INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, August 28, 2008

Tambang bas Raya Naik

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan
surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas henti-henti bagi musim perayaan
Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata kadar surcaj, yang berkuatkuasa selama sebulan mulai 15 Sept ini, langkah sementara sebelum kementeriannya membuat keputusan kenaikan kadar tambang.

"Pelaksanaan surcaj ini adalah bagi membantu pengusaha bas ekspres mengurangkan kos operasi selepas mengambil kira pelbagai pandangan dan maklum balas serta keluhan daripada mereka," katanya, lapor Bernama, pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.Noh berkata pelaksanaan kadar surcaj harga tiket bukan perkara baru kerana ia pernah dilakukan sebelum ini iaitu pada kadar RM3 yang dikuatkuasakan hanya kepada pengusaha bas ekspres.

Nampaknya tindakan kerajaan yang mengikut telunjuk pengusaha bas dengan menaikkan kadar tambang tiket bas 30% untuk musim perayaan adalah sesuatu yang menyedihkan.Satu lagi beban yang perlu dilalui oleh rakyat selepas kenaikan harga minyak ,harga barang dan keperluan lain yang begitu membebankan rakyat sejak akhir-akhir ini .Kadar inflasi Malaysia sekarang berada pada paras 8.5 % dan merupakan yang tertinggi di dalam sejarah negara.

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang kebanyakannya menggunakan perkhidmatan awam akan terjejas teruk disaat musim perayaan ini termasuk juga golongan mahasiswa yang akan pulang ke kampung .

Saya agak hairan mengapa kerajaan menaikkan tambang tiket semasa musim perayaan ini sedangkan dalam belanjawan 2009 semalam Perdana Menteri telah mengumumkan yang telah mengemukakan beberapa insentif baru untuk pengusaha pengangkutan awam.

Antaranya , seperti meningkatkan kuota subsidi diesel bagi pengangkutan awam, menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam tiga bilion ringgit di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membiayai perolehan aset bas dan rel,mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan, iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam, untuk tempoh dua tahun, bermula 15 September 2008.

Sebaiknya tak perlu diberi insentif @subsidi kepada pengusaha bas ini jika keputusan akhirnya kerajaan menaikkan harga tiket bas . Mungkin rakyat Malaysia terpaksa mencari alternatif lain pulang ke kampung contohnya menggunakan perkhidmatan keretapi antarabandar KTMB yang mana harga memang sudah diketahui tidak dinaikkan.









No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews