INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, February 13, 2008

Parlimen di bubar !! dan pembongkaran kes VK lingam



Semalam PM Abdullah telah bercakap secara live dan bukan berseloroh yang parlimen besok tidak dibubar.Tetapi harini ,lebih kurang jamp 12.35 tghari ,berita di laman Utusan Online mengatakan parlimen dibubarkan.Perdana Menteri dianggap sengaja mahu menghakiskan kepercayaan rakyat terhadap dirinya apabila berbohong mengenai tarikh sebenar pembubaran Parlimen.Seharusnya PM bercakap benar keranapembubaran Parlimen adalah perkara yang besar kerana ia urusan negara.Secara lojik Perdana Menteri harus jujur dan tidak memberi kenyataan yang boleh menghilang kepercayaan masyarakat kepada beliau sendiri.

Tetapi nak wat macamana itulah PM Malaysia ke lima.Ok lupa kan kisah tu kerana yang penting sekarang adalah jentera PRU Barisan ALternatif untuk menumbangkan BN.Saya melihat jentera PAS dan KeAdilan sudah nampak bersedia kali ini selepas setahun membuat persiapan.Cuma kali ini kita perlu lebih melipatganda usaha tersebut ke arah mencapai kemenangan di PRU nanti.Di Parlimen Permatang Pauh ,pembukaan Bilik Gerakan semakin rancak di samping pemasangan bendera parti.Tapi yang lebih penting petugas parti perlu turun padang ke kampung2 untuk bertemu pengundi .

Gambar Jayanthi dan Hakim Mokthar
Hari ini ,berita sensasi akhbar tempatan ialah pembongkaran oleh bekas Setiausaha Dato' VK Lingam, G.Jayanthi mengenai krisis kehakiman dalam siasatan kes pita Lingam membayangkan wajah sebenar sistem kehakiman negara yang kotor.

Sebenarnya apa yang terbongkar dalam penghakiman kes tersebut bukanlah satu perkara yang baru, bahkana telah didedah pelbagai pihak termasuk pembangkang, namun tiada tindakan oleh pihak kerajaan.Sungguhpun begitu, apa yang disaksikan oleh umum adalah suatu realiti tahap sistem kehakiman kita, bahkan situasi penyiasatan kes ini menunjukkan banyak keterangan yang menghiburkan.

Percaturan untuk kepentingan tertentu

Semua telah sedia maklum mengenai kewujudan percaturan antara peguam biasa ini, Lingam dengan beberapa hakim tertinggi negara yang mempunyai kepentingan tertentu.Jelasnya, hal tersebut hanya kini dapat diketahui umum ekoran pendedahan yang dilakukan menerusi rakaman video perbualan Lingam dengan Tun Ahmad Fairuz.

Menurut laporan akhbar harian, ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-19 prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja semalam, Jayanthi mendakwa beliau bersama dua setiausaha lain Lingam dikurung semalaman di pejabat peguam itu untuk menaip penghakiman satu kes saman sivil membabitkan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun pada 1994.

Dalam kes itu yang didengar oleh Hakim Dato' Mokhtar Sidin, Vincent Tan diberi ganti rugi RM10 juta. Ketika itu Lingam mengendalikan kes tersebut mewakili ahli perniagaan berkenaan.

Mengaku tempah tiket Lingam dan Eusoff ke New Zealand

Jayanti mengaku beliau turut menguruskan tempahan tiket penerbangan dan jadual perjalanan bagi percutian Lingam bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Eusoff Chin di New Zealand pada Disember 1994.

Dalam pada itu, beliau turut menceritakan bagaimana Lingam mengarahkannya mengambil beberapa teks kes undang-undang di perpustakaan pejabat untuk dimasukkan ke dalam penghakiman kes saman itu.

Kes tersebut adalah saman sivil No. S5-23-23-94 antara Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun lawan Hassan Hamzah, Saw Eng Lim, MGG. Pillai, V. Thavanesan, Dr. Barjoyai Bardai, Media Printext (M) Sdn. Bhd. dan Ling Wah Press Sdn. Bhd.

Jayanti yang kini bekerja sebagai ejen hartanah persendirian memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja bahawa kerja-kerja menaip penghakiman kes saman sivil itu dibuat oleh seorang lagi setiausaha Lingam, Sumanti Jaaman.

Siapkan draf penghakiman

Katanya, tugas menyiapkan draf penghakiman tersebut turut dibantu oleh seorang lagi setiausaha Lingam bernama Jamilah Abdul Rahman.

"Antara November dan awal Disember 1994, saya masih ingat dengan jelas kejadian kami bertiga dikurung oleh Lingam bagi tujuan kerja-kerja menaip secara rahsia.

"Saya kemudian menyedari bahawa kejadian malam itu adalah bagi tujuan menaip dan menyiapkan penghakiman berkaitan saman sivil No. S5-23-23-94,” katanya.

Jayanti berkata, Lingam membacakan satu persatu draf penghakiman kes itu daripada nota bertulis tangan dan Sumanti menaip setiap patah perkataan yang dibacakan oleh peguam itu.

"Saya duduk berhampiran mereka dalam pejabat itu dan sekali sekala Lingam mengarahkan saya mengambil pelbagai laporan kes undang-undang dari perpustakaan untuk dimasukkan dalam penghakiman tersebut," ujarnya.

Lingam hanya selesai membaca penghakiman penuh kes saman itu pada sekitar pukul 3.00 pagi sebelum dokumen itu dicetak lalu disemak oleh peguam itu.

Peguam itu, kata Jayanti, kemudian membuat pembetulan menggunakan dakwat merah di halaman tertentu pada draf penghakiman itu.

Katanya lagi, Sumanti membetulkan pindaan yang dicatatkan oleh Lingam sebelum menyalin draf akhir penghakiman itu dalam cakera liut.

Beliau berkata, Lingam kemudian menyerahkan cakera liut itu kepada Hakim Mokhtar Sidin.

"Selepas itu, saya mendapat tahu bahawa penghakiman yang ditulis oleh Lingam secara keseluruhannya digunakan sebagai penghakiman rasmi kes sivil itu oleh hakim berkenaan.

"Pada malam itu, Lingam turut dibantu oleh adiknya, peguam Dato' V. Sivaparanjothi, Adam Bachek dan W. Satchithanandan," katanya.

Jayanti memberitahu, beliau menyerahkan dua draf penghakiman yang tercatat pindaan yang dibuat oleh Lingam kepada peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 20 dan 22 April 1998.

Kedua-dua draf penghakiman tersebut iaitu yang mengandungi pembetulan dakwat merah dan draf akhir dikemukakan sebagai bukti dan ditanda sebagai C110 dan C111 pada prosiding hari ke-15 Suruhanjaya Siasatan Diraja./wann.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews