Awal minggu ini anak muda terutama peminjam PTPTN dikejutkan dengan UGUTAN Menteri Pendidikan Dato Idris Jusoh yang mahu blacklist nama peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang PTPTN di sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara.
Apa itu CCRIS?
Jika nama peminjam tersenarai dalam CCRIS ini maka anda tidak boleh membuat sebarang pinjaman daripada bank atau institusi kewangan kerana nama telah disenaraihitamkan. Jadi, anda tidak boleh membeli kereta, rumah dan membuat pinjaman peribadi.
Drama Politik
Cadangan ugutan CCRIS ini telah mendapat kritikan keras anak muda di Twitter sejak Isnin lps dan antara politikus yang terawal membantah dan menerangkan bab CCRIS ini ialah Rafizi Ramli.
Kemudian harini Menteri KBS, Khairy Jamaluddin juga membantah cadangan pengunaan CCRIS ini dan isu ini juga telah dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet.
Apa yang menarik selepas mesyuarat Kabinet, Khairy Jamaluddin dengan bangganya mengumumkan pembatalan langkah penggunaan CCRIS ke atas peminjam PTPTN.
Persoalan di sini :
1) Siapa KJ mendahului Menteri Pendidikan dalam membuat pengumuman soal pembatalan CCRIS ini?
Orang lain yang umum orang lain pula yang menjawab?
2) Kerajaan BN sendiri buat keputusan, kerajaan sendiri yang batal ? Yang dapat nama ialah Khairy Jamaluddin KJ.
Konon dengar suara anak muda atau ini strategi politik menjelang pemilihan?
No comments:
Post a Comment