INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, August 19, 2008

Hot Seat !! Permatang Pauh (P44)

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Sewaktu kembali ke kampung halaman iaitu kawasan panas , Permatang Pauh yang sememangnya saya tiba betul-betul pada hari penamaan calon PRU Kecil P44 Permatang Pauh di IPG Tunku Bainun ,Mengkuang. Nampaknya panas kembali kawasan ini dengan bendera dan banner parti bertanding yang mana sudah mula dinaikkan.Tapi saya tidak sempat melihat suasana penamaan calon kerana bas UTeM tiba agak lewat di Butterworth kira-kira jam 9.00 am.Dengan badan yang agak letih akibat perjalanan yang jauh saya lepak saja dirumah kerana motor pun sudah tiada untuk ke sana.Kalau menggunakan kereta alamat sesak la..nak parking pun rasa susah nak cari.Takpala lepak di rumah dan tido la...huhuhu.

Keesokkannya di kampung diadakan kenduri arwah tok wan yang meninggal pada tahun lepas disebabkan sakit tua. Turut diadakan bacaan doa dan tahlil yang diketuai oleh imam dari Masjid Kg Pelet. Semasa di majlis kenduri tu saya sempat bertukar pandangan dengan beberapa masyarakat kampung mengenai PRU kecil ini .Kebanyakan mereka bersetuju PRU ini cukup besar kesannya pada negara dan rakyat kerana perubahan yang dibawa akan memberi faedah besar kepada rakyat amnya dari sudut ekonomi ,pembangunan dan suasan politik negara.

Dalam bicara tersebut ,seorang sedara yang juga seorang anggota polis memberitahu , jumlah yang hadir di hari penamaan calon cukup besar dan diluar jangkaan. Anggaran polis cuma sekitar 30ribu untuk kedua-dua parti. Tetapi ianya meleset ,sekitar 50ribu adalah penyokong Pakatan Rakyat dan 8 ribu lagi ialah penyokong BN.Beliau juga berkata penyokong Pakatan dari Selangor ,NS ,Melaka dan Johor sudah berkumpul di Highway BKE seawal 5 pagi yang mana sekitar 8ribu. Kebanyakan yang penyokong yang hadir adalah dari masyarakat tempatan dan penduduk utara tanah air.

Seluruh negara sekarang bertumpu di Permatang Pauh..??itulah kata-kata terlintas dihati saya.

Selamat Berkempen..kepada BN dan Pakatan Rakyat. Mari kita sama-sama menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia.


2 comments:

MartinDinil said...

Undilah dengan bijak...

Generasi Pejuang Bangsa said...

Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat (Penipu Rakyat )

undi bukan hanya perlu bijak tetapi untuk masa depan bangsa melayu ,agama islam dan negara .

laungan demokrasi sentiasa dilaungkan oleh PR tetapi kenapa mereka menggangu dan buat kacau kempen parti lawan setiap hari . ini tidak adil dan salah dalam prinsip demokrasi .

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews