INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, October 18, 2012

Buku Pendedahan Parlimen diluncurkan oleh DS Wan Azizah



Pada tanggal 9hb Oktober 2012 lepas, Mantan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah meluncurkan buku Pendedahan Di Parlimen hasil tulisan saudara Ooi Heng, Pengarah badan penyelidik dan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU). Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini mewakili DS Anwar Ibrahim yang tidak dapat menghadirkan disebabkan ada hal yang tidak dapat dielakkan.Lokasi majlis ini diadakan di Bangunan Yayasan Selangor di Petaling Jaya.

Program Peluncuran Buku "Pendedahan Parlimen" ini dianjurkan oleh KPRU bersama AIC selain kerjasama dengan rakan-rakan NGO lain seperti Akademi PakSako dan Alumni Sekolah Politik (ASP). Program buku ini juga merupakan program  pertama AIC dibawah jenama #AICLibrary. AIC secara terbuka amat berminat  untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk penganjuran wacana ilmu seperti peluncuran buku dan forum ilmiah ini. Selepas bekerjasama dengan pihak WADAH untuk peluncuran buku Dr Siddiq Fadzil, Islam dan Melayu beberapa bulan lepas, AIC ini tanpa menoleh ke belakang lagi akan  terus menganjurkan wacana ilmu ini sebagai salah satu program utama AIC.

Presiden PKR, DS Wan Azizah Wan Ismail di dalam ucapannya menghargai sumbangan pihak KPRU dalam membantu ahli-ahli Parlimen Pembangkang dari segi penyelidikan  untuk perbahasan di Parlimen. Peranan penyelidik ini penting untuk membantu Ahli Parlimen apabila berbahas di Parlimen supaya hujah mereka berlandaskan fakta  yang betul. Beliau turut menggesa buku ini patut dibaca oleh semua  kerana  fakta mengenai dasar-dasar negara dalam buku ini baik untuk dijadikan sandaran maklumat rujukan. Contohnya bab mengenai sistem dua parti di Malaysia di dalam buku jelas memaparkan bahawa Malaysia kini sedang menuju ke arah sistem dua parti yakni BN dan Pakatan Rakyat.


Program pada malam tersebut juga menampilkan YB Nik Nazmi, YB Khalid Samad dan YB Nurul Izzah sebagai panelis untuk Forum Belanjawan 2013 dan Diskusi Buku tersebut. Selepas majlis peluncuran buku oleh tetamu kehormat, majlis diteruskan dengan Forum Belanjawan dan Diskusi Buku yang dimudahcara oleh Naib Presiden AIC, Irwan Hidayat.

 Boleh menonton video majlis peluncuran dan  forum Belanjawan tersebut di bawah  :









No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews