Hard Rock Cafe dikenali dengan muzik keras dan tempat minuman keras berlaga gelas.Tetapi jika dibuka di Putrajaya, menteri berkaitan mahukan ia bercirikan Islam.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Hard Rock Cafe Putrajaya tidak patut menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid secara langsung.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya.
“Kita hanya benarkan hiburan yang bersih, kita tidak mahu insiden dan persembahan provokatif,” katanya dalam sidang media.
@Pantherian : Hard Rock Cafe Putrajaya jual coke, teh tarik dan ada persembahan nasyid ?
Haha lawak apa dibuat oleh Menteri Nan .?
Hard Rock Cafe ini untuk Melayu Islam ASWJ?
Mat salleh, Ah beng, Muthu tak boleh masuk?
https://mobile.twitter.com/FaktaBukanAuta/status/420580989375500288?screen_name=FaktaBukanAuta
1 comment:
Assalamualaikum...Jika mereka ikhlas dan kita bersangka baik mungkin boleh dilaksanakan, bukan sekadar kumpulan nasyid.
Nak berkongsi link Melayu Band...Lagu berkonsep Rock berunsur keagamaan...Selamat Menghayati!!!
http://www.youtube.com/watch?v=mtAaUzTeM50
Post a Comment