INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, August 19, 2009

1 Malaysia -Najib lantik Yahudi penasihat kerajaan Malaysia

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Oleh: Fazallah Pit

Ketika pemimpin Umno heboh memfitnah Anwar Ibrahim sebagi pengkhianat, kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Najib Razak, menjadi antara pelanggan awal APCO Worldwide (klik di sini), sebuah firma perunding antarabangsa yang dikuasai Yahudi.

Kerajaan Umno- BN telah memberi kontrak bernilai jutaan ringgit untuk APCO untuk syarikat Yahudi itu menasihati Najib mengenai imej beliau yang tercalar didalam dan luar negara.

Syarikat milik Yahudi itu juga akan menjadi penasihat utama kepada Duta baru malaysia ke Amerika Syarikat, Jamaludin Jarjis. Sumber mengatakan antara misi utama APCO dan Jamaludin ialah memintas sokongan meluas Anwar dikalangan ahli politik, cendekiawan dan tokoh korporat di Amerika Syarikat, khususnya apabila perbicaraan terhadap tuduhan liwat bermula bulan depan. APCO juga dikatakan diberi misi untuk membantu mengatur perjumpaan antara Najib dan Presiden baru Amerika, Barack Obama.

Najib telah merestui perlantikan APCO juga setelah menghadapi krisis keyakinan terhadap kepimpinannya berikutan tuduhan yang mengaitkan beliau dengan skandal pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu dan rasuah komisyen pembelian senjata semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif APCO Margery Kraus mengumumkan pada 10 Ogos lalu bahawa syarikat yang dipimpin oleh orang Yahudi itu akan membuka pejabat baru di Malaysia bulan depan.

Beliau turut mengesahkan APCO akan memberi sokongan kepada Kedutaan Malaysia di AS bagi mengukuhkan komunikasi strategik diperingkat global.

“Paul Stadlen yang sebelum ini bertugas di London, bertindak sebagai pengarah urusan di Malaysia bagi membaiki pengurusan hubungan media dan reputasi antarabangsa.” kata beliau dalam laman web firma itu.

Antara pegawai kanan APCO ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang pernah berkhidmat dalam kerajaan Israel untuk tempoh panjang. beliau adalah pakar polisi ekonomi dan hubungan antarabangsa.

Beliau adalah individu penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem dan Institut Sains Weizmann.

Seorang lagi pegawai kanan APCO ialah Itamar Rabinovich bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak rabin masih menguasai kerajaan.

Kepentingan Najib akan dipantau oleh pengurusan APCO yang turut merangkumi John W Magaw. Magaw pernah berkhidmat sebagai Pengarah Agensi Perisikan AS dan Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan, selain menjadi ejen khas dalam Biro Sekuriti Presiden.

Individu penting yang lain dalam APCO ialah bekas senator AS, Donald W Riegle Jr; Bekas Duta AS, J Stapleton Roy dan bekas senator serta duta AS, Jim Sasser.

APCO yang bertindak memberi nasihat dalam aspek politik, perdagangan, kewangan dan kumpulan media, ditubuh pada 1984 dan berpengkalan di Washington.

Selain memiliki 28 cawangan di Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia, APCO turut memiliki pejabat di Tel Aviv, Israel.

(Artikel ini boleh didapati dalam edisi cetak Suara Keadilan, 18-25 Ogos 2009)

*** siapa sekarang AGEN Amerika ? Yahudi ?

3 comments:

Malaymind said...

Sedara,

kalau nak bina imej dikalangan orang yahudi, takkanlah wakilkan pada orang Islam kot?

Kenalah wakilkan geng dorg sendiri.

Lagipun, kalau Anwar yang dah berpuluh tahun berkompromi dengan yahudi pun orang maca sedara boleh sokong, takkan Najib yang baru nak start ni dah kena hentam kot?

Yang penting, polisi yahudi kena jaga-jaga. Jgn sampai bila Mahathir kata jangan amik IMF tapi ada org tu nak ambik jugak, sudahlah.

hehe

Pantherian said...

memang elok la ..Zahid dah jumpa Ehud Barak , Najib pulak dah sign kontrak bagi kat syrkt Yahudi..

1 Msia..1 Israel

halim yusop said...

Masa krisis 97, 98 memamg x ambik IMF...tapi ambik bank dunia. Huhuhu bank dunia abg kepada ImF. Lagi truk sebenarnya namun berapa kerat sangat la org yg paham..

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews