INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, September 14, 2009

Selamatkan Kg Tanjong Tokong - 1

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle












PENDUDUK TANJONG TOKONG MULAKAN KEMPEN “SELAMATKAN TANJUNG TOKONG”

Terjemahan Oleh - Amiruddin Ahmad (WRLR)

Penduduk kampong Tanjong Tokong yang mendakwa bahawa mereka adalah antara terawal yang mendiami Pulau Pinang telah memulakan kempen mereka bagi mengekalkan suasana kampong di Pulau Pinang.

Keatuan Penduduk kampong Tanjong Tokong yang berdaftar dengan mempunyai 500 ahli telah melancarkan langkah pertama mereka dengan meminta tandatangan bagi seluruh negara bagi mendapatkan sokongan dari seluruh masyarakat Malaysia bagi mengekalkan keadaan di kampong tersebut.Menurut penduduk kampong tersebut , mereka berazam bagi mendapatkan tandatangan 3000 orang dengan sokongan dari berbagai NGO’s tempatan dalam usaha menjaga warisan kampong itu.

Keduanya, mereka juga akan mengemukakan kepada pihak UDA berkaitan dengan semua bentuk risalah,serta dokumen yang berkaitan dengan politik dan juga sejarah dimana ianya akan dapat dijadikan sebagai satu cntoh agar pihak UDA memahaminya.Begitu juga mereka akan mengemukakan sejumlah tuntutan yang sepatutnya diterima penduduk jika mereka di paksa untuk berpindah dari kampong tersebut.


Menurut pengerusi bertindak Mohd Salleh Yahaya, berliau berkata bahawa ,perkara penting yang menjadi keutamaannya mereka ialah mengekalkan kebudayaan dan juga kependudukan sebagai sebuah perkampongan Melayu dan diiktiraf sebagai sebuah kampung Melayu yang kekal di Pulau Pinang.


Sejak UDA menyatakan bahawa penduduk di kampong tersebut tinggal di tanah setinggan , semua penduduk merasakan bahawa mereka kehilangan hak mereka di atas tanah sendiri.

“Kami telah kehilangan hak kami, pada hal kami adalah penduduk asal di kampong ini setelah ianya di katakan kami ini adalah setinggan oleh UDA”

Kerajaan Persekutuan harus memberikan satu keyataan bahawa kampung ini adalah hak penduduk Melayu Tanjong Tokong dan ianya menjadi hak kami untuk tinggal di sini” , demikian jelas beliau lagi.


Merujuk kepada apa yang terjadi kepada perkampung asal penduduk kampong Buah Pala dan apa yang terjadi kini , maka jelaslah tidak ada mana-mana pihak pun baik kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang mahu bertanggungjawab bagi membantu penduduk di Pulau Pinang.

Beliau menyatakan demikian di mana pekampungan yang di iktiraf oleh kerajaan negeri seperti perkampungan nelayan kaum Cina di Bang Laud an juga Jetti kongsi kaum Cina di iktiraf.Adakah ini diiktiraf sedangkan kampung Buah Pala dan kampung Melayu tanjong Tokong di ketepikan???soalnya lagi

“Kita hanya akan dapat mengekalkan keadaan ini apabila kerajaan persekutuan mengeluarkan kenyataan bahawa kampung ini adalah kampong yang menjadi perkampung tradisional yang menjadi lambang budaya masyarakt Melayu”; jelas Mohd Salleh lagi.


Selepas mendapatkan tandatangan dalam jagkamasa l sebuan ini , mereka akan membawa semua maklumat dan bukti untuk bertemu dengan Rais Yatim, menteri yang bertanggungjawab bagi menjaga kepentingan kebudayaan dan kesenian negara.


Kampung Melayu Tanjung Tokong dianggarkan mempunyai 24 ekar tanah dengan 3000 buah rumah , termasuk 30 buah rumah setinggan yang tidak mempunyai nombor rumah , dan mempunyai 6000 penduduk.Namun dengan pemecahan yang dilakukan UDA , mereka hanya mengiktiraf sebanyak 1,026 keluarga sahaja.Namun menurut setiausaha kampong tersebut, Wahab Sini Ibramsa berkata bahawa persatuan itu mendapati bahawa sebanyak 500 nama penduduk kampong ini telah di hilang sebagai pemilik tanah.

“Kami akan menyenaraikan dan menjelaskan kepada pihak yang berkenaan dengan bantuan pelajar Universiti sains Malaysia untuk membetulkan senarai nama dan pemilik tanah asal di dalam kampung ini".beliau menyatakan dalam sidang akhbar beliau.

Sorang aktivis dalam bidang social dan juga kajian serta analysis mengenai perkampungan Melayu Wazir Jahan Karim mendapati bahawa pihak berkuasa mempunyai satu sikap iaitu tidak mahu mengekalkan perkampungan ini kononnya ianya tidak terurus dan sanggup membina penempatan asing yang lebih terurus Cuma untuk menempatkan pelancong.Beliau juga menyatakan demikian dengan menjelaskan bahawa ianya kini terjadi di Pangkor,Langkawi Tioman dan Pulau Pinang.

Sejarah telah membuktikan bahawa Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah sebuah perkampungan yang tertua dan mengekalkan kebudayaan Melayu dalam negeri ini.
Sebuah buku yang berjudul “Penang Lama” menjelaskan kampong Melayu tersebut wujud sejak 200 tahun dahulu sebelum kedatangan Inggeris iaitu Sir Francis Light pada tahun 1786.

Namun dalam afidavit yang di kemukakan oleh UDA, jelas menyatakan bahawa penduduk kampong ini adalah setinggan.Menurut mereka lagi pihak penduduk kampung telah menghantar surat ke pejabat Perdana Menteri sejak November lalu menuntut agar pihak Kerajaan Persekutuan mengktiraf kampong Melayu Tanjong Tokong adalah perkampung Tradisional Melayu.

Namun menurut Mohd Salleh Perdana Menteri DS Najib Razak tidak pernah menjawab perkara tersebut sehingga kini.
Dalam hal ini kepada siapakah penduduk kampung Tanjong Tokong akan merayu kerana dengan apa yang berlaku kepada penduk kampung Buah Pala, harapan mereka tidak kemana.

Kerajaan terdahulu yang di ketuai oleh Barisan Nasional telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkampungan yang mempunyai 64 ekar ini di pajak kepada kepada pihak UDA pada tahun 1974 dulu dalam usaha untuk pembanggunan semula perkampungan ini.Ianya bertujuan untuk menyusun semula kaum Melayu di Pulau Pinang dimana ianya di rancang oleh bekas perdana menteri Tun Abdul razak , bapa kepada DS Najib Tun Razak.

Beberapa tahun lepas , kerajaan Bn juga telah memberikan hak kepada UDA kawasan berdekatan seluas 54 ekar lagi bagi membangunkan penempatan.Menurut Mohd Salleh. Dalam polisi ini juga penduduk mestilah di pindahkan, dimajukan bersesuaian dengan era pembanggunan tempatan, namun usaha ini gagal di lakukan oleh UDA.

Pihak UDA dijangka akan membina 650 unit bungalow dan juga rumah kos rendah di tanah seluas 40 hektar dan menyusun semula penduduk , yang mana ianya bukan pemilik tanah tersebut.Pihak UDA juga katanya membina apartment kos sederhana dan terbuka kepada sesiapa yang mahu membelinya.

“semua bentuk perumahan yang akan di bina adalah untuk kepentingan pemaju dan juga keuntungan dan bukan untuk penduduk kampong ini” demikian jelas Mohd salleh.

Pihak UDA menawarkan kepada penduduk kampong sebuah unit rumah flat kepada penduduk’ demikian jelas beliau lagi.


** Saya melancarkan Kempen "Selamatkan Kg Melayu Tanjong Tokong" di blog yang kini ditekan dan diasak oleh arus pembangunan yang tidak mengenal erti warisan dan tanggungjawab sosial untuk masyarakat dan yang menariknya pihak tersebut ialah UDA , agensi pembangunan Melayu bandar. Kini UDA sama seperti pemaju lain yang mementingkan keuntungan dan nasib Kg Melayu Tanjong Tokong ini akan menjadi seperti Kg Buah Pala jika tiada usaha konkrit dan tegas dilakukan untuk menyelamatkan kampung tradisional tersebut.

Pemasalahan kampung ini turut mendapat perhatian TKM1, Prof Mansor Othman yang mana telah memanggil rakan blogger, Sdr Din Binjai ke pejabat beliau di Komtar untuk membincang mengenai isu kg tersebut dan permasalahan berkaitan Melayu PP.

Sandaran berkaitan permasalahan Melayu PP kini diletak harapan besar pada Prof Mansor untuk memberi sinar baru kepada Melayu PP yang dipinggirkan disebalik kepesatan pembangunan Pulau Pinang. Masalah seperti penjaja kecil Melayu Chowrasta, gerai penjaja Melayu dirobohkan,pampasan dan penempatan rumah yang terlibat dengan projek landasan berkembar, masalah kampung melayu adalah sebahagian perkara yang akan dibawa untuk perbincangan oleh sdr Din dengan TKM1 PP.

siri kedua berkaitan Kg Tanjong Tokong akan menyusul..



No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews