INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, September 23, 2012

Buddhi Hekayat - Lawan filem dengan filem isu filem hina Nabi Muhammad


Sumber Keadilankini

Penulis lirik popular, Buddhi Hekayat berkata penggiat seni Muslim sewajarnya menjadikan karya seni mereka sebagai medium untuk melawan gejala penghinaan terhadap Islam yang kini semakin menular.

Dengan merujuk kepada insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh penerbit filem Innocence of Muslims, Buddhi atau nama sebenar beliau Hasmi Hashim dalam kenyataan menerusi akaun Twitternya menggesa supaya serangan terhadap Islam yang dilancarkan menerusi filem seharusnya dijawab menerusi penghasilan filem yang lebih baik.

Dalam kenyataan Twitter yang sama, Buddhi turut mempersoalkan tentang 'dana filem ratus juta yang tak jelas ke mana'.

"Lawan filem dengan filem. Jangan mengakui bela ugama tapi membisu dengan dana filem ratus juta yang tak jelas ke mana," tulis beliau menerusi Twitter @HasmiHashim pada 18 September lalu.

Ketika dihubungi oleh Keadilankini.com, Buddhi yang merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu 26 menerusi lagu Awan Nano menjelaskan bahawa 'dana filem ratus juta' yang beliau maksudkan adalah Dana dan Geran Industri Kreatif sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan bertujuan untuk membantu industri perfileman dan seni nasional.

“Hanya beberapa orang penggiat seni saja yang kita ketahui menerima peruntukan di bawah dana khas ini seperti U-Wei Haji Saari dan syarikat produksi KRU. Maka persoalannya adalah siapa lagi karyawan kita yang terima dana ini?

“Saya menuntut Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya mengemukakan penjelasan dan mendedahkan pihak mana yang memperoleh dana tersebut. Saya harap ianya tidak diselewengkan," tegas beliau.

Dalam pembentangan Belanjawan 2010, Perdana Menteri, Najib Razak telah mengumumkan peruntukan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta bagi membantu dan mengalakkan penghasilan filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan.

Pada Mac tahun ini, Dr. Rais Yatim turut mengumumkan peruntukan Geran Industri Kreatif sebanyak RM120 juta lagi bagi membantu karyawan dan seniman dalam usaha menggalakkan cetusan idea, kreativiti dan inovasi melalui hasil karya mereka.

1 comment:

kampong lad said...

menangguk di air yg keruh...buat filem boleh jamin depa2 tu (pembenci2 islam) tengok. isu nya dia tak dapat dana tu.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews