INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, July 25, 2010

FDI Malaysia hanya lebih baik dari Kemboja & Burma

Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion* yang diterima pada tahun 2008.

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.

Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.

Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.

Paling buruk

Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.

B

ercakap di ibupejabat PBB di Kuala Lumpur hari ini, pensyarah ekonomi Universiti Malaya Raja Rasiah berkata prestasi buruk Malaysia menimbulkan kebimbangan sama ada hasrat negara menjadi negara penduduk berpendapatan tinggi boleh dicapai.

"Malaysia bertuah kerana terletak di rantau kejiranan yang baik di kalangan negara-negara yang membangun. Tiga negara terbesar yang menerima FDI terbanyak terletak di Asia tetapi Malaysia gagal menduduki senarai 10 negara teratas,” katanya.

Adalah pelik bagi keadaan seumpama itu sedangkan Malaysia mempunyai dasar FDI yang khusus berbanding Taiwan yang tidak mempunyai polisi yang jelas mampu menduduki tangga kesepuluh.?

Se
baliknya, Malaysia menyaksikan pencatatan pengeluaran FDI dan berada di senarai kelima di kalangan negara-negara di selatan, timur dan tenggara Asia.

"Bercakap kepada pengurus dana, saya mendapat tanggapan bahawa kita mempunyai sumber untuk melabur di dalam negara tetapi kekurangan pilihan yang bernas bagi berbuat demikian. Malah, pelabur tempatan mendapati pelaburan di Malaysia tidak menarik.

Halangan utama katanya, adalah kekurangan sumber tenaga manusia berkebolehan yang menyebabkan tahap pengeluaran di takuk yang rendah.


Malaysia yang dikemudi Perdana Menteri Najib Abdul Razak tidak ubah seperti hidup segan mati tak mahu. Pelaburan asing negara corot berbanding Filipina, Thailand, Indonesia dan Singapura, bahkan juga negara komunis Vietnam.

Berdasarkan kepada laporan pelaburan dunia 2010 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diterbitkan baru-baru ini, Malaysia sekadar mampu bersaing dengan negara-negara dunia ketiga dan keempat seperti Kemboja, Myanmar, Laos dan Timor-Leste.

Perdana Menteri Najib Razak cuba mengenakan rawatan kosmetik kepada ekonomi negara bagi menarik pelaburan asing dengan harapan ia mampu memacu pertumbuhan keluaran dalam negara kasar ke paras enam peratus dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Namun kajian PBB mendapati pelaburan asing ke Malaysia menjunam dari USD2.56 bilion pada tahun 2004 dan USD1.09 bilion pada 2005, kepada negatif USD0.02 bilion tahun seterusnya, negatif USD2.7 bilion pada 2007 dan negatif USD7.67 bilion pada 2008.

"Disamping FDI, berlakunya aliran keluar dana besar-besaran sebanyak RM24 bilion pada 2009 kerana pelabur-pelabur tempatan mahu membuat pelaburan diluar. Kerana apa? Kerana mereka mendakwa peluang dalam negara kurang," kata Ahli Parlimen Dr Dzulkefly Ahmad.

"Mereka ini bukan kroni, justeru mereka tak boleh bersaing. Kementerian kewangan memberi hanya syarikat tertentu. Yang dapat geng-geng tertentu, pi mai pimai muka-muka yang sama. Jadi pelabur terjepit dalam ketidaksamarataan ini," tegas beliau.

Dr Dzulkefly berhujah Perdana Menteri Najib Razak harus akui bahawa negara-negara berprestasi tinggi menawarkan perkhidmatan yang mantap, dan lanskap ekonomi yang mesra perniagaan dan berdaya-saing.

******************************************************************************************

Malaysia hanya lebih hebat dan perkasa daripada Kemboja, Myanmar, Laos dan Timor-Leste.............

Kita ditinggal ke belakang oleh Vietnam,Indon ,negara demo Thai dan Singapura...

Teori kononya Malaysia Gah dengan infrastrukutur dan kestabilan politik...tinggal kenangan...

Thai yang havoc dengan rusuhan hebat dengan Detroit Asia di Rayong.

Indon yang kita dok kata PATI kini gah mendapat pelaburan dari Nissan yang membuat 2 plant baru di sana.....

Vietnam sudah rancak industri automotifnya juga....

RMK 7 dan teori negara Berpendapatan TINGGI hanya retorik dan pembohongan 1 Malaysia....

Sudah tiada pelaburan baru FDI, Najib kerah rakyat dengan SELARAS SUBSIDI...

Najib sudah hilang idea untuk tarik pelaburan BaRU...




No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews