Merdeka ! Merdeka !
Saya bersyukur kerana negara Malaysia yang tercinta ini telah mencapai usia 52 tahun kemerdekaan. Untuk sesebuah negara, 52 tahun adalah satu usia yang masih muda dan mentah. Namun, kita wajar berbangga kerana negara kita berjaya mendepani pelbagai cabaran semenjak merdeka. Pengisian itu mestilah kembali kepada intipati pengisytiharan kemerdekaan oleh YAM Tunku Abdul Rahman pada tarikh keramat yang telah melafazkan:
Namun 52 tahun selepas lafaz keramat ini, intipatinya hanya menjadi siulan bisu yang sengaja dipekakkan dalam lipatan sejarah. Anak muda Malaysia tidak langsung diperkenalkan pada hakikat batu asas kemerdekaan negara ini.“Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.”
-Pengisytiharan Kemerdekaan,31 Ogos 1957-
Pembentukan jiwa merdeka pula adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang tidak mahukan penganutnya berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah s.w.t.
Generasi selepas kemerdekaan juga mesti berpegang teguh kepada idealisma perjuangan dan cita-cita murni untuk memperkasa wacana ilmu dikalangan rakyat Malaysia. Generasi muda harus memperkemas pengisian kemerdekaan dengan berani menjana perubahan dan memperjuangkan hasrat dan damir rakyat. Ayuh bangsaku Malaysia. Anak muda bukan sahaja dikaitkan dengan umur. Jiwa anak muda yang merdeka akan terus menyerang rasuah dan Sang Perasuah, penyelewengan serta mencabar pegangan yang sudah lapuk dan apa sahaja yang tidak tepat.
Puisi ‘Burung Rajawali’ nukilan WS Rendra menegaskan bahawa burung Rajawali terbang gagah di angkasa. Ketika disumbat dalam sangkar, burung Rajawali tetap Rajawali ! Lihat sahaja pejuang rakyat kita, DS Anwar Ibrahim. Tatkala Sang Penguasa bertindak zalim terhadap beliau dan terpaksa merengkok di sebalik tembok kezaliman selama 7 tahun tetapi jiwa Anwar tetap merdeka. Vaclav Havel menulis orang yang memenjara itulah sebenarnya jiwanya dalam penjara.
Akhir kata, kita sebagai anak muda perlu memahami sejarah benar perjuangan mencapai kemerdekaan bahawa ia bukan satu proses yang mudah malah banyak darah yang mengalir dalam hasrat rakyat mahu mencapai kemerdekaan. Misi pertama "Merdeka " untuk Tanah Melayu sebenarnya bermula dari Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 dan bukannya UMNO yang hanya melaungkan Hidup Melayu dan bukan Merdeka.
Salam Jiwa Merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke 52 !
Salam Jiwa Merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke 52 !
1 comment:
Salam merdeka..
moga apa yang kita bina pada hari ini mampu memacu kita ke hadapan, Insya-Allah...
Post a Comment