INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, October 7, 2013

CEO TEKUN lupa sejarah, projek TEKUN diusahakan oleh Dr Mansor Othman

CEO TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hasan  dengan bangga mengatakan idea TEKUN adalah buah fikiran UMNO dan sepatutnya dana TEKUN perlu diberi kepada ahli UMNO. Orang bukan UMNO boleh memohon katanya tapi keutamaan lebih kepada ahli UMNO sebab idea UMNO. CEO TEKUN lantikan UMNO ini perlu baca sejarah TEKUN kembali sebelum bercakap lantang membodek UMNO.

Jika merujuk kepada sejarah TEKUN pasti kita nama besar penggerak utama Projek Perintis TEKUN pada tahun 1994, Datuk Dr Mansor Othman, Mantan TKM1 P.Pinang tidak boleh disisihkan. Idea projek TEKUN ini terhasil melalui Konvesyen Bumiputra Pulau Pinang yang mana Dr Mansor adalah Setiausaha Konvensyen Bumiputra Pulau Pinang 1994. Ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua Pusat Kajian Dasar USM. 

Beliau telah diberi tugas khas sebagai  ketua pasukan kajian untuk membangunkan projek TEKUN yang bertujuan meningkatkan keupayaan keusahawanan dan membentuk jaringan antara peniaga kecil menerusi pinjaman mikrokredit.Ia mula dilaksanakan  di Pulau Pinang dan seterusnya projek tersebut diteruskan  pula di daerah Jeli di Kelantan pada 1996 dan Besut Terengganu pada 1997. 

Melihat kepada kejayaan TEKUN dalam projek-projek yang dijalankan, maka pihak kerajaan telah sebulat suara memutuskan bahawa TEKUN akan diperluaskan di seluruh negara atas tujuan membantu usahawan-usahawan kecil Bumiputera. Bagi memastikan usaha TEKUN dapat diteruskan, Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan lantas diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada 9 November 1998 dan mula menjalankan operasi seawal 1 Febuari 1999.

CEO TEKUN yang dilantik UMNO patut membaca sejarah TEKUN dahulu siapa pengerak dan pencetus idea TEKUN ini. Saya tiada maklumat lengkap berkenaan  idea dan kertas kerja siapa tapi yang pasti DS Anwar Ibrahim yang merasmikan Konvensyen Bumiputra PP kerana beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews