INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, July 13, 2010

NAZA akan pasang Peugeot Segmen C di Gurun




NASARUDDIN (kanan) berbual dengan Imparato selepas merasmikan Pusat Pameran Kenderaan Peugeot yang pertama di Ipoh semalam.


IPOH - Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) yang merupakan pengedar rasmi model kereta Peugeot bakal mengeluarkan kenderaan terbaru jenama tersebut bagi Sedan segmen C.

Ketua Pegawai Eksekutif Nasim, SM Nasaruddin SM Nasimuddin berkata, segmen tersebut dijangka berada di pasaran tempatan pada akhir tahun 2011.

"Sedan segmen C yang akan dikeluarkan dalam dua model enjin iaitu 2 liter dan 1.6 liter itu akan dipasang di kilang milik kami di Gurun, Kedah.

"Ia bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi 40 peratus daripada pengeluarannya disasarkan untuk dieksport ke Asia dan Afrika," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Peugeot bagi pengeluaran model tersebut di sini semalam.

Peugeot diwakili Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Antarabangsa Peugeot Automobil, Jean-Philippe Imparato di sini semalam.

SM Nasaruddin berkata, keputusan untuk mengeluarkan segmen baru kereta Peugeot itu membuktikan pengeluar kenderaan dari Perancis itu berkeyakinan terhadap kemampuan Malaysia sebagai hab pembuatan kenderaan untuk pasaran serantau.

Sementara itu, beliau menjelaskan bagi enam bulan pertama tahun ini, Nasim telah berjaya menjual sebanyak 1,200 kereta jenama Peugeot pelbagai model di pasaran tempatan.

Menurut beliau, model 3008 kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot yang baru dilancarkan bulan lalu juga semakin mendapat sambutan hangat dengan lebih 400 tempahan telah diterima setakat ini.

Dalam pada itu, SM Nasaruddin turut melancarkan Pusat Pameran Kenderaan Peugeot cawangan Perak yang dikenali sebagai 'Kotak Biru' di Jalan Tun Abdul Razak di sini.

Menurutnya, pusat pameran yang dibina dengan kos kira-kira RM1.5 juta itu menyediakan perkhidmatan jualan, selepas jualan dan alat ganti kenderaan Peugeot di bawah satu bumbung dengan menawarkan keselesaan ruang serta mesra pelanggan

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews