INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, September 24, 2013

MB Khalid Ibrahim tempelak Pemuda PAS Selangor: Nak masjid atau bola sepak ?




Jika semalam Pemuda PAS Selangor mengkritik kekurangan penajaan sukan bola sepak negeri oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), hari ini menteri besar sendiri mahu pertubuhan itu membuat pilihan di antara "masjid atau bola".

"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid. - MB TS  Khalid Ibrahim

"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?"Jadi kita kena buat pilihan," katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.

Semalam Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan mengkritik kekurangan penajaan MBI sehingga menyebabkan pemain seperti Amri Yahyah, Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar cuba dipikat Kelab Johor Darul Takzim dengan tawaran gaji yang lumayan.

Mohd Sany berkata kegagalan penaja menyalurkan penajaan akan menyebabkan pemain senior dan berbakat negeri itu berhijrah dan dibimbangi akan menyebabkan pasukan "gergasi bola sepak negara suatu ketika dahulu menjadi lesu dan tidak bermaya".




@Pantherian : Ada beberapa isi tersirat dan tersurat daripada kenyataan MB Khalid #lameduck yang dapat disimpulkan di bawah :

 a)  MB Selangor  menempelak soalan Pemuda PAS dengan memberi perbandingan antara masjid dan bola sepak. Makna jawapan tersirat ini PAS itu masjid dan masjid itu PAS. Pemuda PAS tak perlu ambil tahu bab bola sepak hanya fikir nak bina masjid baru atau mengimarahkan masjid.


b)  Perbandingan masjid dan bola sepak adalah satu perbandingan yang premis yang berbeza. Mana mungkin sukan dibandingkan dengan agama?  Isu nak bina masjid itu tentunya ada peruntukan yang dikhaskan oleh kerajaan manakala sukan bola sepak tentunya ditaja oleh syarikat swasta atau dana kerajaan negeri. Untuk Selangor, penaja utama ialah anak syarikat kerajaan Selangor, MBI.

c) Khalid #Lameduck gagal mentadbir urus dengan baik pengurusan bola sepak negeri Selangor melalui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Khalid juga adalah Presiden FAS. Tiada dana besar diperuntukan dan tumpuan kepada pengurusan bola sepak Selangor telah menyebabkan kemerosotan pasuka Selangor dalam kempen Liga Super dan Piala Msia.











5 comments:

ROHAYA M NOOR said...

Main bola dedsh aurat dan penonton lelaki dan perempuan bercampur beramai ramai.
Ini bukan ajaran Islam dan ia menjadi alat melalaikan manusia.PAS ni cari populariti macam UMNO

ROHAYA M NOOR said...

Main bola dedsh aurat dan penonton lelaki dan perempuan bercampur beramai ramai.
Ini bukan ajaran Islam dan ia menjadi alat melalaikan manusia.PAS ni cari populariti macam UMNO

ROHAYA M NOOR said...

Islam di hina di mana mana sepatut lebih banyak peruntukkan untuk menaikkan taraf ilmu dan ekonomi Islam.Apa beza pemain bola dan penyanyi, sama2 dedah aurat

Haris Abdillah said...

The question is priority. State budget is limited. Do we want to prioritise religion or football? Should we pay more to footballers than we do to religious students? JDT is privately funded and therefore the consideration is different.

Pantherian said...

Soal bajet utk FAS sebenarnya tk perlu dipikul oleh state gov, FAS itu sendiri perlu mencari tambahan penaja utama seprti dahulu Selangor ditaja swasta seperti Gapurna, Puncak Niaga, MK Land. State Gov boleh membantu sedikit peruntukan terutama utk pembangunan bola sepak remaja.Presiden FAS aka TSKI itu sendiri gagal dlm urustadbir bola sepak selangor.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews