INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, July 18, 2010

Zainur Zakaria - Penang diperintah Melayu sejak merdeka






INI NAMANYA TENGKU PUTERA CHONG EU..MELAYU GERAKAN


INI KM NAMANYA AHMAD TSU KOON ,MELAYU TANJONG


INI MEMANG CINA BETOL....

ORANG MELAYU PERLU LEBIH LANTANG SUARAKAN HAK – ZAINUR - melayau

Orang Melayu perlu lantang menyuarakan hak istimewa mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan kerana pelbagai usaha sedang dilakukan untuk menghilangkan hak tersebut.

Zainur Zakaria berkata, oleh itu orang Melayu harus bertindak segera bagi mengelakkan wujud ruang yang lebih luas kepada kaum lain untuk mempertikaikan perkara tersebut.

''Saya khuatir 50 tahun akan datang, kalau kita diperintah oleh kaum bukan Melayu, segala hak yang kita ada sekarang akan hilang.

Contohnya sudah nampak di Pulau Pinang sekarang yang diperintah oleh kaum bukan Melayu," katanya.

*************************************************************************************

HAHAHA KENYATAAN ITU BUKAN DARIPADA LAWYER TAPI LOYAR....

LOYAR INI NAMA MAN BELON...

ADAKAH SEBELUM INI YANG KUASAI PP DAN PERINTAH PP IALAH MELAYU?

LIM CHONG EU ITU ....NAMA SEBeNAR Tengku Putera CHONG EU ?

KOH TSU KOON ITU ....NAMA SEBENAR AHMAD TSU KOON KA?

BODOH GILA MAN BELON INI...

BUTA AGAKNYA ...TAK BOLEH KENAL KULIT MELAYU DAN CINA...

SEBAB TUA SANGAT...RAMBUT PUN MAKIN PUTIH...

INI SEMUA NAK MEMBODOHKAN MELAYU... kah kah kah

3 comments:

Anonymous said...

Melayu Mundur Angkara Umno dan Perkasa

Bangsa Cina gemilang dimana-mana kerana mereka tidak perlu ditakutkan dengan momokan hak mereka dirampas. Bangsa Arab berada merata dunia kerana mereka percaya akan usaha sendiri. Bangsa India berada di mana saja kerana mereka kuat dan yakin untuk mencari sesuap nasi.

Orang Melayu Malaysia, terus lemah dan lemah. Inginkan pangkat hingga terpaksa membodek dan memijak rakan sendiri. Orang Melayu di Malaysia sepatutnya sudah maju kedepan namun malangnya terus dipaksa memegang harapan pada tongkat yang sebenarnya palsu semata. KETUANAN MELAYU, HAK BUMIPUTERA, ORANG MELAYU TERTINDAS dan sebagainya.

Cuba kita renung kembali siapa yang mula-mula merampas kuasa hak raja-raja Melayu? Siapa yang menarik kembali bantuan biasiswa kepada anak-anak Melayu? Siapa yang terus-meneruskan melambatkan usaha mencerdikkan orang Melayu di kampung? Siapa yang melambatkan segala macam perkhidmatan untuk perkampungan Melayu yang dinikmati oleh orang bandar?

Umno dan Perkasa sebenarnya menjahanamkan Melayu secara terus-menerus. Mereka hanya menggerakkan Melayu untuk bertindak ganas dengan provokasi perkauman yang melampau. Tapi pernahkah mereka menggerakkan orang Melayu masuk ke kelas-kelas ilmiah? Tanya pada Ibrahim si Firaun yang berwajahkan katak, apa sumbangan dia untuk mencerdikkan orang Melayu agar berdaya saing dalam ekonomi negara. Sumbangan dia hanya menakutkan orang Melayu terus-meneruskan dengan momokan orang Melayu akan hilang kuasa.

Apabila orang Melayu takut dan mula bergantung harap pada Umno dan Perkasa, mudah bagi mereka untuk terus membodohkan orang Melayu supaya setiap kali pilihanraya berlangsung maka secara automatik undi Melayu diberikan kepada mereka. Laungan Ketuanan Melayu menjamin kemenangan mutlak kepada Umno. Apabila kemenangan berpihak kepada mereka segala macam jenayah yang mereka lakukan akan dapat ditutup. KAMPUNG BEREMBANG, KAMPUNG MEMALI, TANAH ORANG ASLI, KAMPUNG BARU YANG AKAN DILACURKAN, dan segala macam jenayah keatas orang Melayu akan didiamkan dan dihalalkan oleh mereka. Itu belum dikira jenayah menyelamatkan syarikat perkapalan anak kandung sendiri dengan menggunakan dana PETRONAS. Siapa mereka itu? Sila tanya kepada Tun Mahathir Mohamad.

Kerana projek membodohkan Melayu ini berjalan lancar sehingga ada terperangkap dengan momokan bodoh mereka ini. Membodohkan dan membangangkan orang Melayu penting buat Umno dan Perkasa kerana jika Melayu sedar maka siap sedialah Umno akan ditalkinkan. Tambahan dalam keadaan sekarang, di mana orang Cina dan India secara mutlak menolak BN maka usaha terus membangangkan orang Melayu dipertingkatkan. Jika Pakatan Rakyat berjaya mencerdikkan orang Melayu maka selamat tinggal Umno dan Perkasa.

Kenyataan Mahathir dengan mengatakan orang Melayu akan jadi minoriti hanyalah satu lagi kenyataan memperbodohkan Melayu. Macam dia tak pernah melacurkan orang Melayu. Macam dia tidak pernah merogol kuasa raja-raja Melayu. Sekarang mahu jadi wira Melayu. Percaya atau tidak ada yang percaya kerana mereka telah dibodohkan dengan berjaya sekali. Mereka cukup percaya perkara itu akan terjadi kerana kebangkitan Pakatan Rakyat walhal yang menjahanamkan orang Melayu adalah Mahathir.

Melayu akan terus mundur jika percaya kepada propaganda jahat Umno, Mahathir, dan Perkasa. Melayu akan tetap terus menjadi satu bangsa yang kebelakang kerana kalian semua terus-menerus percaya kepada penipuan agung daripada Umno dan Perkasa dan terutama sekali Mahathir. Melayu terpinggir kerana Umno bukannya DAP. Melayu jadi minoriti kerana Umno bukannya DAP.

Anonymous said...

Hidup Melayu!

Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

Rakyat Melayu dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.

Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia - ekonomi negara meleset, harga barang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi.

Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; tetapi pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin UMNO telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Polemik kaum

Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.

Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!"

Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.

Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

Buktinya jelas; UMNO sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

Hidup mewah

Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik BN, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi UMNO yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

Di bawah pimpinan UMNO, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

Anonymous said...

Bodob org yg buat artikel ni

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews