INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, April 1, 2011

Pengarang Utusan merayu UMNO prihatin harga barang keperluan "melambung berkali-kali ganda"


Harga barang dunia naik, mana kita boleh kawal..



Seorang pengarang Utusan Malaysia, sebuah akhbar kawalan Umno Barisan Nasional (BN) mengakui harga barangan keperluan harian di negara ini mengalami kenaikan yang ‘melambung berkali-kali ganda’

Dalam artikel bertajuk ‘Kurangkanlah Cukai Pendapatan’ bertarikh 31 Mac lalu, Azman Anuar, seorang Pengarang Rencana Utusan Malaysia mengakui orang ramai khususnya suri rumah, merungut dengan kenaikan harga barangan.

Katanya, harga makanan kegemaran orang Melayu melambung hampir sekali ganda dengan memberi contoh harga seikat pucuk ubi yang dulu hanya 50 sen, naik kepada RM1 manakala ayam daging naik kepada RM7 sekilogram berbanding RM3.80 tiga atau empat tahun lalu.

Beliau juga memberi gambaran kerajaan Umno BN tidak berusaha ‘memperlahankan’ kenaikan harga barang walaupun belanjawan harian golongan pertengahan meningkat.

Cuba bertanya kepada kaum wanita yang sering ke pasar atau kedai runcit. Jarang-jarang yang tidak merungut mengenai harga barangan sekarang.

“Kalau ada kedai yang boleh jual barangan barang basah pada ‘harga runtuh’ setiap hari, mereka akan serbu,” tulis Azman yang turut menganggap kenaikan harga rumah, sebagai ‘menakutkan’.

Beliau juga mencadangkan kerajaan Umno BN supaya menurunkan 50 peratus kadar cukai pendapatan individu dan percaya tindakan itu tidak akan menjejaskan pendapatan negara.

“Mana-mana ruang jika boleh dikurangkan, lakukanlah. Kerajaan tidak akan rugi, malah ‘beruntung’. Orang berbudi, ada balasannya. Percayalah…” tulis beliau lagi.

Untuk paparan tulisan asal, klik ini.


Woit...

Nak tergelak aku baca perenggan terakhir harapan Pengarang Utusan ini...

Orang berbudi ,ada balasannya. Percayalah...

Hahahaha..

Merayu bagai nak RAK atau nak Mampos pun , UMNO akan buat BODOH sahaja...

Gaji sudah lah tak naik, Harga barang sekarang meningkat....

Minyak Ron 97 pulak akan naik Malam ini...TAHNIAH UMNO dan NAJIB ROSMAH ...

"Well, according to a report, the pump price for RON97 petrol is to be hiked by 20 sen a litre effective midnight, bringing it back to the RM2.70 per litre mark."

Kasihan aku melihat Pengarang Utusan....ini

Mungkin isteri atau kaum keluarganya terasa kenaikan harga barang dan cuba suarakan hasratnya mahu UMNO bantu RAKYAT

Nasihat aku pada Pegarang Utusan ini

"Percayalah, UMNO akan buat BEBAL",Dulu Kini dan Selamanya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews