Thursday, November 1, 2012
Tony Pua serang Syed Mokhtar hiris perasaan PERKASA
@Pantherian : Gaya Tony Pua menyerang Syed Mokhtar dengan analogi kisah kehidupan seharian yang mana barang2 harian berkait rapat dengan empayar perniagaan Syed Mokhtar amat menarik dan mudah difahami rakyat.
Pasti video ceramah Tony Pua ini menghiris perasaan Perkasa yang lantang menyokong Syed mokhtar di atas kapasitinya sebagai usahawan Melayu dan nama Melayu. Perkasa sebelum ini menyerang keras Bung Mokhtar kerana mengkritik Syed Mokhtar yang memonopoli perniagaan terlalu banyak di Malaysia baik di udara, laut dan darat.
Tuesday, July 3, 2012
Anak Mahathir dapat kontrak bekal minyak untuk MAS
Petron bekal minyak untuk MAS
SUBANG 1 Julai - Petron Malaysia (Petron) dan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) telah menandatangani perjanjian untuk membekal dan membeli minyak pada harga berpatutan untuk penggunaan pesawat Airbus A380 dalam tempoh enam bulan.Petron merupakan syarikat induk kepada Esso Malaysia Bhd. Petron dan MAS dalam kenyataan bersama di sini berkata, pembekalan minyak Petron kepada MAS, berkuat kuasa hari ini.
Jelas kenyataan itu, bagi menyambut kerjasama yang terjalin antara dua pihak itu, Petron akan memberi sumbangan minyak percuma untuk penerbangan sulung pesawat A380 MH2 dari Kuala Lumpur ke London, malam ini.
Pada 5 Jun lalu, MAS turut menikmati bekalan minyak dari Petron apabila menganjurkan penerbangan percubaan A380 untuk kakitangan dan tetamu termasuk tetamu kenamaan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pantherian : Utusan agak bijak menutup berita bahawa Petron Malaysia adalah syarikat di bawah San Miguel dari Filipina yang kebanyakan sahamnya dimiliki oleh anak Mahathir iaitu Mirzan.
Monday, December 19, 2011
Cukong Melayu Syed Mokhtar mahu beli KTMB dengan RM1 billion
Pihak RUM (Railway Union) secara kerasnya membantah KTMB dijual kepada syarikat swasta kerana dahulu Konsortium Marak Unggul yang mengambilalih KTMB dahulu gagal memajukan seperti yang diharapkan. Selepas kerajaan membeli tren-tren baru seperti ETS dan SCS (Komuter Baru) dengan dana yang besar, nampaknya pihak swasta seakan cuba mengambil kesempatan untuk membeli KTMB.MMC Corp Bhd is undertaking a due diligence exercise to privatise Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), people familiar with the matter said. The company, controlled by tycoon Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, plans to pump in as much as RM1 billion to take control of KTMB’s operations. According to the Railwaymen’s Union of Malaya (RUM), the Minister of Finance Inc (MOF) had given MMC the green lightto undertake the due diligence, which will take a few months.However, RUM is against MMC or any other party taking over KTMB. “They must have an agenda. We think KTMB can do well on its own. All it needs is a good management team to operate the business efficiently,” said RUM president Abdul Razak Md Hassan. |
Friday, April 8, 2011
Geng Kontrak Melayu UMNO

SELANGOR TAK ADA DASAR BANTU PERNIAGA MELAYU
SHAH ALAM 7 April - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) menyifatkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak mempunyai dasar yang jelas bagi membantu peniaga bumiputera meningkatkan ekonomi mereka.
Yang Dipertuanya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, faktor itu menyebabkan peniaga bumiputera tidak memberikan sokongan terhadap kerajaan negeri, khususnya melibatkan usaha meningkatkan taraf pendapatan dan ekonomi di Selangor.
''Di Selangor tidak ada polisi yang membantu peniaga Melayu, itu yang susah sedikit. Kalau kita lihat Kerajaan Persekutuan, Najib Razak telah mewujudkan pelbagai program, transformasi dan pakej-pakej untuk membantu orang Melayu," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung DPPMS Ke-24 dan Forum Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Hotel Concorde, di sini hari ini.
Woit.. Tokey Ayaq Selangor .. Baca apa MB Selangor kata tentang ekonomi untuk RAKYAT Selangor dibawah :
Pemilihan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi negeri Selangor merupakan pilihan tepat berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor berkembang 6.1 peratus berbanding defisit yang dicatatkan pada 2009.
Di bawah kepimpinan Anwar selaku penasihat ekonomi juga, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berusaha melaksanakan program-program yang selama ini sentiasa bermatlamat menjaga harta dan keturunan rakyat, selaras dengan prinsip maqasid syariah yang digariskan dalam Islam.
“Fasa Satu dan Dua program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dilaksanakan sejak Jun 2008- program bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hadiah anak masuk universiti, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja ladang dan kemudahan cuti bersalin selama 90 hari kepada kakitangan kerajaan,” kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khalid berkata demikian sewaktu berucap merasmikan seminar Maqasid Syariah Pembangunan Ekonomi Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam hari ini.
Beliau seterusnya berkata, fasa ketiga yang bermula tahun ini mempunyai fokus untuk membantu usahawan melalui Skim Kredit mikro dengan peruntukan RM50 juta, serta membantu penduduk luar bandar melalui Skim Kredit Mikro Miskin Bandar dengan peruntukan RM20 juta.
Malah, kebajikan wanita turut mendapat perhatian kerajaan Selangor yang memperuntuk RM1 juta melalui Skim Kesihatan Wanita untuk membantu mereka membuat pemeriksaan kanser payudara secara percuma, kata KhalidJelas daripada penerangan MB Selangor di atas menunjukkan ada program untuk Melayu Selangor..
"SKIM KREDIT MIKRO dan SKIM KREDIT MIKRO MISKIN BANDAR"
Itu untuk orang Melayu juga sebenarnya terutama di luar bandar.
Jadi apa masalahnya dengan Cukong Tokey Ayaq ini?
Mahu naik HARGA Air? Tak dapat KONTRAK masuk JALAN Belakang ka?
Melayu UMNO ini tak dapat PROJEK kata TAKDA program untuk Melayu Selangor..
Melayu Kontrak ini menyalak sebab TAK DAPAT LAGI KONTRAK BESAR...
KALAU quotation pun TAK BOLEH TINGGI2 SBB tak CLOSE TENDER dah...
MELAYU KONTRAK ini bila kaya tak fikir susah RAKYAT, minta NAIK harga AIR...
Wednesday, February 23, 2011
Raja Kronisme & Rasuah persis Mubarak di Borneo?
Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom."Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.
Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
BMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.
Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.
Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Negara-negara UNCAC
Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.
Juga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.
Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.
Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).
Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.
Baca website Bruno Manser Fund disini
Woi !
Mahu tahu ini siapa, Inilah ORG TERKAYA BORNEO..
Kekayaan Si Raja ini membolehkannya tersenarai Top 10 Richest Man in Malaysia ...
Si TUA ini kaya sebab KHIANAT amanat rakyat, curi harta rakyat... kaut UNTUNG...
Bagi sama anak-anak dan kroni....
Semua projek di Sarawak dimonopoli oleh Keluarga Taib...
Sebab itu si TUA ini KAYA RAYA...
Ayuh ! Rakyat Sarawak !...Tumbangkan RAJA KRONI DAN RASUAH ini !.............
Ambil semangat rakyat Tunisia dan Mesir tumbangkan rejim yang KORUP !....
Thursday, October 14, 2010
Projek Istana Negara diberi kepada kontraktor kroni UMNO yang tidak layak
Kontraktor utama yang dipertanggungjawab membina Istana Negara yang baru tidak layak mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit itu, dakwa ketua pemabngkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.![]() |
"Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok,” kata Anwar pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
"Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib.”
Anwar berkata tiada penjelasan diberikan berhubung mengapa kos pembinaan projek Istana itu naik berlipat ganda daripada kos permulaan di bawah RM400 juta kepada melebihi RM800 juta sekarang.
![]() |
"Tiada penjelasan berhubung kenaikkan mendadak ini dan kosnya itu sekarang meningkat kepada RM811.2 million," katanya sambil menambah bahawa kontarktor utama itu tidak mendapat kebenaran menggunakan nama Maya Maju, yang telah didaftarkan sebelum itu kepada syarikat lain.
Menurutnya, pihak pembangkang melalui ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, akan menimbulkan isu itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menuntut sisatan terperinci berhubung projek kontroversi berkenaan.
Selain itu terdapat syarikat yang didaftarkan melaui ROC dibawah nama Maya Maju (Malaysia) Sdn Bhd, (Reg No: 254750-T). Pengarahnya adalah Datuk Haji Man Bin Mat , Md Nizam B. Md Sharif, Rasidah Bt. Salleh, Lim Hooi Mooi (setiausaha), and Tan Enk Purn (setiausaha). Manakala pemegang sahamnya adalah Maryna Keh Abdullah @ Miss Keh Kim Lan (RM1,450,000 unit saham) and Man B. Mat (RM3,550,000 unit saham).
Maya Maju Nafi tidak bayar gaji kepada pekerja warga asing
Ini dah CONFIRM syarikat anak bini isteri dan Kroni...hahahha
Hj Man B MAT.....siapa YA?
Tak pernah dengar nama dalam dunia korporat atau terkenal sebagai developer tersohor?
Muncul tiba2 bila Projek Istana Negara tidak OPEN TENDER....
Setup syarikat secara Ad Hoc...kemudian masuk tender RM 395 juta...
Takda Lesen PKK, CIDB...kemudian mahu bina Istana Negara....
Sebab aku KRONI, takda lesen PKK atau CIDB takpa...TUTUP MATA LA...
AKU KRONI MAA,... RUNTUH atau APA BERLAKU PADA ISTANA NEGARA...
CARI INI HAJI MAT sampai lubang cacing...dan
SIAPA SIGN AWARD CONTRACT ...
ALtantuya ka,, BIK MAMA ka...
HERET KE MAHKAMAH !
Wednesday, October 6, 2010
Syed Mokhtar mahu rembat tanah kerajaan di RRI ,Pulapol dan ambilalih UEM
It is learnt that Syed Mokhtar’s MMC Berhad sent the UEM Group bid to the Ministry of Finance in August and it has come to the attention of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in his capacity as the Finance Minister. The UEM Group is owned by government sovereign wealth fund Khazanah Nasional Berhad.
“The government’s position is that if Khazanah wants to sell, there is no objection,” a government source told The Malaysian Insider.
Syed Mokhtar is one of the richest men in the country. “But the government will not force Khazanah to sell its stake in UEM to MMC,” he added.
The UEM bid is just one of the deals being pursued by the Kedah-born tycoon, who rose from a transport business start-up to control rice supplies in the country to running ports. The Malaysian Business magazine last year estimated that Syed Mokhtar is worth some US$1.8 billion (RM5.58 billion) with his shareholdings in several listed companies.
It is learnt that Syed Mokhtar has also written to the government to buy 1,200 hectares out of the 3,000 hectares of Rubber Research Institute (RRI) land in Sungei Buloh to be developed by the Najib administration under his Economic Transformation Programme (ETP).
Apart from that, it is understood that the businessman is also asking to develop the Police Training Centre (Pulapol) in Jalan Semarak which also houses the Police Museum and its logistics centre. The site also houses a police golf course next to the leafy Gurney residential area which counts some embassies and tycoons as its residents.
“Putrajaya has yet to decide on the RRI land or Pulapol,” the government source said.
Before the offer for the historic police land, the government had recently indicated it will develop the massive Sungei Besi airport which is a strategic base for the Royal Malaysian Air Force (RMAF) and the Police Air Wing. The Sungei Besi development by the government-linked 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) is also under the ETP.
Najib has left it to Khazanah to ensure the disposal of strategic stakes is to its interests.
Since Najib took office as the country’s sixth prime minister in April 2009, he has earmarked government assets in Kuala Lumpur for redevelopment and has asked Khazanah to dispose of controlling shares in the nearly 70 companies in the state asset manager’s stable.
But Najib, who is Khazanah chairman, has left it to the asset manager’s managing director Tan Sri Azman Mokhtar and his team to ensure the disposal of strategic stakes is to its interests.
Apart from MMC’s bid for UEM, Khazanah has also received a RM50 billion bid for toll road operator PLUS Expressways Berhad. It has yet to decide on any of the bids, sources said.
MMC’s bid for UEM is seen as a way to acquire PLUS, which controls the North-South Expressway and several other toll highways in Peninsular Malaysia.
Several bloggers linked to Syed Mokhtar have written that MMC intends to bid for the UEM Group by forming a special purpose vehicle (SPV) with the Employees Provident Fund (EPF) and Permodalan Nasional Bhd (PNB) as its partners.
The proposed buyout would involve the SPV planning to raise RM16 billion, which would include a working capital of RM500 million, for the UEM Group which includes Faber Group Bhd, UEM Land Holdings Bhd, Time Engineering Bhd and the unlisted UEM Builders which is involved in constructing the Second Penang Bridge to complement its 25-year concession for the Penang Bridge.
UEM Group’s total assets as at December 31, 2009 stood at approximately RM31.1 billion.
The bloggers say both EPF and PNB have not been consulted in the structuring of the proposed deal and may not agree with the proposal of MMC’s 40 per cent being valued at RM1.92 billion, while each of EPF’s 30 per cent and PNB’s 30 per cent at RM1.44 billion each.
Syed Mokhtar’s MMC is also part of a consortium led by Gamuda proposing a RM36 billion Mass Rapid Transit (MRT) circle line in Kuala Lumpur. A decision on the project, which is part of the ETP, will be made this month
Al Kisah Cukong Melayu...
Ini ialah Cukong Melayu @taiko Melayu..
Ini Cukong juga kroni Gerombolan..
Kaya disebabkan baik dgn Gerombolan UMNO ...kroni gerombolan...
Kini Cukong Melayu ini bertambah tamak
Mahu jadi lebih kaya dan kaya....
Kalau sebut shj Melayu kaya...CUKONG ini lah...hahah
Cukong ini mahu rembat UEM....sebab apa...
UEM ada lubuk duit iaitu PLUS .... juga UEM dpt project Second Png Bridge dan KLIA2...
UEM juga ada projek Nusajaya ,Iskandar
Cukong ini mahu bolot dan beli semua company Melayu...
Yang mana nampak naik dan kukuh ..dia mahu KEBAS !
Cukong ini tak mahu Melayu lain kaya dan berjaya....kerana mahu kekal gelarannya
Sebut Melayu berjaya dan Jutawan....Jawapannya CUKONG ini la...
Cukong ini juga tidak kasi can pada kerajaan...
dia mahu rembat tanah Pulapol dan RRI di Sg Buluh...
kasihan Gerak Khas Yusuf Haslam dan PDRM...mahu training mana?
oooo takpa boleh ganti dan bina Pulapol baru nun...HULU....Gua musang? jeniang, Pekan?
hahhaha...tanah ini semua bernilai dan strategik...terutama di tgh KL mcm Pulapol...
Ini semua boleh buat kondo dan shopping complex....maa...
Cukong ini HANYA TAHU BISNESS dan MAHU BUAT DUIT !...
Cukong CINA YTL dapat tanah keretapi sentul. ....dan mahu keretapi laju KL-SG
Cukong Cina Balak Paris Hilton dapat tanah Sg Besi Airport....
Cukong Genting dapat tanah genting....
Cukong Melayu mahu REMBAT UEM, Pulapol dan RRI ?
Sunday, June 27, 2010
Felda rugi , UMNO bakar SK

Datuk Husam Musa mendakwa, rezab tunai Felda telah susut sebanyak RM8 bilion sejak diambil alih Datuk Seri Najib Razak bukannya 2.7 bilion sebagaimana didakwa Datuk Ahmad Maslan.
Ini kerana, susut rezab bukannya jumlah yang ada pada tahun 2004 tolak jumlah yang ada sekarang kerana dalam tempoh tersebut Felda mempunyai pendapatan dan ia hilang bersama dengan kemersosotan yang berlaku.Husam yang juga Exco pembangunan ekonomi Kelantan itu berhujjah:
a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.
"Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran? Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?" soalnya.
"Mustahil!!" kata Husam (gambar) kerana dalam tempoh tersebut, Felda juga menerima hasilnya dan hasil itu turut hilang dan hanya tinggal RM1.35 bilion sahaja pada akhir tahun 2009.
AJK PAS pusat itu berkata, "maklumat tepat yang saya perolehi, antara tempoh 2005 hingga 2009, Felda menerima pendapatan tunai sejumlah RM 5.2 billion lagi!"
Penerimaan tunai Felda adalah seperti berikut;
a. 2005 - RM 682 juta
b. 2006 - RM 697 juta
c. 2007 - RM 1.270 billion
d. 2008 - RM 1.70 billion.
e. 2009 - RM 830 juta
Jumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!
Jumlah ini, kata Husam, perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!
Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah - 9.28 billion
"Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM 2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion (RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9 menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM8 billion!" tegas Husam dalam blognya.
Perbelanjaan Felda
"Mengenai perbelanjaan pula, perhatikan semula kenyataan Ahmad Maslan di atas. Senarai perbelanjaan sehingga wang itu susut adalah seperti berikut;
"RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters."
a. RM 2 Billion untuk tanam semula
b. RM 603 juta untuk pinjaman perumahan tanpa faedah
c. RM 253 juta untuk program kemiskinan di Sabah
d. RM 662 juta untuk menara baru ibu pejabat Felda
"Pertama : Menara Felda masih dalam pembinaan. Kenapakah bayaran penuh telah dibuat? Mustahil! Kalau masih berlaku, ia satu perkara yang sangat pelik.
Kedua: RM 2 billion untuk Tanam Semula.
"Kenapa guna rezab tunai Felda?" soal Husam.
Beliau bertanya, bukankah Felda mempunyai Tabung Tanam Semula? Bukankah Felda telah mengutip sebanyak RM40 sebulan seekar dari kesemua 112,000 penerokanya untuk lima tahun? Tabung itu sudah mencecah hampir satu billion dan tanam semula tidak pernah menggunakan rezab tunai Felda.
"Adakah kedua-dua kenyataan ini benar? Atau kedua-duanya salah?" soal beliau lagi.
Sehubungan itu, beliau membuat kesimpulan, kedua-dua kenyataan ini tidak benar adalah lebih menasabah.
"Bermakna, Felda gagal menjelaskan ke mana wang tersebut telah lesap dan Felda juga gagal menjelaskan angka sebenar wang rakyat yang di jaga oleh Felda susut," katanya.
Beliau juga berkata, jumlah yang tidak kecil. Semua perolehan ini adalah dari ladang-ladang getah dan sawit, samada mempunyai peneroka seluas 1.2 juta ekar di seluruh negara mahu pun tanpa peneroka sejumlah 800,000 ekar.
"Jika keuntungan sebesar itu disumbangkan oleh ladang-ladang di Malaysia, apa jaminan pelaburan Felda di luar negara boleh menyaingi apa yang disumbangkan dalam negara?" soalnya lagi.
Husam juga bertanya, bila Datuk Najib memperkenalkan konsep Felda patut mengembangkan sayapnya menjadi pemain global, apa jaminan pengembangan itu akan menyihatkan Felda dan bukan untuk mencabut bulu-bulunya sehingga nanti menjadi burung tanpa bulu?
Setelah Felda melabur di Amerika dan Kanada dalam Twin River Tech masing-masing sebanyak RM300 juta dan RM500 juta, berapakah jumlah keuntungan yang telah dihasilkan?
Secanggih mana teknologi pemprosesan biji bunga matahari dan soya yang ada di kilang ini sehingga pelaburan Felda sedemikian besar? soal Husam.
Dengan RM300 juta yang dibelanjakan dan pegangan 85% dalam TRT itu, mampukah Felda mengawal pengurusannya atau kita sekadar melihat dari jauh sebelum apa-apa terjadi terhadap wang kita sejumlah RM 800 juta itu tadi?
"Jangan jadi seperti kita membeli syarikat motor oleh Proton dulu yang berakhir dengan dijual hanya satu euro!" kata Husam memberikan amaran.
"Tidak semestinya bila Felda mempunyai kilang penapis sawit di sini, pengurusan penapisan bunga matahari nun jauh di Kanada juga kita boleh kuasai.
"Itu pun sebahagian kilang penapis Felda telah pun dijual kepada syarikat dari India untuk membolehkan Felda melabur tak kurang dari RM 688 juta pula dalam penternakan lembu untuk menghasilkan susu dan daging!" katanya.
Beliau juga mempersoalkan, apa istimewanya syarikat pembekal daging lembu (sebenarnya kerbau?) dari India itu tidak dketahui, sehingga selain dapat membeli kilang penapis, dapat pula menikmati diskaun belian minyak sawit mentah sebanyak USD20 per metrik tan sedangkan anak syarikat FELDA sendiri - Felda Vegetable Oil Product cuma diberi subsidi sebanyak RM20 per metrik tan.
Kesimpulannya, kata beliau, semuanya misteri! dan ada "Lubang besar di Felda?" dan "Bagaimana kita rakyat biasa boleh membongkar misteri ini?"
************************************************************************************
Kasihan peneroka Melayu Felda yang telah ditipu oleh UMNO dan Najib...Felda Global ? habis duit Felda dilesapkan mereka untuk pembelanjaan yang tidak berfaedah.
Malaon pelingkup Felda ini iaitu Bakke Salleh ini kemudian diangkat oleh Najib untuk terajui GLC Sime Darby...lantik Pelingkup maka lagi lingkup lah Sime Darby !
Ahmad Maslan - Pembohong ! Mat Belon ini tak tahu nak menjawab , dia kata semua bohong !..standard menteri ke ni?
Saturday, June 26, 2010
Flip Flop projek airport Sg Besi kepada kroni

Dia berkata, jika rancangan itu menjadi kenyataan, kementerian akaa menentukan perpindahan Pusat Operasi Tentera Udara (POTU) tidak sesekali menjejaskan sistem yang sudah dibangunkan. Katanya, kementerian juga akan memastikan perpindahan hanya akan dilaksanakan selepas segala tugas pembuktian dan pentauliahan dijalankan.
Sistem radar bersepadu yang dibangunkan tidak akan terjejas kerana Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah mempunyai sistem yang redundant (bertindih) sebagai alternatif terhadap sistem radar bersepadu negara.
Pada keseluruhannya, keselamatan ruang udara tidak akan terjejas disebabkan pemantauan berterusan masih dilaksanakan di Pusat Operasi Sektor pada setiap masa, katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) bagi kementeriannya, semalam.
************************************************************************************
Lagi satu keputusan belum muktamad ....
Ayat biasa kerajaan...masih dalam perancangan dan belum muktamad...
Kajian apa bengongnya ..ini projek BiK Mama
Azmin tanya Zahid, siapa pembida? dia tak mau jawap...Azmin bagi jawapan dapada dia..antara orgnya ialah Daim Zainudin, Datuk Desmond dan Datin Cindy..
Kajian ini semua helah itu untuk tipu Melayu...
sebab tu Tun Madey kata Najin ini Flip Flop !...hahaha macam Dollah Badawi..





