INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, May 14, 2012

Demonstrasi Hapuskan TOL di Batu Tiga dan Sg Rasau yang membebankan

Hapuskan Tol Batu Tiga !. Jalan dulu 4 lorong perbesarkan jadi 6 lorong dan kenakan tol hampir 20 tahun. Ini hanya membebankan orang Shah Alam ke KL.

Demonstrasi ini bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu.Selain membawa kain rentang bertulis 'Hapuskan tol baru betul' dan 'Hapuskan tol demi rakyat', mereka melaungkan "Hidup Rakyat", "Undi Pakatan Rakyat tak bayar tol, undi BN bayar tol", dan "Hapuskan tol".

Kumpulan itu turun mengedarkan pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan tol demi rakyat' kepada orang ramai yang melalui tol tersebut sebanyak 1000 keping.Hadir sama di perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut menyifkatkan tol bagi Lebuhraya Persekutuan itu sebagai "paling mengarut dalam negara."

Katanya, jalan yang menghubungkan Klang dengan Shah alam itu telahpun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong.Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya.

"Selepas 20 tahun digunakan dan meraih puluhan ribu ringgi setiap hari, tidakkah patut mereka mansuhkan tol ini sekarang? - YB Khalid Samad 


@Ikhwanhafiz : Tamatnya  Sekolah Politik di Hotel Quality, saya dan  pimpinan AIC seperti Mazli dan Azuan bergegas ke TOL Batu Tiga untuk menjalani praktikal berdemo yang sebenar. Tak disangka juga turut ditemubual oleh wartawan Mob TV untuk mewakili respon rakyat terhadap demo hapuskan tol. Boleh lihat link video dibawah.

Video - AMK Selangor Demo Tuntut Mansuh Tol @ http://www.mobtv.my/current_affairs-1373.htm


Ketua AMK dan YB Yaakub Sapari

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews