INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, October 12, 2012

Malaysiakini dakwa Najib jumpa Soros di New York?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut -  yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim -  berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

 sambungannya boleh dibaca melalui LINK INI

@Pantherian : Malaysiakini kini menyerang Najib dengan mendakwa pernah bertemu Soros secara sulit di New York. Selepas Mahathir, kini Najib menjadi sasaran pendedahan kemunafikan UMNO yang kuat mencanang satu Malaysia berkenaan dana Soros yang menaja NGO2 di Malaysia.

Rakyat perlu disedarkan akan betapa hinanya UMNO melalui NGO Pro UMNO seperti JMM dan TV3 suku yang menghebahkan di media negara dalam bahaya apabila menerima dana daripada Soros. Walhal, orang yang mengkritik itu sendiri berjumpa Soros dan pastinya ada sesuatu dibincangkan.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews