INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, April 6, 2011

Pegawai Kastam yang disiasat mati jatuh bangunan SPRM

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

NONEMangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Penahanan itu dibuat di Klang.

Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.

NONEPegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata Mustafar lagi.

NONETambahnya, mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi.

Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.

**********************************************************************************

Al Fatihah kepada Arwah dan takziah kepada keluarga..

Kes kedua selepas Kematian TEOH BENG HOCK yang jatuh BANGUNAN..

Kematian Teoh masih menjadi misteri dan dalam siasatan Suruhanjaya Diraja.

Kini Malaysia dikejutkan berita kematian Pegawai kerajaan JATUH BANGUNAN dan MATI..

Adakah SPRM kini jati TEMPAT KEMATIAN atau YANG MAHU TEMUI AJAL?

Kalau disiasat SPRM , akan BERLAKU KES MATI? SPRM tak belajar Kes TEOH ka?

Rakyat Malaysia perlu BANGKIT SOAL APA SEBENAR BERLAKU DALAM SPRM ini?

Adakah kali ini Ketua Pengarah perlu RESIGN? kalau di Korea , Jepun mereka ada MARUAH dan akan RESIGN 24 jam..

Ayuh RAKYAT,

Tuntut KEADILAN untuk Arwah Ahmad Sarbani seperti kita buat pada Mendiang Teoh...!!






No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews