INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, January 30, 2008

Al Fatihah kepada Loloq dan Datuk Ishak Baharom

Jenazah penulis lirik terkenal Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis yang meningal dunia jam 1.30 petang tadi di Hospital Pakar Damansara telah di bawa ke Masjid Sungai Boluh untuk proses pengkebumian.

Berita tersebut disahkan oleh rakannya Habsah Hassan kepada KLpos.com sebentar tadi.

Menurut Habsah, jenazah Loloq akan dibawa ke rumahnya di Sungai Buloh jam 4.00 petang ini. Beliau dijangka dikebumikan hari ini juga. Beliau dimasukkan ke hospital Ahad lalu selepas pengsan di rumahnya.Loloq 50, dipercayai mengalami pendarahan dalam otak.


Mufti Besar Selangor Datuk Haji Ishak Baharom disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 petang tadi. Menurut salah seorang rakannya jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No 194 Jalan Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang.

Allahyarham Dato Ustadz Ishak Baharom telah dipecat dari jawatannya sebagai Mufti Besar Selangor setelah beliau mengambil tindakan menahan beberapa anak gadis melayu beragama Islam kerana mengambil bahagian dalam pertandingan Ratu Cantik dalam negeri Selangor sekitar lewat tahun 90an.

Semoga allah mencucuri rahmat keatas kedua2 roh ALLAHyarham , amin.

1 comment:

Head Shot said...

saudara, dalam kehidupan sesiapa apabila tiba masanya, akan dipanggil pulang. sama ada kita pulang dalam gembira atau sebaliknya, adalah bergantung pada amalan kita. maka aku selalu mengikatkan diriku ttg amalanku..
terimakasih..salam ukhwah.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews