Bulatan merah itu ialah Datuk Sohaimi Shahadan, Pemuda UMNO
Azmin Ali bidas taktik kotor UMNO
Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, penggambaran
iklan berkaitan masalah air di Selangor merupakan propaganda Kerajaan
Pusat kononnya berlakunya krisis air di negeri tersebut.Ahli Parlimen Gombak itu berkata, pembikinan iklan yang didalangi
Umno BN itu bertujuan memburuk-burukkan pentadbiran Pakatan Rakyat
kononnya gagal mengatasi masalah air.
“Kita telah jelaskan pada rakyat tiada krisis air di Selangor. Apa yang berlaku adalah kita hanya kekurangan air terawat.“Air terawat ini bukan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi di bawah tanggungjawab Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor).
“Jika Syabas gagal menguruskan dengan baik (masalah air), kerajaan negeri mendesak supaya konsesi ini dibatalkan dan pengurusan air dikembalikan kepada kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Penduduk berang terhadap produksi
"Saya amat yakin ini adalah konspirasi. Bila kami tanya penggambaran ini mengenai apa, mereka tidak beritahu."Tetapi mereka meminta penduduk dan mungkin pelakon tambahan, dengan bayaran RM50 mengangkat tong air.
"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk setempat Dr S Paramananthan (atas) kepada pemberita.
"Ini membuat saya risau kerana mengganggu privasi penduduk. Ini jumlah yang besar. Sebagai penduduk juga kami tidak tahu ia berkaitan dengan politik.
No comments:
Post a Comment