INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, April 8, 2011

Geng Kontrak Melayu UMNO


Presiden DPMMS - CEO Puncak Niaga dan SYABAS


cth -ini geng Kontraktor Jiwa Melayu , Bahasa Cukup Indah !


SELANGOR TAK ADA DASAR BANTU PERNIAGA MELAYU

SHAH ALAM 7 April - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) menyifatkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak mempunyai dasar yang jelas bagi membantu peniaga bumiputera meningkatkan ekonomi mereka.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, faktor itu menyebabkan peniaga bumiputera tidak memberikan sokongan terhadap kerajaan negeri, khususnya melibatkan usaha meningkatkan taraf pendapatan dan ekonomi di Selangor.

''Di Selangor tidak ada polisi yang membantu peniaga Melayu, itu yang susah sedikit. Kalau kita lihat Kerajaan Persekutuan, Najib Razak telah mewujudkan pelbagai program, transformasi dan pakej-pakej untuk membantu orang Melayu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung DPPMS Ke-24 dan Forum Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Hotel Concorde, di sini hari ini.

Woit.. Tokey Ayaq Selangor .. Baca apa MB Selangor kata tentang ekonomi untuk RAKYAT Selangor dibawah :

Pemilihan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi negeri Selangor merupakan pilihan tepat berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor berkembang 6.1 peratus berbanding defisit yang dicatatkan pada 2009.

Di bawah kepimpinan Anwar selaku penasihat ekonomi juga, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berusaha melaksanakan program-program yang selama ini sentiasa bermatlamat menjaga harta dan keturunan rakyat, selaras dengan prinsip maqasid syariah yang digariskan dalam Islam.

Fasa Satu dan Dua program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dilaksanakan sejak Jun 2008- program bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hadiah anak masuk universiti, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja ladang dan kemudahan cuti bersalin selama 90 hari kepada kakitangan kerajaan,” kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.


Khalid berkata demikian sewaktu berucap merasmikan seminar Maqasid Syariah Pembangunan Ekonomi Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam hari ini.

Beliau seterusnya berkata, fasa ketiga yang bermula tahun ini mempunyai fokus untuk membantu usahawan melalui Skim Kredit mikro dengan peruntukan RM50 juta, serta membantu penduduk luar bandar melalui Skim Kredit Mikro Miskin Bandar dengan peruntukan RM20 juta.

Malah, kebajikan wanita turut mendapat perhatian kerajaan Selangor yang memperuntuk RM1 juta melalui Skim Kesihatan Wanita untuk membantu mereka membuat pemeriksaan kanser payudara secara percuma, kata Khalid

Jelas daripada penerangan MB Selangor di atas menunjukkan ada program untuk Melayu Selangor..

"SKIM KREDIT MIKRO dan SKIM KREDIT MIKRO MISKIN BANDAR"

Itu untuk orang Melayu juga sebenarnya terutama di luar bandar.


Jadi apa masalahnya dengan Cukong Tokey Ayaq ini?

Mahu naik HARGA Air?
Tak dapat KONTRAK masuk JALAN Belakang ka?

Melayu UMNO ini tak dapat PROJEK kata TAKDA program untuk Melayu Selangor..

Melayu Kontrak ini menyalak sebab TAK DAPAT LAGI KONTRAK BESAR...


KALAU quotation pun TAK BOLEH TINGGI2 SBB tak CLOSE TENDER dah...


MELAYU KONTRAK ini bila kaya tak fikir susah RAKYAT, minta NAIK harga AIR...

2 comments:

Bro Sulaiman said...

Saudara, mari kita berbincang dengan baik. Saya sarankan Saudara terbitkan komentar saya untuk kita berbincang secara terbuka.

1) TS Rozali bercakap soal dasar utk membantu peniaga Melayu. KDNK itu mencakupi elemen pelaburan swasta. Apa yang Saudara ulas adalah mengenai tanggungjawab kerajaan kepada rakyat biasa. Jadi, apa pula polisi kerajaan untuk bantu PENIAGA Melayu macam saya, mungkin saudara, TS Rozali dan ramai peniaga lain terutama di Kompleks PKNS itu?

2) Saudara mesti faham, apa yang Saudara tulis itu adalah tanggungjawab wajib pemerintah. Jangan pula Kerajaan Selangor meniru konsep komunisme sehingga mahu menafikan golongan peniaga di Selangor. Islam juga meraikan golongan peniaga. Malah, kerajaan hanya perlu campur tangan secara minima dalam soal perniagaan.

3) Saya sedih Saudara, kalau Saudara dan blogger-blogger lain sukar untuk menerima pandangan daripada pihak selain PR. Jangan kita fikir SIAPA yang bercakap tapi fikirlah APA yang diungkapkannya. Barangkali ada betulnya.

Jika Saudara mahu PR memerintah sekali lagi dalam PRU akan datang, maka belajarlah mendengar jangan hanya pandai bercakap dan bersikap judgemental.

Terima kasih Saudara.

Ezuwan said...

Hahaha. Jangan termakan umpan Khalid. Dia hanya bela kroni PR dan geng-geng Cina sahaja.

Teresa, Eli dan Ronnie dah pasang perangkap. Apa yang Rozali sebut tu betul, cuma depa ni malu nak ngaku.

Hahaha, tunggulah talqin utk PR di Selangor. Jangan hanya jaga Selangor je beb, aku dengar Kelantan pun dah tergugat. 25 kerusi dalam genggaman Gelombang Merah.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews