Eksklusif: Ini kisah Barack Obama PKR |
Oleh Helme Hanafi | |
| |
AGAK keterlaluan untuk menyamakan seorang peguam berasal dari Pulau Pinang seperti Barack Obama, calon Presiden Amerika Syarikat. Tapi sekurang-kurangnya dalam konteks mampu membangkitkan semangat Yusmadi Yusuf tidak kurang hebatnya. Sejak kehadiran budak kampung Jalan Bahru di kemeriahan kempen PKR untuk menawan kerusi Parlimen Balik Pulau amat terasa.
"Berbekal slogan,"Hanya dengan Keberanian, Keyakinan dan Ilmu, segalanya dapat diatasi," Yusmadi memulakan ceramahnya di depan hampir 1500 orang dengan kisah bagaimana beliau berjaya keluar dari kemiskinan Balik Pulau," Gayanya bersahaja, orangnya merendah diri dan ramah menyebabkan kehadiran beliau berkempen sejak sebulan lalu menjadi buah mulut penduduk. Berasal dari sebuah keluarga yang susah, beliau mendapat pendidikan menengah di SMKA Al-Mashoor (Lelaki), Pulau Pinang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang dan kemudian menyambung pelajaran di dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. "Saya orang susah, dan hanya orang susah yang faham penderitaan orang susah," kata beliau dalam satu ceramah di pekan Balik Pulau dua minggu lalu. Berbekal slogan,"Hanya dengan Keberanian, Keyakinan dan Ilmu, segalanya dapat diatasi," Yusmadi memulakan ceramahnya di depan hampir 1500 orang dengan kisah bagaimana beliau berjaya keluar dari kemiskinan Balik Pulau dan menjadi peguam yang berjaya. Tidak seperti penceramah politik biasa yang sering menyerang dasar pemerintah, Yusmadi lebih gemar memberikan motivasi dan semangat. "Ibu saya pesan kalau hendak berpolitik jangan menghina peribadi lawan," katanya. Sehari-hari sejak sebulan lalu, Yusmadi memulakan aktiviti hariannya dengan menyunjungi tempat-tempat pertemuan seperti kedai kopi, gerai, masjid, sebelah petangnya jika tiada aktiviti beliau bermain bola dengan rakan sekampung.
"Ibu saya pesan kalau hendak berpolitik jangan menghina peribadi lawan," kata Yusmadi Satu hari, cerita Yusmadi kepada KLpos.com, ada orang Umno yang memberitahunya, macam mana hendak jadi ahli parlimen kalau naik basikal sahaja. "Saya balas, hanya orang yang naik basikal sahaja faham perasaan orang yang naik basikal, orang yang berkereta besar kehulu-hilir tidak sempat memahami erti kesusahan rakyat di bawah," katanya. "Saya faham orang-orang Balik Pulau, kerana saya barasal dari sini," kata Yusmadi yang terpilih mewakili Malaysia untuk biasiswa berprestij daripada kerajaan Amerika Syarikat pada 2006. Menurut peguam muda, beliau bersedia menentang sesiapa sahaja yang di pilih untuk bertanding di Balik Pulau. "Hakikatnya sehingga hari ini, selepas 50 tahun merdeka, Balik Pulau masih mundur, perjuangan saya, selaku anak Balik Pulau adalah membantu mengeluarkan mereka dari kemiskinan," katanya. "Saya tidak bertanding kerana hendakkan jawatan atau wang, rezeki saya sudah cukup sebagai peguam, tetapi yang menggerakkan hati kecil saya untuk bertanding adalah bagi membantu saudara mara saya, jiran tetangga, orang-orang kampung di sini.
"Janji saya jika dipilih oleh orang Balik Pulau, adalah untuk membela mereka, bukan dengan projek atau geran kerajaan, tapi dengan memastikan mereka menerima pendidikan paling sempurna" Tema kempen Yusmadi adalah "Membela yang tidak dibela". Sarjana Undang-Undang (LL.M) di American University Washington College of Law di Washington D.C. ini khabarnya bakal berdepan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamad yaakob. Penyandang sebelum ini Datuk Seri Hilmi Yahya mungkin akan bertanding DUN. Berikutan ketiadaan pengumuman rasmi, kata Yusmadi, dari segi jentera beliau mendahului BN. "Mungkin duit mereka banyak, tapi fokus saya sekarang adalah menguatkan jentera PKR terutamanya tenaga sukarela," katanya. Dari segi peluang, kata Yusmadi, "Saya menawar diri, saya akan berkerja sekuatnya sepanjang tempoh ini, pengundi boleh membuat penilaian, mereka kenal saya, saya membesar di sini, apapun keputusan mereka saya akan terima dengan hati terbuka," katanya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yusmadi, anda boleh melayari laman webnya yusmadi.com.
Berdialog dengan bekas Presiden US Jimmy Carter
Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Komen DIN MERICAN... Yusmadi Yusoff adalah harapan baru untuk Parti KeADILan Rakyat. Sebagai peguam dan juga felo Hubert H. Humphrey, beliau cukup berpegang teguh dengan konsep “The Rule of Law”. Beliau boleh dianggap sebagai jaguh muda yang memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia. Beliau lahir di Balik Pulau. Saya tertarik dengan kebolehan beliau sebagai pengurus dan intelektual yang dinamik dan berjiwa rakyat. Dalam perbincangan saya dengan Yusmadi di Institut Kajian Dasar dimana beliau adalah Fellow dan juga Koordinator Kanan, Projek Asian Renaissance, saya dapati beliau sungguh serius tentang cita-citanya untuk berkhidmat dan bersama rakyat di Pulau Pinang, khususnya orang Melayu dan kaum nelayan lain in Balik Pulau. Yusmadi mempunyai nilai yang murni dan sentiasa tekun dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Sikap Yusmadi cukup profesional. Saya mengucapkan selamat berjaya dalam usaha Yusmadi untuk menjadi Ahli Parlimen Balik Pulau.—Din Merican |
No comments:
Post a Comment