INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, February 18, 2010

Raja Nong Chik- Lanun Kg Baru !

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



KUALA LUMPUR : Penduduk Kampung Baru dalam keadaan merbahaya! Benarkah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kini berura-ura mengguna perundangan untuk 'menghalau' penduduk secara terhormat?

Melihat kemelut ini, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) mencadangkan agar semua deraf atau cadangan pembangunan yang dirancang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini dibentang di Parlimen untuk dibahaskan segera.

"Semua deraf atau cadangan pembangunan DBKL hendaklah dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu selepas menerima maklumbalas dan cadangan rakyat kerana DBKL adalah organisasi yang bertanggungjawab membangunkan ibu negara dan bukannya membangunkan 'pekan koboi' yang kecil," kata Ketua DPPWP Kamaruzaman Mohamad dalam suatu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Beliau turut merakam rasa kesal ke atas 'ugutan' Raja Nong Chik yang mahu menguna Akta Pengambilan Tanah 1960 dalam usaha 'memaksa' penduduk Kampung Baru dan beberapa kampung lain di sekitar Kuala Lumpur untuk menyerahkan tanah mereka.

"Satu negara tahu bahawa tanah Kampung Baru adalah Tanah Rizab Melayu dan kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memaksa penduduk menjual tanah mereka apalagi mengambilnya secara paksa mengunakan peruntukan undang-undang.

Terdahulu, sebelum ini, Raja Nong Chik berkata dalam rancangan Bual Bicara di TV3 bahawa kerajaan kini mungkin sedang mengkaji suatu undang-undang yang mengikut majoriti, iaitu jika 80 peratus penduduk di sesuatu kawasan bersetuju dengan projek pembangunan, maka 20 peratus lagi terpaksa menurut atau akur dengan keputusan membangunkan kawasan itu.

"Tapi kalau ada yang masih menahan, kita terpaksa cari kaedah undang-undang dan sebagainya.

"Kita sedang kaji undang-undang itu bukan hanya untuk pembangunan di Kampung Baru, malah di kawasan lain yang juga tertahan pembangunannya," kata Raja Nong Chik ketika menjelaskan kemungkinan tindakan undang-undang yang terpaksa digunakan ke atas para penduduk Kampung Baru.

Sebelum itu, Mohd Najib Abdul Razak pernah turun di Kampung Baru dan menjanjikan pembangunan di kampung itu, sama seperti janji-janji yang pernah ditaburkan oleh perdana menteri sebelum ini.

Kata Kamaruzaman, walaupun menteri-menteri sudah turun beberapa kali sebelum ini, namun tiada sebarang rundingan dan perbincangan mengenai bentuk pembangunan yang diinginkan penduduk.

"Nong Chik malah cuba memaksa penduduk menerima Deraf Cadangan Pembangunan Kampung Baru oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sehingga ke hari ini masih gagal dibentang di Parlimen itu," tambah beliau lagi.

Nong Chik, minta maaf segera!

Menurut Kamaruzaman lagi, ekoran kenyataan Raja Nong Chik yang 'keras' dalam Bual Bicara sebelum ini, pihaknya mendesak agar menteri berkenaan segera tampil memohon maaf ke atas para penduduk Kampung Baru.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews