INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, January 21, 2009

Catatan Akademi Merdeka 09-2

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Sabtu /17/01/09

Hari pertama program dimulakan dengan sesi ceramah oleh Pak Khalid Jaafar dari Institut Kajian Dasar (IKD) berkenaan tajuk Kapitalisme:What and Why? Kupasan beliau banyak menerangkan apa itu kapitalisme dan kebaikannya kepada masyarakat dan pembangunan negara.Kapitalisme merupakan salah satu cabang dalam fahaman liberalism.

Kemudian slot ceramah kedua diteruskan oleh Barun Mitra dari Institut Liberty,India yang bertajuk "Answering critics: Free trade is good".Free market @ Laissez Faire merupakan salah satu ide liberal klasik yang ditonjolkan oleh Malaysia Think Tank.Usai sesi ceramah oleh Barun,kami dibahagikan mengikut kumpulan untuk berbincang dan berdebat sesama sendiri untuk mereka soalan berkenaan tajuk yang dibincang.Saya agak terkesan dengan kondisi perbincangan di mana semua ahli memberi buah fikiran dan dibantu dengan hujah-hujah yang jelas.Apabila melihat suasana perbincangan ilmiah ini, di dalam hati agak kesal apabila mengenangkan tiada ruang diskusi sebegini di kampus oleh disebabkan budaya ilmu tidak diminati oleh pelajar dan tidak digalakkan oleh pihak pentadbir.

Slot ceramah diteruskan apabila kami selesai menikmati hidangan tengahari.Tajuk ini agak berat berkenaan "The Impact of globalisation and trade liberalisation: a country by country analysis" yang mana 3 ahli panel akan mengupas isu ini iaitu Barun Mitra,Khalid Jaafar dan Xingyuan Feng.Kemudian slot seterusnya dipimpin Prof. Julian Morris dari UK mengenai "The Financial crisis : a critical analysis".Waktu ini ,saya tidak boleh memberi tumpuan apa yang disampaikan mungkin kerana persembahan beliau yang hanya duduk di kerusi atau saya yang agak mengantuk.Tumpuan yang hilang ini turut bersambung ke slot ceramah terakhir oleh Xingyuan mengenai "Development in China" tetapi sempat juga membuat beberapa catitan.

Pada sebelah malam, satu sesi rumusan dilakukan oleh Wan Saiful,Pengarah Malaysia Think Tank mengenai tajuk yang dibincangkan harini.Saya sempat memberi satu point mengenai apa yang yang dimaksudkan kapitalisme iaitu individual monopoly.Sesi ini cukup menarik bagi saya , dengan melihat banyak peserta memberi idea dan pandangan mengenai tajuk dibincangkan.Saya kira rumusan penting yang ditekankan ialah mengenai "free market" dan "competition ".


Usai sesi rumusan, ruang legar di luar dewan perbincangan menjadi "pot" diskusi@wacana malam.Topik panas sudah semestinya keputusan PRU kecil Kuala Terengganu di mana berpihak kepada PAS. Pak Khalid sebagai antara orang politik mengepalai perbincangan ini dengan bermacam-macam isu dibangkitkan.Saya sempat menyoal beliau mengenai peluang PR di Melaka yang menjadi homeground Pak Khalid dan balasnya mengesankan dengan penuh kenyakinan bahawa Melaka akan kita gapai selepas ini.Malam itu agak menarik ditambah dengan pemberian percuma buku-buka karangan tokoh terkenal oleh Institute Economic Affair(IEA)."

"Sedekah Jariah liberal/kapitalisme" - kata-kata Pak Khalid.

Nampaknya saya perlu menelaah lah buku-buku ini semasa cuti mid sem.









No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews