INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, August 26, 2008

Anwar ke Parlimen, Menang besar di Permatang Pauh

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 15,671 undi.

Setelah semua pusat pengundian ditutup pada jam 5.00 petang tadi, Anwar selaku pilihan menerima undian terbanyak.

Keputusan rasmi:
PKR:
31,195 undi
BN: 15,524 undi
AKIM: 92 undi
Peratus keluar mengundi: 65.25%
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi.
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti:13,398
Anwar menewaskan dua calon lain dari Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Akim Hanafi Mamat.

Calon PKR Anwar Ibrahim mendapat 31,195 undi, Arif Shah mewakili BN mendapat 15,524 undi manakala calon Akim Hanafi Mamat hanya mendapat 92 undi sekaligus hilang wang pertaruhan sebanyak RM15 ribu.

Anwar akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen di dewan rakyat tidak lama lagi.

Keadaan amat sesak dengan ribuan penyokong PKR berkumpul di pusat penjumlahan undi untuk menunggu proses pengiraan undi sejak petang tadi.

Bagaimanapun keadaan dilapor terkawal dengan pihak keselamatan mengawal ketat sekitar pusat penjumlahan undi tersebut.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan oleh presiden PKR Wan Azizah yang memenanginya pada 8 Mac lalu untuk memberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim untuk kembali ke persada politik tanah air.

Sebelum ini Wan Azizah mewakili PKR menang kerusi parlimen tersebut dengan undi majoriti 13,888 menewaskan calon BN Pirdaus Ismail.

Keputusan rasmi:

PKR: 31,195 undi
BN: 15,524 undi
AKIM: 92 undi
Peratus keluar mengundi: 65.25%
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi.
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti:13,398

PKR menang dengan majoriti: 15,671

Ternyata terang lagi bersuluh , penduduk Permatang Pauh adalah contoh rakyat Malaysia yang matang dalam berpolitik.Walaupun suasana politik PRU kecil ini lebih bersifat pembunuhan karekter calon dengan pelbagai fitnah dan tonmahan yang dilemparkan namun penentuan juga adalah ditangan pengundi.

Media saban hari samada cetak atau elektronik mengasak penduduk dengan pelbagai versi sumpah saranah tapi akhirnya rakyat Permatang Pauh telah meletakkan mereka sebagai watak penting penentu masa depan negara. Tahniah rakyat Permatang Pauh , saya yang berada di perantauan ini bangga sebagai rakyat Matang Powh...adios..


5 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

Detik penghapusan ketuanan Melayu digantikan dengan ketuanan rakyat telah bermula setelah DSAI telah diishtiharkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh malam tadi ..

Bermulalah zaman kegelapan bangsa Melayu di tanah air tercinta ini ...

Hak-hak keistimewaan orang melayu akan terhakis dan agama islam kita disamaratakan ..

Pantherian said...

ketuanan rakyat meliputi Melayu ,Cina ,India dan bumiputra sabah sarawak.Rakyat menjadi tuan ,bukan pemimpin yang menjadi tuan.

Hak2 keistimewaan org melayu di pertahankan dan agama Islam kekal sebagai agama rasmi.

Anonymous said...

Ikhwan 'Pantherians', itu mungkin dulu2...
sekarang DSAI tidak bergitu...
jika anda mengikuti ucapan dan pandangan DSAI skang, beliau nak buat semua saksama...!
sama rasa, sama warna, sama semua...!
mana ada "hak istimewa org melayu" dlm otak insan bernama DSAI skang...
dlm otak dia "KUASA"...
klu dia sebut "hak istimewa org melayu" kang sivarasa n karpal sing blah cabut pula...
anwar2...
tahniah anwar...
hancurkanlah bangsa anda...

Pantherian said...

Rasanya kita boleh menelaah pidato ceramah semasa di You Tube,ada di satu ketika beliau menjelaskan di hadapan kaum cina bahawa saya... org melayu ,islam akan mempertahankan hak keistimewaan org melayu dan menjaga org melayu tapi pada masa yang sama tidak akan meminggirkan kaum2 lain di Malaysia,Cina India dan bumiputra sabah sarawak.

Bn sebelum ni mengamalkan dasar pecah dan perintah ..yg sebelum ni dilakukan oleh British. Masalah melayu diselesai org melayu,cina oleh org cina dan india oleh org india.Perpaduan rakyat malaysia tak akan kukuh jika kita saling mempraktikan corak pemerintahan mcm ni. ..

No point la aku rasa tema kemerdekaan tahun ni kalu kita asyik bermain perkauman.

apapun maksud aku masa jelas rakyat perlu jadi tuan dlm negara bukan pemimpin yang anggap mereka paling berkuasa dan tuan besar.

Generasi Pejuang Bangsa said...

Anwar jika pegang kuasa ,dia tidak akan peduli rakyat lagi terutama melayu . dia lebih suka jaga org cina dan india supaya terus sokong dia. Ketuanan Malaysia yang diperjuang anwar dan DAP adalah sama spt Malaysian malaysia yang DAP perjuangkan selama ini .

ucapan anwar itu adalah di depan melayu tetapi jika di depan cina n india dia cakap lain .maka akan hilangla hak keistimewan orgn melayu spt

1-uitm dibuka kpd bukan melayu
2-tiada lagi diskaun pemilikan rumah untuk bumiputra
3-duit peruntukan utk masjid sudah diagihkan jg utk kuil dan gereja spt diamalkan di PP
4-DAP selangor skrg ni menuntut 30% peruntukan JAIS utk gereja dan tokong
5-teresa kok mengetuai petisyen penduduk meminta diperlahankan azan di masjid di selangor .
6-PP sudah tiada exco agama islam lagi dan digantikan dgn exco agama (jaga semua agama )-TKM 1 PP


jelas agama islam kita skrg ini hendak disamakan dgn agama lain dan ia salah mengikut perlembagaan msia yg agama islam adalah agama persekutuan . kenapa anwar anak pak brahim tak pertahan semua ni ??? mana boleh bagi peruntukan utk bina gereja dan tokong !!!


anwar tipu org melayu..di belakangnya terdapat kafir yang mahu nafikan hak org islam dan hak orgn melayu .

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews