INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, July 14, 2009

Wacana Perpaduan Ummah UMNO-PAS mengecewakan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Matlamat Umno Bahagian Tanjung untuk melihat Umno dan PAS duduk semeja berbincang masalah melayu Pulau Pinang tersasar jauh apabila wakil parti itu, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Mohd Afendi Yusuf kelihatan asyik menyerang PAS dan bukan memberi formula bagaimana untuk mengembalikan kedudukan melayu yang sudah tersepit ekoran pembangunan hebat di Pulau Mutiara.

Beliau lebih senang menyalahkan apa yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang.

"Jika PAS berjaya membawa usul menegakkan Negara Islam dengan melaksanakan Hudud saya merupakan orang pertama akan menyertai PAS untuk bersama-sama berjuang memperkasakan kedudukan orang melayu di Malaysia, " tegasnya yang mengantikan Ketua Pergerakan Umno Malaysia, Khairy Jamaludin.

Bagi Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa apa yang diluahkan oleh wakil umno tidak ubah seperti kempen pilihan raya Manek Urai sahaja tanpa mengaitkan persoalan yang dibincangkan dalam forum bertajuk ' Wacana Minda Perpaduan Ummah: Retorik atau survival'.

Baginya, forum sebegini bukan masanya untuk menyerang sebaliknya memberi jalan atau ideal bernas untuk bersama-sama membantu tangani masalah melayu yang terhakis akibat pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang mementingkan periuk nasi mereka sahaja.

"Selama memerintah lebih 50 tahun BN nyata gagal tangani masalah melayu sedangkan Umno menang banyak kerusi, " tegasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Masalah melayu Pulau Pinang sebenarnya bukan masalah Umno sahaja tetapi semua pihak, justeru katanya satu pendekatan harus dicari di waktu PAS mendapat kepercayaan yang tinggi berbanding Umno yang dianggap 'sekupang dua' sahaja oleh rakyat selepas era reformasi.

Katanya, Umno jangan bertanya PAS kenapa sehingga tidak boleh duduk semeja berunding tangani masalah rakyat sebaliknya Umno perlu bertanya rakyat kenapa dihukum sebegini sehingga kalah teruk dan hampir hilang kuasa di parlimen.

Kemelut di Kampung Tanjung To' Kong, Jelutong, Tanjung Bungah, Bayan Baru dan sebagainya sampai hari ini tidak selesai akibat peninggalan jajahan BN yang mempunyai agenda tersembunyi walhal kawasan terbabit merupakan kawasan melayu yang begitu ramai dulunya, kata Mujahid.

Menurut beliau lagi, untuk tangani masalah melayu secara realiti usah berpidato diawang-awangan tanpa fakta yang kukuh.

Program yang bermula jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang itu diadakan di Dewan 1 dan 2, Komplek Masyarakat Penyayang, Jalan Utama Pulau Pinang hari Sabtu lalu.

Turut kelihatan ialah Ketua Bahagian Umno Tanjung, Ahmad Ibni Hajar, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohamed Yusuf Mohamed Nor dan Ismail Ibramhsa, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak, Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar, Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjung, Raja Munir Shah Raja Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan kedua dua parti.

** Bagi saya yang mengikuti wacana tersebut kecewa dengan ahli Panel dari UMNO yang tidak faham masalah perpaduan Melayu dan orang Melayu PP. Patutnya , dipanggil pemimpin UMNO dari PP seperti YB Arif Syah , Ketua Perhubungan UMNO PP, Datuk Zahid Hamidi dan Datuk Azhar untuk membincangkan perpaduan ummah tersebut.Harap akan diadakan lagi program wacana tersebut di Pulau Pinang khusus membincangkan masalah orang Melayu.

Apa yang saya dapat rumuskan bahawa UMNO dan PAS PP boleh berkerjasama dan perbetulkan apa yang tidak kena untuk kemajuan orang Melayu PP sebagai contoh apa yang digariskan oleh YB Mujahid, PAS bersedia bersama dengan UMNO PP untuk memperjuangkan orang Melayu adalah pembuka Pulau Pinang dan bukannya Francis Light , masalah tanah perkuburan di masjid Jelutong , masalah perkampungan Melayu Tanjong Tokong ,isu tanah wakaf dan pusat kegiatan ekonomi Melayu di Georgetown (kawasan warisan).

Jika mahu VCD wacana, sila ke laman Blog Din Binjai

3 comments:

sitihajarhashim said...

duduk berbincang kan senang takyah gegadoh... haish...

Ikhwan Pantherian said...

Yup..tetapi di forum tersebut gagal mecapai matlamatnya.

Harap akan diadakan lahi diskusi ilmu berkaitan perpaduan Melayu.

GPMS Cawangan Sungai Pinang said...

InsyaAllah tuan, GPMS Sungai Pinang akan menganjurkan sebuah program Wacana Intelektual Melayu Muda, Permasalahan Ummat Melayu Pulau Pinang: Apakah Penyelesaiannya... pd 9 Januari 2010 jam 8 malam di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang. Ahli Panelnya ialah: YB MUJAHID & DATO SRI REEZAL MERICAN.

Tuan dijemput hadir.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews