiki tampuk kuasa.

Soalan berkaitan temubualnya dengan M Star berkaitan penglibatan politik selepas Awan Nano turut ditanya oleh Zul Bumi Langit. Jawapan Buddhi jelas seperti diungkap dalam M Star yang kini mahu lebih fokus menghasilkan karya-karya bagus untuk semua orang dan beliau mahu membina nama semula menerusi bidang seni.

Petikan berita M Star:

"Banyak yang saya sudah cuba dalam usia muda. Saya menulis, saya ceburi bidang politik. Sama jugalah orang seni yang sudah tua, dan mereka beralih ke politik," jelasnya.
"Saya lebih senang orang kenal saya sebagai orang yang mahu beri kesenangan dan kebahagiaan kepada ramai orang dengan karya-karya saya.
"Dalam politik pun pandangan saya lebih kepada manusiawi, bukan matlamat untuk bermusuh atau merebut kuasa."
Dalam pada itu, beliau berkata selepas kemenangan Awan Nano, beliau mula melihat arah yang dicari-cari selama ini dan akan lebih aktif menulis lirik.
"Saya akan lebih aktif dalam bidang seni. Bukan sebab kecewa dalam politik, tapi saya rasa waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba," katanya lagi.
Arwah Loloq

Antara cerita yang menarik pada malam tersebut hingga larut malam oleh Buddhi adalah mengenai persahabatannya dengan Arwah Loloq yang diakui seorang yang hebat dan gurunya dalam penulisan lirik.
Gaya bersahaja Buddhi bercerita lagak ucapan dan tingkahlaku Loloq ini cukup menghiburkan sehingga hadirin yang mendengar ketawa. Itu pada aku antara kelebihan dimilikinya yang mampu membuatkan hadirin lain terpaku mendengar dia bercerita dan ketawa. 

Buddhi tetap merendah diri  menyatakan sosok gurunya, Loloq tiada galang ganti walaupun pendapat ramai mengatakan ketiadaan Loloq di arena seni tanahair akan diisi oleh Buddhi Hekayat yang muncul hanya 2 lagu di mainstream tetapi 1 lagu sudah menang AJL.

Semoga berjaya Buddhi Hekayat !


Monday, December 12, 2011

Di lema sebagai Engineer atau Jurutera mencari cinta?




@ Pantherian - Menarik menonton video pendek "Hi I'm An Engineer" yang menceritakan kepada kita seorang anak muda bernama Khai, seorang Civil Engineer yang menghadapi kesukaran untuk mendapat teman wanita kerana ditolak wanita oleh sebab kerjayanya sebagai Engineer.

Mengikut pengalaman saya sebagai Engineer, sememangnya ada persepsi oleh wanita dan orang ramai terhadap kerjaya Engineer yang terkenal dengan Busy, Workholic ,Working First, Overtime,Standby/Oncall dan headache. Wanita susah untuk menerima Engineer di atas sebab kesibukannya malah mungkin terpaksa kerja lebih masa atau kena datang Sabtu/Ahad.Engineer juga tidak smart atau bergaya seperti staff pejabat yang bertali leher kerana kebanyakannya bekerja banyak di  project site dan Production line.

Selain itu, gaji jurutera di sesetengah tempat terutama di Malaysia adalah rendah  dan ia tidak padan dengan beban kerja atau keputusan penting yang perlu dibuat. Kalau dibandingkan dengan gaji doktor atau Pegawai Bank ternyata tertinggal ke belakang.

Tahniah kepada pengarah dan penerbit filem pendek ini !





Sunday, November 6, 2011

Anugerah Skrin atau Anugerah Seksi 2011?

 Bukan anugerah skrin tapi anugerah seksi 2011 ... ? Boleh lihat photo di bawah kalau tidak percaya...


 Daring & seksi heroin Nora Elena ,Siti Saleha


Fesyen berkemban memang trend Fasha tiap tahun 


 Janda meletup ..VVIP mesti buru punya .


 Tiz marah kat blogger bongkar cintanya dengan Remy ..
kalau dah suka apa masalahnya ...

 artis baru yg tengah  HOT !..Kilafairy ,Neelofa dan Liyana Jasmay 



Rozita Che Wan menjadi MC pada malam tersebut bersama Ally Iskandar.
Dengan pakain yang boleh tahan  "KETAT" .

@Pantherian - Persoalan untuk dijawab :

                       1) Agaknya siapa yang dinobatkan sebagai Wanita Paling Seksi di Anugerah Skrin? 
                       2)  Kenapa agaknya DatukRais Yatim tidak hadir selaku Menteri Penerangan?
                            Apa kejadahnya Datuk Husni Hanazlah hadir dan memberi anugerah utama?
               
                      

Sunday, August 7, 2011

Gempar ! KJ bergambar dengan Remy Ishak ,bakal terjun dunia lakonan selepas PRU13

Kini Khairy Jamaluddin semakin mengorak langkah meneroka dunia hiburan dengan khabar terbaru, sesi bergambar bersama Aktor/Hero Malaya Remy Ishak .

Mereka digandingkan sesi bergambar untuk majalah sempena musim perayaan ini.  Wah ! KJ sudah masuk dunia peragaan!

Sebelum ini, KJ juga pernah bergambar di Majalah BAZAR dan berjalan Catwalk bersama isteri di satu fesyen show.

Adakah KJ secara serius mahu TERJUN dunia hiburan lakonan?

KJ juga hebat dan famous dengan filem pendek "Meter" terbitan 15Malaysia sebagai taxi driver.

Adakah KJ mahu berlakon dengan Maya Karin seperti filem romantik "CUN " antara Remy Ishak dan Maya karin?

Sama2 kita TUNGGU !...Hahaha

Sunday, September 5, 2010

Gempar ! Iklan Raya 2010 TV3 suku "sesat"

Oleh: Pria Malaya

Semua page atau group Facebook yang mempunyai kaitan dengan TV3 telah diserang bertubi2 oleh rakyat Malaysia termasuk peminat/ahli TV3 sendiri..

Dilaporkan juga, ramai peminat berdaftar TV3 di laman berkenaan telah diban serta merta dari memasuki page terbabit akibat tidak tahan dengan asakan supaya TV3 menarik balik iklan khurafat tersebut, serta menuntut permohonan maaf dari pihak TV3 kpd seluruh umat Islam....

Ikuti luahan rakyat Malaysia di page berkenaan:


1. MyTV3
2. TV3MALAYSIA
3. Tv3malaysia

dan banyak lagi...

Sementara itu, akibat tidak dapat menahan marah terhadap sikap TV3 yg membisu dlm isu ini, dua laman facebook dikesan telah diwujudkan pihak tertentu bagi membantah tindakan TV3 meluluskan iklan khurafat ini...


1. KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010
2. Protes Tv Tiga/Media atas iklan terlampau

Bagi mereka yang belum melihat (video) Iklan Aidilfitri berkenaan, boleh lihatnya di sini..serta Penarangan secara jelas promo iklan Aidilfitri TV3 yg diselitkan unsur agama/fahaman lain, boleh baca di sini...wallahua'lam..

TERBARU:

- Dilaporkan page/group facebook 'TV3MALAYSA' telah dinyahaktifkan (deactive)..ini adalah kerana asakan yang bertali arus oleh rakyat Malaysia di laman tersebut..ramai peminat yang telah diban/block...

- Dilaporkan juga, pihak TV3, melalui Ahmad Fedtri Yahya telah berjanji untuk menamatkan iklan khurafat itu serta merta setelah dikecam oleh seluruh umat Islam Malaysia...



- Esok (Isnin, 6 Sept), jam 12 tengah hari, Satu memorandom bantahan akan diserahkan oleh admin/creator facebook 'KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010' di Sri Pentas..hadirin dijemput untuk hadir...

- Selain itu, Parti Islam Se-malaysia (PAS) melalui Dewan Ketua Pemudanya turut akan menyampaikan memorandom pada tarikh berkenaan bagi menuntut permohonan maaf dari TV3..

- Walaupun iklan ini telah ditarik balik, kita tetap mahukan permohonan maaf dari TV3 kepada seluruh umat Islam Malaysia..dan lebih dari itu, penJELASan, siapakah dalang disebalik terhasilnya iklan khurafat ini..rakyat perlu tahu!...wallahua'lam
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Saturday, July 24, 2010

Melayu perlu GLOKAL- Bik Mama

Kebanggaan Melayu GLOKAL



Contoh kejayaan Melayu GLOKAL di persada antarabangsa !..Hollywood pun sudah mahu duet dengan Melayu..

Ini adalah kejayaan lain tidak bukan adalah kerana ini manusia seperti gambar di bawah:


Malaysia really proud of YOU " BIK MAMA"

Robert De Niro coming to Malaysia because of YOU !...

Baca LINK ini De Niro lawat Malaysia

Hebat SIAL...First Lady MaLAYSIA..

wAA CAYA SAMA LU BIK MAMA...


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews